BN tetap tunai janji Utusan Malaysia 8 Sep 09. KUALA KRAI 7 Sept. - BIARPUN TEWAS pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Barisan Nasional (BN) tetap menunaikan janji untuk membantu penduduk di situ dengan peruntukan awal sebanyak RM8.9 juta menerusi tiga projek utama.
Projek tersebut ialah : 1. Pembinaan jambatan dua lorong menghubungkan Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru bernilai RM8 juta, 2. Penambaikan Masjid Temalir (RM600,000) dan 3. Pembinaan kemudahan sukan di Kampung Manjor dengan kos RM300,000. Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0908&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm
