agreed with Shima. jangan terlalu fanatik bila mendengar ada 'orang besar' 
agama lain 'memeluk' Islam, tanpa mengkaji dan menyelidik sebenar-benar dan 
sedalamnya tentang perkara tersebut lalu terus menyebarkannya. wallahualam.


-Eranee Rusli-
Klang, Selangor
Jus Diet Mate5, terbukti berkesan!!






________________________________
From: "sh...@yahoo.com" <sh...@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Mon, April 19, 2010 8:30:10 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Re: Turunnya Al-Qur’an, Napoleon Bonaparte 
Pilih Islam.


Salam.
Don't be too excited yet about Napoleon's conversion.
Contrary to the title of this email,  the writer of the article in the link 
http://chnm. gmu.edu/revoluti on/d/612/
denied Napoleon ever converted to Islam. Indeed, he took part in some of Muslim 
festivals in Egypt BUT it says "I confess that Bonaparte frequently conversed 
with the chiefs of the Mussulman religion on the subject of his conversion; but 
only for the sake of amusement."

Whereas the article in Sheffield University site is no longer there.

--- In hidayah...@yahoogro ups.com, Naim Qlate wrote:
>
> Ibnu Hasyim
> CATATAN SANTAI:
> SUARA orang bertadarus Al-Qur’an berkumandang dengan nyaringnya dari 
> menara-menara masjid segenap penjuru tiada henti-hentinya… dari lepas solat 
> tarawih setelah solat Isyakhingga masuk waktu imsak bagi memulakan puasa pagi 
> hari di Banda Aceh.
> “Sudah 18 tahun aku jadi anggota DPR (Dewan Perwakilan Rakyat, kalau di 
> Malaysia disebut parlimen) di suatukawasan di perdesaan.. Inilah kali pertama 
> kami calun-calun anggota legislatif (caleg)DPR (yang akan bertanding pada 
> PEMILU 2009) terpaksa menjalani test membaca Al-Qur’an yang diselenggarakan 
> Komisi Independen Pemilihan (KIP) Provinsi Nanggroe AcehDarussalam 
> (NAD).Kalau gagal, tak boleh jadi calun!” Sungut seorang anggota DPR kepada 
> saya. Kami sama-sama menginap di hotel itu.
> “Aceh memang lain dari negeri lain. Peraturan ini memang tak ada di negeri 
> (provinsi) lain. Lihat saja namanya ‘Nanggroe Aceh’, masih dalam bahasa Aceh, 
> ertinya ‘negara Aceh’ yakni statusnya lebih besar dari istilah ‘negeri’. Aceh 
> masih degil mahu merdeka!” Sambungnya dengan tegas. “Bukankah baca Qur’an ini 
> hal peribadi, tak boleh dipaksa-paksakan?”
> Saya masih belum jawab apa-apa terhadap kata-katanya. Kalau nak jadi pemimpin 
> di negara komunis, mestilah kena tahu fahaman komunis dan boleh membaca 
> peraturan komunis. Takkanlah nak jadi pemimpin umat Islam tak tahu baca 
> Al-Qru’an? Memang pun patut Aceh buat peraturan begitu. Saya berfikir-fikir.
> Terlintas di fikiran lagi, kisah seorang Jenderal dan Kaisar Perancis 
> kelahiran Ajaccio, Corsica pada tahun 1769. Namanya tercatat dalam urutan ke 
> 34 dari senarai ‘100 Tokoh Paling Berpengaruh Dalam Sejarah’ yang ditulis 
> oleh Michael H.Hart. Beliau adalah Napoleon Bonaparte.Beliau mengagumi 
> Al-Quran setelah membandingnya dengan kitab sucinya, Alkitab (Injil). Hasil 
> dari kajian dan bacaannya, maka pada 02 Julai 1798 iaitu 23 tahun sebelum 
> meninggal dunia tahun 1821, Napoleon menyatakan keIslamannya, seperti 
> dimuatkan oleh majalah ‘Genuine Islam’, edisi Oktober 1936 terbitan Singapura.
> Antara kata-katanya…
> "Surely, I have told you on different occations and I have intimated to you 
> by various discourses that I am a Unitarian Musselman and I glorify the 
> prophet Muhammad and that I love the Musselmans.” (Tentu, saya katakan kepada 
> anda semua pada kesempatan yang berbeza, dan saya perlu perjelas lagi kepada 
> anda disetiap ceramah, bahawa saya adalah seorang Muslim, dan saya memuliakan 
> Nabi Muhammad serta mencintai orang-orang Islam.)
>
> Akhirnya beliau berkata :
> "In the name of God the Merciful, the Compassionate. There is no god but God, 
> He has no son and He reigns without a partner." (Dengan nama Allah yang Maha 
> Pengasih dan Maha Penyayang. Tiada Tuhan selain Allah. Ia tidak beranak dan 
> Ia mengatur segala makhlukNya tanpa pendamping.)
> Dalam buku, ‘Bonaparte et I'Islarn’ oleh Cherlifs, Paris, halaman 105, 
> Napoleon Bonaparte berkata sebagai berikut..
> "I hope the time is not far off when I shall be able to unite all the wise 
> and educated men of all the countries and establish a uniform regime based on 
> the prinsiples of the Qur'an wich alone can lead men to happiness.”(Saya 
> meramalkan bahawa tidak lama lagi akan dapat dipersatukan semua manusia yang 
> berakal dan berpendidikan tinggi untuk memajukan satu kesatuan kekuasaan yang 
> berdasarkan prinsip--prinsip ajaran Islam, kerana hanyalah Qur'an itu 
> satu-satunya kebenaran yang mampu memimpin manusia kepada kebahagiaan.”
> Anda boleh lihat rujukan antaranya…
> 1. ‘Memoirs of Napoleon Bonaparte’ by Louis Antoine Fauvelet de Bourrienne 
> edited by R.W. Phipps. Vol. 1 (New York: Charles Scribner's Sons, 1889) p. 
> 168-169.
> http://chnm. gmu.edu/revoluti on/d/612/
> 2. 'Napoleon And Islam' by C. Cherfils. ISBN: 967-61-0898- 7
> http://www.shef. ac.uk/~ics/ whatis/articles/ napoleon. htm
> 3. 'Satanic Voices - Ancient and Modern' by David M. Pidcock, (1992 ISBN: 
> 1-81012-03-1) , it states on page 61, that the then official French 
> Newspaper, Le Moniteur, carried the accounts of his conversion to Islam, in 
> 1798 C.E
> Itulah hasil dari membaca. Mengapa orang Islam takut sangat hendak membaca 
> dan berfikir terbuka serta mengkaji isi Al-Qur’an? Bulan Ramadzan adalah 
> bulan sejarah turunnya Al-Qur’an, bulan memotivasi penganutnya supaya terus 
> menyelongkar isi A-Qur’an sepanjang masa. Bukan memusabaqah lagunya sahaja 
> tanpa mengupas isinya, bagaikan mengupas pisang, cuma memakan kulitnya sahaja 
> tetapi membung isinya? Cerdikkah mereka?
> Jauh lagi dari cara berfikir anggota DPR tadi. Menjadi wakil rakyat Aceh 
> negera Serambi Mekah, yang majoriti Islam dan mengamalkan cara hidup Islam 
> tetapi memencilkan Al-Qur’an atau ilmu Islam kepada ‘hal peribadi sahaja’.
> Besoknya keluar berita di akhbar..’56 Caleg NAD Gagal Tes Baca 
> Al-Quran’Thursday, 11 September 2008 23:39. Lebih dari 56 calon anggota 
> legislatif (caleg) DPR Aceh tidak lulus baca Al-Quran. Sebelumnya sudah 872 
> orang menjalani Komisi Independen Pemilihan (KIP) NAD.
> Menurut Yarwin (Ketua kelompok kerja pencalonan KIP Provinsi NAD), para bakal 
> caleg yang tidak lulus itu memang sama sekali tidak mampu membaca ayat-ayat 
> suci Al-Quran, padahal penilaiannya sangat mudah, yakni hanya ketepatan 
> membaca huruf dan baris, serta adab, yang masing-masing memiliki bobot 
> (markah) nilai 40, 40 dan 20.
> "Sebenarnya, sebelum membaca saja, para peserta sudah mendapat nilai 20, 
> tinggal mencari 30 lagi dari ketepatan membaca huruf dan baris untuk mencapai 
> nilai minimal 50 untuk bisa lulus. Tetapi itu pun ada yang tidak bisa," 
> ujarnya.
> Begitulah contoh, betapa teruknya kepimpinan di negara umat Islam. Bagaimana 
> nak memimpin umat berpandukan AlQur’an sedang pemimpinnya sendiri langsung 
> tak tahu membaca Al-Qur’an??
>  ()"" ' )
> ( ,'o' )") Al Nakhai’i
> (,,)(")(") "
> Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali 
> seseorang itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, 
> mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, 
> gembira, sayang dan rindu. Tapi sedahkah kita? Mengenali seseorang itu 
> sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya hanya seketika dan 
> sekadar teman sementara... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana 
> barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN. ..
>
>
>       ____________ _________ _________ _________ _________ _________ _
> Surf faster. Internet Explorer 8 optmized for Yahoo! auto launches 2 of your 
> favorite pages everytime you open your browser. Get IE8 here! 
> http://downloads. yahoo.com/ my/internetexplo rer/
>





      

Kirim email ke