Tapi Melayu Singapura lain dari yang anda katakan kerana mereka
memberikan dengan sepenoh hati wang dll untuk membina Masjid mereka
sendiri kerana kalau tidak tidak ada siapa yang akan menolong mereka.

On 9/9/09,  <> wrote:
> Betul juga. Saya rasa Melayu hari ini semakin kedekut tidak seperti Melayu
> di zaman dulu-dulu. Melayu nenek moyang kita segalanya buat sendiri. Kalau
> nak buat surau atau masjid mereka pakat-pakat buat.Hari ini mungkin kerana
> sudah ada "kerajaan Melayu" semuanya diserahkan kepada kerajaan. Kerajaan
> pula yang dok perintah selama ini pun memang "bertanggungjawab" nak bina
> masjid atau surau supaya masjid atau surau yang dibina itu boleh "dirantai"
> dengan rantai yang besar-besar !! Khutbah Jumaat tidak boleh menyentuh apa
> yang mereka ada kepentingan !!??
>
> Berbalik kepada sikap orang Melayu saya rasa majoriti orang Melayu kini
> sedang menghambat kemewahan hidup. Bukan setakat kedekut nak belanja buat
> surau/madrasah tapi nak didik anak sendiri pun mereka sayangkan wang
> ringgit. Yang betul-betul tak mampu dan harapkan bantuan kerajaan tidak
> mengapalah tapi yang mampu pun sanggup lagi menipu untuk dapatkan bantuan !!
> Seorang daripada anak saya yang belajar di sekolah berasrama penoh pernah
> merungut mengatakan mengapa kawannya yang bapa nya pakai Mercedes hampir
> semuanya dapat bantuan sedangkan kita pula hampir semuanya perlu bayar ??
> Mungkin inilah Melayu baru (yang gemar bermewah-mewah tapi masih banyak
> bergantong cukai yang dibayar orang lain) yang dilaung-laungkan selama ini
> ?? Wallahua'lam.
>
> ibnuAli
> kota jembal
>
> --- On Fri, 9/4/09, [email protected] <[email protected]> wrote:
>
>
> From: [email protected] <[email protected]>
> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Orang Melayu kedekut buat masjid dan
> madrasah
> To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
> Date: Friday, September 4, 2009, 6:29 PM
>
>
>
>
>
>
> Orang Melayu ni kalau bab nak buat surau, masjid atau madrasah boleh
> dikatakan kedekut. Semua harapkan sumbangan para dermawan, badan korporat
> akhir sekali tunggu bantuan kerajaan.
>
> Nak buat surau, masjid atau madrasah pula nak tunggu duit dalam akaun
> beratus ribu atau berjuta baru nak buat. Sanggup sewa rumah atau kedai kecil
> sementara duit dalam akaun berpuluh atau berpuluh ribu terkumpul. Sedangkan
> tanah dah ada.
>
> Kalau dah ada tanah mulakan pembinaan yang asas dulu. Yang penting ada
> tempat umat Islam setempat untuk berkumpul solat jemaah.
>
> Adik ipar saya beritahu bahawa suami dia yang kerja kampung telah siap buat
> surau sendiri. Dan Ramadan ini ramai penduduk tamah perumahan sebelah yang
> solat tarawih. Tak malu ke mereka yang duduk di bandar , orang kampung yang
> tiada pekerjaan tetap, boleh buat surau untuk kemudahan umat Islam
> menggunakan duit sendiri dan tulang empat kerat ? Gambar surau tersebut
> semasa dalam pembinaan di sini http://waghih. blogspot. com/2008/
> 10/buat-surau- guna-duit- sendiri-jangan. html
>
> Saya tanya sahabat saya di Taman Bandar Senawang macamana surau di sana. Dia
> kata sekarang ni masih menyewa tingkat atas bangunan kedai untuk dijadikan
> surau.
>
> Di Taman Sri Pulai 3 pun sama, menyewa rumah untuk dijadikan surau ,
> sementara menunggu duit sumbangan. Rujuk sini http://nogori. blogspot.
> com/2009/ 08/surau- oh-surau- jom-buat- pelaburan. html
>
> Inilah jadinya, otak orang Melayu ni , otak subsidi. Nak buat apa-apa ,
> tunggu sumbangan itu , sumbangan ini. Mana perginya semangat gotong royong
> dan semangat sederhana dalam membuat masjid atau surau ?
>
> Hidup Di Dunia Tak Sampai Sekelip Mata , Akhirat Kekal Selama-lamanya.
>
> Marilah kita berebut-rebut buat istana di syurga, di akhirat dengan
> berebut-rebut buat masjid, surau, madrasah, rumah anak yatim di dunia bukan
> berebut-rebut buat banglo mewah untuk diri sendiri semata-mata.
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

Kirim email ke