Sesiapa yang tidak menunaikan solat kerana sibuk dengan kerajaannya, dia akan 
dibangkitkan bersama Fir’aun. Jika seseorang itu tidak menunaikan solat kerana 
sibuk dengan kementeriannya, dia akan dibangkitkan bersama Haman. Jika 
seseorang itu tidak menunaikan solat kerana sibuk menguruskan hartanya, dia 
akan dibangkitkan bersama Qarun. Begitu juga sesiapa yang tidak menunaikan 
solat kerana sibuk mengendalikan perniagaannya, dia akan dibangkitkan bersama 
dengan Ubay bin Khalaf. Sedarlah kesemua mereka itu akan dimasukkan ke dalam 
neraka.

Dipetik dari laman web ISMA 
http://www.ismaweb.net/v4/perutusan-khas-sempena-isra%E2%80%99-dan-mi%E2%80%99raj/

PERUTUSAN KHAS SEMPENA ISRA’ DAN MI’RAJ

Peristiwa Isra’ dan Mi’raj yang disambut setiap tahun amat sinonim dengan 
ibadat solat, yang merupakan satu-satunya ibadat yang difardhukan secara 
langsung oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW tanpa perantaraan Malaikat.

Lantaran itu, solat mendapat kedudukan yang istimewa dalam Islam.

Rasulullah SAW pernah menyifatkan solat sebagai ciri pembeza di antara Islam 
dan kekufuran. Sabda baginda SAW yang bermaksud:
“Perbezaan antara seseorang dan kekafiran ialah dengan meninggalkan solat.” 
(Riwayat Imam Muslim)

Solat, kefardhuan yang tiada tolak ansur

Oleh kerana itu, solat merupakan tiang seri bagi agama Islam.

Ia merupakan amalan yang paling disukai oleh Allah sebagaimana yang diterangkan 
oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang 
bermaksud:

“Janganlah kamu meninggalkan solat dengan sengaja kerana sesiapa yang 
meninggalkannya dengan sengaja, penjagaan atau pemeliharaan Allah dan RasulNya 
telah terlepas dari dirinya.” (Riwayat Imam Ahmad)

Ingatlah amaran Allah SWT!

Marilah kita sama-sama hayati amaran tegas yang telah disampaikan oleh 
Rasulullah SAW terhadap orang-orang yang meninggalkan solat. Antaranya adalah 
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang tidak  solat, maka tiada agama baginya.” (Riwayat as-Sayuti)

“Sesiapa yang meninggalkan solat Asar, maka terhapuslah segala pahala 
amalannya.” (Riwayat Imam Bukhari)

Oleh itu, sesiapa yang tidak menunaikan solat kerana sibuk dengan kerajaannya, 
dia akan dibangkitkan bersama Fir’aun. Jika seseorang itu tidak menunaikan 
solat kerana sibuk dengan kementeriannya, dia akan dibangkitkan bersama Haman. 
Jika seseorang itu tidak menunaikan solat kerana sibuk menguruskan hartanya, 
dia akan dibangkitkan bersama Qarun. Begitu juga sesiapa yang tidak menunaikan 
solat kerana sibuk mengendalikan perniagaannya, dia akan dibangkitkan bersama 
dengan Ubay bin Khalaf. Sedarlah kesemua mereka itu akan dimasukkan ke dalam 
neraka.

Ayuh wahai saudaraku! Marilah kita semua menjaga dan memelihara solat dalam 
kehidupan seharian kita, kerana solat itu adalah tiang seri agama kita. Renungi 
sabda Rasulullah SAW:

“As-Solatu  imaduddin, faman aqamaha faqad aqamad din, waman tarakaha faqad 
hadamad din.”

Maksudnya: “Solat adalah tiang seri agama, maka sesiapa yang menunaikan solat, 
maka sesungguhnya dia telah menegakkan agama, dan sesiapa yang meninggalkan 
solat, maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama”.

Sesungguhnya Islam itu telah dibina di atas solat, di samping mengucap dua 
kalimah syahadah, haji, puasa dan zakat.

Sekretariat Dakwah & Sosial,
Ikatan Muslimin Malaysia

Poster Kempen di  
http://www.ismaweb.net/v4/kempen-ayuh-solat-sempena-israk-mikraj-1431h/





Kirim email ke