للَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari keresahan dan kesedihan, kelemahan dan sikap malas, kekikiran dan sikap penakut serta dililit hutang dan dikalahkan lawan." (HR. Bukhari 7/158)
Cuba Amalkan doa ini sebanyak yang mungkin, semoga akan dipermudah Allah s.w.t. dan dilepaskan oleh belenggu hutang. Dunia ini bukan segalanya-segalanya... semoga Allah menggantikannya dengan yang lebih baik lagi - Syurga yang abadi... Hurm, bg masalah kamu, smp kena diisytihar bankrupt ek? memang kena blacklist nih sakit... huhu... ayah ana pun sama.. tp Alhamdulillah.. dengan izinnya, kami dapat lagi meneruskan hidup di muka bumi ini. Mungkin kamu belum berjumpa lagi saudara seIslam yang boleh membantu kamu, insya-Allah, sekiranya kamu benar-benar berharap, DIA akan menghantar pertolongan...banyakkan menolong agama Allah dan teman-teman Islam yang lain, nescaya Allah akan menolongmu pula... Alhamdulillah, di sekeliling saya pun banyak saudara-saudara seIslam yang suka menghulurkan bantuan (sekiranya perlukan bantuan.. pm sy dan nyatakan masalahnya, saya akan usaha utk mencari bantuan) Last one, kamu kena anggap, tiada ganjaran atau nikmat yang dikurniakan kepada kamu lebih baik dari agama Islam itu sendiri.. jadi, janganlah mengorbankan benda paling bernilai kamu utk benda2 yg kurang nilainya. Mengapa perlu dimusnahkan berlian untuk mendapatkan arang? Meskipun arang boleh digunakan utk mendapatkan berlian, berlian yg baru tidak akan sama dengan berlian yang satu... --- In [email protected], "hazlan hj. mohammad" wrote: > > salam, > > bulan lps saya ada meminta bantuan dan nasihat dari teman2 ttg masaalah > kewangan saya, saya ucakan terima kasih byk2 atas prihatin teman2, walau > camna pun masaalah saya ttp belum selasai, > dipendekkan cerita, ada satu pertubuahan yg bukan islam sedia membantu untuk > saya membayar hutang2 saya tapi dgn syarat saya kena ikut mereka, saya sedang > berfikir, klu seagama saya tk dpt membantu, dari saya kena declare bankrupt > dan hilang segala2nya, apa salahnya saya terima bantuan mereka tapi kerna > hutang saya hrus menggadaikan agama saya? saya berharap ada lah koperasi2 yg > sedia membantu saya, saya hya ada 5 hari aje lg, fikirn saya bercelaru skrg > nie, perlukah saya menerima bantuan mereka? > > saya minta teman2 bantu dan berilah nasihat yg bernas, saya benar memerlukan > nya > > terima kasih atas keprihatin teman >
