Ramai yang keliru mengenai bacaan bil air Syarikat Air Negeri Sembilan. Terima kasih kepada ADUN DAP Kawasan Bukit Kepayang, Seremban, YB Cha yang memberikan penerangan yang cukup baik mengenai kekeliruan bil air tersebut. Siapa kata Wakil Rakyat Pembangkang kerja dia membangkang saja. Wakil Rakyat adalah jambatan antara rakyat dan kerajaan serta agensi kerajaan.
Tahniah YB Cha, memberi penerangan dalam Bahasa Melayu yang baik. Sumber : http://dapcha.blogspot.com/2009/07/kekeliruan-bil-sains.html Kekeliruan Bil SAINS Sejak kebelankangan ini, saya dan ADUN-ADUN lain telah menerima banyak aduan tentang pengiraan bil air daripada Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS). Kebanyakan aduan mengadu bahawa SAINS telah salah kira dan menuntut lebih daripada apa yang biasa dibayar oleh pengguna di bawah Jabatan Bekalan Air yang lama. Saya telah memahami situasi dan aduan-aduan ini dengan SAINS untuk menjelaskan kekeliruan yang berlaku ini. Harga bil air yang tinggi kebelakangan ini disebabkan oleh kelewatan SAINS untuk memyemak meter air. kelewatan ini berlaku kerana SAINS yang baru-baru mengambil-alih ini mengambil sedikit masa untuk memberi kursus kepada pekerja-pekerjanya. SAINS telah menjamin kepada saya bahawa ini hanya adalah satu masa peralihan dan keadaan yang mengelirukan ini akan berakhir bulan depan. Akan tetapi, kekiraan pada masa peralihan ini telah disalah faham oleh banyak pengguna air. Sebenarnya, selepas saya memahami cara pengiraan SAINS, saya mendapati SAINS mengeluarkan satu formula yang munasabah untuk menjaga kepentingan pengguna. Pengiraan SAINS untuk kegunaan air satu bulan (30 hari) adalah seperti berikut:- untuk 20 m3 yang pertama: RM0.55/m3 untuk 15m3 yang seterusnya: RM0.85/m3 kegunaan seterusnya: RM1.40/m3 Saya memberi beberapa contoh di sini. Contoh 1 air yang telah diguna: 23 m3 jarak masa pekerja menyemak meter air: 41 hari (i)oleh kerana kegunaan air telah melebihi 20 m3 yang pertama, bagi 3 m3 yang lebih itu ia sepatutnya mencapai tariff kedua iaitu RM0.85. (ii)Tetapi, jangan lupa bahawa tariff itu adalah berasaskan semakan meter dalam 30 hari. Tetapi sekarang, SAINS menyemak meter pada hari yang ke 41, pengiraan berasaskan (i) adalah tidak adil kepada pengguna. (iii) jadi kita harus mengguna 41/30 x 20 m3 untuk mencari kegunaan air yang menikmati harga tariff yang lebih rendah. jadi, 41/30 x 20m3 = 27.333 m3 yang patut menikmati tariff pertama iaitu RM0.55 (iv) 23 m3 adalah dalam ringkungan 27.333 m3, jadi 23m3 x RM0.55=RM12.65 adalah harga bil SAINS. Contoh 2 air yang telah diguna: 55 m3 jarak masa pekerja menyemak meter air: 41 hari (i)oleh kerana kegunaan air telah melebihi 20 m3 yang pertama, bagi air yang lebih itu ia sepatutnya mencapai tariff kedua iaitu RM0.85 dan tariff ketiga iaitu RM1.40. (ii)Tetapi, jangan lupa bahawa tariff itu adalah berasaskan semakan meter dalam 30 hari. Tetapi sekarang, SAINS menyemak meter pada hari yang ke 41, pengiraan berasaskan (i) adalah tidak adil kepada pengguna. (iii) jadi kita harus mengguna 41/30 x 20 m3 untuk mencari kegunaan air yang menikmati harga tariff yang pertama. jadi, 41/30 x 20m3 = 27.333 m3 yang patut menikmati tariff pertama iaitu RM0.55 27.333 x RM0.55 = RM15.03 (iv)kita sudah tahu 27.333 akan menikmati tariff RM0.55 untuk tariff yang seterusnya, 55-27.333=27.667m3 yang belum dikira lagi. (v) untuk mencari penggunaan tariff kedua yang harus dinikmati oleh pengguna. 41/30 x 15m3=20.5m3 jadi 20.5 m3 harus dikira dengan tariff kedua iaitu: 20.5x RM0.85=RM17.43 (vi) Penggunaan yang ditinggalkan itu akan terus dikalikan dengan RM1.40 27.667-20.5m3 =7.167m3 7.167 x RM1.40=RM10.03 (vii) jadi jumlah harga bagi bil ini adalah: RM15.03+RM17.43+RM10.03= RM42.49
