Salam Sahabat ku,


Allah Maha Kuasa Makhluk Tiada Kuasa….



Bismillahirahmannirohim…



Allah swt menciptakan seluruh makhluk yang ada pada 7 lapisan langit dan 7 
lapisan bumi, serta yang berada di antara langit dan bumi. Dari makhluk yang 
terdahulu sampailah saat ini. Manusia dihadirkan di dunia ini mempunyai maksud 
dan tujuan. Manusia membuat sesuatu dan menginginkan manfaat dari apa yang dia 
buat, dan akan kesulitan melaksanakan suatu perintah tanpa ada contohnya, maka 
Allah swt memberikan conth siapa yang berjaya dan siapa yang gagal. Allah swt 
memberikan contoh bukan hanya seorang tetatpi beribu-ribu, dan dalam jangka 
waktu yang sangat panjang.



Sejak zaman NAbi Adam as sampai Khatamun nabuyyin, Rasulullah saw. Orang orang 
yang berjaya adalah para Nabi as dan orang yang gagal adalah orang yang 
menentang Nabinya. Apabila manusia tidsak mengetahui maksud dan tujuan 
hiduonya, maka cara hidupnya pun akan salah. Orang yang tersesat dalam 
perjalanan namun dia mengetahui tujuannya, maka suatu masa nanti dia akan tahu 
arah yang seharusnya dituju. Tetapi orang yang sama sekali tidak tahu (tidak 
ingin memahami) tujuan hidupnya, akan sulitlah dia untuk sampai ke tempat 
tujuannya.



Maksud dan tujuan Allah swt menciptakan manusia adalah untuk beribadah 
sebagaimana firmanNya yang bermaksud "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia 
melainkan supaya mereka menyembah Aku." (QS adz- dzariyat: 56)



Bukan hanya manusia tetapi seluruh makhluk di muka bumi ini beribadah menurut 
caranya masing-masing seperti yang disunnahkan oleh Allah swt sebagaimana 
firmanNya yang bermaksud, "Apakah kamu tidak mengetahui bahawasanya bertasbih 
kepada Allah apa yang ada di langit dan di bumi? Begitu juga bertasbih 
burung-burung yang terbang di udara. Masing-masing mengetahui cara ia solat dan 
bertasbih. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan (QS an Nur: 41)



Ibadahnya matahari iaitu dengan bergerak setiap hari dari timur ke barat, 
ibadahnya air iaitu sentiasa mengalir dari tempat tinggi ke tempat yang rendah. 
Apabila matahari tidak lagi terbit ataupun terbit tetapi berlawanan dengan 
sunnatullah, terbit dari timur atau sebaliknya, air tidak lagi mengalir dari 
tempat tinggi ke tempat rendah, maka Allah swt akan menghancurkan bumi ini. 
Seekor burung bertasbih sehingga mendapat rezeki, keluar mencari makan di waktu 
pagi dengan perut kosong, pulang pada senja hari dengan perut berisi. Jika dia 
tidak bertasbih maka rezekinya akan tiada dan akan dimatikan oleh Allah swt. 
Seekor kupu-kupu dari seekor ulat yang berzikir di dalam kepompongnya sampai 
menjadi kupu-kupu, sehingga manusia suka dengan kecantikkannya. Seandainya dia 
tidak beribadah, tidak mahu menjadi kepompong maka Allah swt tidak 
mengizinkannya untuk hidup menjadi kupu-kupu. Seekor labah-labah yang 
makanannya adalah serangga yang berterbangan padahal ia tidak boleh terbang, 
tetapi Allah swt memerintahkannnya membuat sarang lalu berzikir di tengahnya 
dan Allah swt mengirimkan serangga terbang menuju ke sarangnya untuk makanan si 
labah-labah.



Apalagi manusia makhluk yang paling sempurna asal kejadiannya, dengan akalnya 
boleh terbang melebihi burung dengan kapalterbang, dapat bergerak pantas 
melebihi kepantasan kuda dengan kereta dan mampu berenang melebihi seekor ikan 
dengan kapal selam, namun jika tidak beribadah akan menjadi asfala saafilin 
(dikembalikan ke tempat yang serendah-rendahnya).



Dengan ibadah, Allah swt akan memenuhi rezeki manusia, sebagaimana Maryam, 
ibunda Nabi Isa as yang mendapatkan makanan secara terus dari khazanah Allah 
swt tanpa asbab. Setiap hari Zakaria as datang ke mihrabnya. Dia melihat 
makanan di hadapan Maryam, buah-buahan musim sejuk, padahal saat itu musim 
panas dan sebaliknya buah-buahan musim panas dikala itu musim dingin.



Sekitar 40 tahun Bani Israil menjalani kehidupan mereka dalam ketaatan kepada 
Allah swt dan RasulNya di lembah Tih yang tandus dan gersang. Mereka tidak 
mempunyai rumah untuk bernaung, namun mereka diberi naungan awan oleh Allah 
swt, kemana sahaja mereka pergi, awan itu selalu menaungi mereka. Mereka tidak 
bekerja, tetapi diberi makanan secara terus dari langit berupa Manna dan Salwa. 
Manna dan Salwa adalah nama makanan istemewa yang diberikan Allah swt khusus 
kepada Bangsa Bani Israil di masa Nabi Musa as dulu. Istemewa? Tentu saja, 
makanan itu special diturunkan dari langit. Menurut orang-orang Yahudi, itulah 
makanan yang bahan-bahannya diambil dari surga. Mengenai cerita Manna dan Salwa 
sendiri boleh dibaca dari Al-Quran 2:57, 7:160, dan 20:80. Sekarang tentu tidak 
dijumpai lagi dua jenis makanan "surga" sekarang ini.



Pakaian mereka cuma sehelai sahaja, tidak pernah dicuci, tetapi tidak pula 
rosak atau lusuh selama 40 tahun. Bahkan bayi yang baru lahir juga diberikan 
pakaian oelh Allah swt dan pakaian itu berubah suai mengikut pertumbuhan si 
bayi tersebut (Allahu Akhbar), ketika badannya bertambah besar bajunya juga 
turut besar. Semua itu terjadi kerana mereka masih taat beribadah kepada Allah 
swt.



Suatu ketika nanti ketika Dajjal muncul, semua makanan akan dibubuhkan racun 
oleh Dajjal. Maka sesiapa sahaja yang memakannya akan menjadi kafir, begitu 
juga ketika Ya'juj dan Ma'juj dibangkitkan, semua makanan dihabiskannya, sampai 
tidak ada sedikitpun yang tinggal. Ketika itu kepada orang-orang yang memiliki 
Iman yang sempurna (ahlul iman) sahaja, hanya dengan berzikir perut mereka akan 
terasa kenyang dan mereka tidak memerlukan makanan. Jika ketika itu orang-orang 
tidak mempunyai Iman yang sempurna, mereka akan mengikut nafsu mereka dan 
mereka takluk kepada Dajjal dan juga Ya'juj dan Ma'juj (Na'uzzubullah).



Abu Umamah ra menceritakan bahwa seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah 
saw, "Ya! Rasulullah, apakah yang membuat manusia boleh bertahan untuk hidup 
ketika hari itu?" Rasulullah saw bersabda, "Tasbih, tahmid dan takbir mengalir 
di dalam tubuh mereka sebagaimana aliran makanan dan minuman." (hadis riwayat 
Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).



Dengan solat, para sahabat ra dapat mendatangkan pertolongan Allah swt sehingga 
masalah boleh selesai. Tetapi cuba kita lihat dengan solat kita? Kita belum 
benar-benar yakin bahawa dengan Solat Allah swt akan mendatangkan pertolongan, 
secara zahir kita melakukan solat namun hati kita teringatkan benda lain (hati 
berpaling). Beribadah tapi masih yakin bahawa pekerjaan, perdagangan, harta dan 
sebagainya yang mendatangkan kebahagiaan, sehingga nusratullah (pertolongan 
Allah) tertangguh.



Pekerjaan, perdagangan, harta adalah cuma keperluan untuk kita hidup di muka 
bumi ini. Ianya bukanlah maksud hidup kita ini. Maksud kita hanyalah untuk 
beribadat kepada Allah swt. Bukan bererti manusia tidak boleh bekerja dan 
berusaha, hanya saja tidak boleh yakin dengan usaha atau pekerjaan itu. 
Rasulullah saw mengajarkan kepada umatnya untuk produktif, buat dan bercakap 
benda sia-siapun dilarang. Bukan bermaksud kita tidak perlu kerja, cari harta 
atau jadi kaya tapi kita kena nafikan semua itu yang membawa kebahagiaan, 
kedamaian, kecerian tetapi Allah swt lah yang memberikan kebahagaian, kedamaian 
dan kecerian kepada kita. Bila kita kerja, cari harta dengan niat ikhlas untuk 
ibadat kepada Allah dan niat untuk dakwahkan agama Allah maka kerja kita akan 
jadi ibadah. Jika tidur kita, kita tidur ikut sunnah, tidur kita akan jadi 
ibadah. Jika makan kita, kita ikut sunnah, makan kita akan jadi ibadah. Bila 
kita bersama isteri kita dengan ikut cara sunnah, itu akan di kira ibadah. Bila 
seluruh kehidupan kita dari celik mata hingga kita tidur kembali, seluruh 
kehidupan kita mengikut Al-Quran dan Sunnah, maka seluruh kehidupan kita akan 
dikira ibadah maka berbahagialah dan berjayalah orang itu di dunia dan di 
akhirat.



Amin Ya Rabbal Alamin. Kita ambil iqtibar dari nukilan ini, dan mintalah 
pertolongan secara terus kepada Allah swt.



Wassalam,

Rosli




From: [email protected] [mailto:[email protected]] On Behalf 
Of niesya muthalif
Sent: Friday, June 18, 2010 10:10 AM rmh
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] mohon nasihat






SALAM...



Janganlah sampai tergadai agama kita dek kerana masalah kewangan...ingat la 
segala masalah ada jalan penyelesaian...kita manusia sering diuji untukDIA 
melihat tahap keimanan kita...skg ni sedar atau tidak agama kita diancam dlm 
perbagai bentuk untuk merosakan akidah kita..sy harap En. dapat la berfikir 
panjang... jangan hanya masalah kewangan kita menyesal seumur hidup... dunia ni 
hanya la pinjaman.. ujian yang di beri untuk mengingatkan kita kepada NYA.. 
Allah takkan menguji umat nya yang tidak tahan duji..

yang buruk dtg dari sy yg baik dariNYA..sy berdoa en.dpt selesaian masalah en.  
 <http://mail.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/tsmileys2/01.gif>

--- On Mon, 31/5/10, Halimah Abd. [email protected] <Halimah Abd. 
[email protected]> wrote:


From: Halimah Abd. [email protected] <Halimah Abd. [email protected]>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] mohon nasihat
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Monday, 31 May, 2010, 8:51 AM




Salam....



Astaghfirullah hal a'zim.... jgn la krn nk selesaikan hutang kite nk murtad 
plak... Smua org ade masalah kewangan saudara.... Sy nih pun ape kurangnyer.. 
.. Ini pengajaran bagi kite smua... Waktu ade kene beringat... jgn boros ikut 
nafsu... Insya allah ade cara penyelesaiannyer. . kalau dh ditakdirkan muflis 
sekalipun, kite kene redha la.. mungkin itu sbb kesilapan kite.... Allah nk 
menduga....



Wassalam...

--- On Mon, 17/5/10, hazlan hj. moham...@yahoo. com <hazlan hj. moham...@yahoo. 
com> wrote:


From: hazlan hj. moham...@yahoo. com <hazlan hj. moham...@yahoo. com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] mohon nasihat
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Date: Monday, 17 May, 2010, 2:59 PM



salam,

bulan lps saya ada meminta bantuan dan nasihat dari teman2 ttg masaalah 
kewangan saya, saya ucakan terima kasih byk2 atas prihatin teman2, walau camna 
pun masaalah saya ttp belum selasai,
dipendekkan cerita, ada satu pertubuahan yg bukan islam sedia membantu untuk 
saya membayar hutang2 saya tapi dgn syarat saya kena ikut mereka, saya sedang 
berfikir, klu seagama saya tk dpt membantu, dari saya kena declare bankrupt dan 
hilang segala2nya, apa salahnya saya terima bantuan mereka tapi kerna hutang 
saya hrus menggadaikan agama saya? saya berharap ada lah koperasi2 yg sedia 
membantu saya, saya hya ada 5 hari aje lg, fikirn saya bercelaru skrg nie, 
perlukah saya menerima bantuan mereka?

saya minta teman2 bantu dan berilah nasihat yg bernas, saya benar memerlukan nya

terima kasih atas keprihatin teman






Kirim email ke