Betul juga. Saya rasa Melayu hari ini semakin kedekut tidak seperti Melayu di 
zaman dulu-dulu. Melayu nenek moyang kita segalanya buat sendiri. Kalau nak 
buat surau atau masjid mereka pakat-pakat buat.Hari ini mungkin kerana sudah 
ada "kerajaan Melayu" semuanya diserahkan kepada kerajaan. Kerajaan pula yang 
dok perintah selama ini pun memang "bertanggungjawab" nak bina masjid atau 
surau supaya masjid atau surau yang dibina itu boleh "dirantai" dengan rantai 
yang besar-besar !! Khutbah Jumaat tidak boleh menyentuh apa yang mereka ada 
kepentingan !!??
 
Berbalik kepada sikap orang Melayu saya rasa majoriti orang Melayu kini sedang 
menghambat kemewahan hidup. Bukan setakat kedekut nak belanja buat 
surau/madrasah tapi nak didik anak sendiri pun mereka sayangkan wang ringgit. 
Yang betul-betul tak mampu dan harapkan bantuan kerajaan tidak mengapalah tapi 
yang mampu pun sanggup lagi menipu untuk dapatkan bantuan !! Seorang daripada 
anak saya yang belajar di sekolah berasrama penoh pernah merungut mengatakan 
mengapa kawannya yang bapa nya pakai Mercedes hampir semuanya dapat 
bantuan sedangkan kita pula hampir semuanya perlu bayar ?? Mungkin inilah 
Melayu baru (yang gemar bermewah-mewah tapi masih banyak bergantong cukai yang 
dibayar orang lain) yang dilaung-laungkan selama ini ?? Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal

--- On Fri, 9/4/09, [email protected] <[email protected]> wrote:


From: [email protected] <[email protected]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Orang Melayu kedekut buat masjid dan 
madrasah
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Friday, September 4, 2009, 6:29 PM


 



Orang Melayu ni kalau bab nak buat surau, masjid atau madrasah boleh dikatakan 
kedekut. Semua harapkan sumbangan para dermawan, badan korporat akhir sekali 
tunggu bantuan kerajaan.

Nak buat surau, masjid atau madrasah pula nak tunggu duit dalam akaun beratus 
ribu atau berjuta baru nak buat. Sanggup sewa rumah atau kedai kecil sementara 
duit dalam akaun berpuluh atau berpuluh ribu terkumpul. Sedangkan tanah dah ada.

Kalau dah ada tanah mulakan pembinaan yang asas dulu. Yang penting ada tempat 
umat Islam setempat untuk berkumpul solat jemaah.

Adik ipar saya beritahu bahawa suami dia yang kerja kampung telah siap buat 
surau sendiri. Dan Ramadan ini ramai penduduk tamah perumahan sebelah yang 
solat tarawih. Tak malu ke mereka yang duduk di bandar , orang kampung yang 
tiada pekerjaan tetap, boleh buat surau untuk kemudahan umat Islam menggunakan 
duit sendiri dan tulang empat kerat ? Gambar surau tersebut semasa dalam 
pembinaan di sini http://waghih. blogspot. com/2008/ 10/buat-surau- guna-duit- 
sendiri-jangan. html

Saya tanya sahabat saya di Taman Bandar Senawang macamana surau di sana. Dia 
kata sekarang ni masih menyewa tingkat atas bangunan kedai untuk dijadikan 
surau.

Di Taman Sri Pulai 3 pun sama, menyewa rumah untuk dijadikan surau , sementara 
menunggu duit sumbangan. Rujuk sini http://nogori. blogspot. com/2009/ 
08/surau- oh-surau- jom-buat- pelaburan. html

Inilah jadinya, otak orang Melayu ni , otak subsidi. Nak buat apa-apa , tunggu 
sumbangan itu , sumbangan ini. Mana perginya semangat gotong royong dan 
semangat sederhana dalam membuat masjid atau surau ?

Hidup Di Dunia Tak Sampai Sekelip Mata , Akhirat Kekal Selama-lamanya.

Marilah kita berebut-rebut buat istana di syurga, di akhirat dengan 
berebut-rebut buat masjid, surau, madrasah, rumah anak yatim di dunia bukan 
berebut-rebut buat banglo mewah untuk diri sendiri semata-mata.

















      

Kirim email ke