Orang Melayu ni kalau bab nak buat surau, masjid atau madrasah boleh dikatakan 
kedekut. Semua harapkan sumbangan para dermawan, badan korporat akhir sekali 
tunggu bantuan kerajaan.

Nak buat surau, masjid atau madrasah pula nak tunggu duit dalam akaun beratus 
ribu atau berjuta baru nak buat. Sanggup sewa rumah atau kedai kecil sementara 
duit dalam akaun berpuluh atau berpuluh ribu terkumpul. Sedangkan tanah dah ada.

Kalau dah ada tanah mulakan pembinaan yang asas dulu. Yang penting ada tempat 
umat Islam setempat untuk berkumpul solat jemaah.

Adik ipar saya beritahu bahawa suami dia yang kerja kampung telah siap buat 
surau sendiri. Dan Ramadan ini ramai penduduk tamah perumahan sebelah yang 
solat tarawih. Tak malu ke mereka yang duduk di bandar , orang kampung yang 
tiada pekerjaan tetap, boleh buat surau untuk kemudahan umat Islam menggunakan 
duit sendiri dan tulang empat kerat ? Gambar surau tersebut semasa dalam 
pembinaan di sini  
http://waghih.blogspot.com/2008/10/buat-surau-guna-duit-sendiri-jangan.html 

Saya tanya sahabat saya di Taman Bandar Senawang macamana surau di sana. Dia 
kata sekarang ni masih menyewa tingkat atas bangunan kedai untuk dijadikan 
surau. 

Di Taman Sri Pulai 3 pun sama, menyewa rumah untuk dijadikan surau , sementara 
menunggu duit sumbangan. Rujuk sini 
http://nogori.blogspot.com/2009/08/surau-oh-surau-jom-buat-pelaburan.html 

Inilah jadinya, otak orang Melayu ni , otak subsidi. Nak buat apa-apa , tunggu 
sumbangan itu , sumbangan ini. Mana perginya semangat gotong royong dan 
semangat sederhana dalam membuat masjid atau surau ?

Hidup Di Dunia Tak Sampai Sekelip Mata , Akhirat Kekal Selama-lamanya.

Marilah kita berebut-rebut buat istana di syurga, di akhirat dengan 
berebut-rebut buat masjid, surau, madrasah, rumah anak yatim di dunia bukan 
berebut-rebut buat banglo mewah untuk diri sendiri semata-mata.





      

Kirim email ke