Assalaamu'alaikum Warhmatullah

http://akob73.blogspot.com/2010/05/buku-hebatnya-bulan-islam-kini-di.html


Tajuk: HEBATNYA BULAN ISLAM
Penulis: Mohd  Yaakub Mohd Yunus
Harga: RM17
Halaman: 440
Penerbit :Karya Bestari /  Karangkraf

Untuk membeli secara online sila  ke sini :
http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=2576

Untuk  mendapatkan borang langganan sila ke sini:
http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/N_broshure/form-borang%20langganana.htm



*****************************


Umat Islam di  Malaysia lebih cenderung untuk menggunakan kalendar masihi
berbanding  hijrah dalam urusan harian mereka. Hakikatnya, penggunaan tarikh
dalam  kalendar Hijrah hanyalah mengikut musim tertentu. Umpamanya, pada bulan
Ramadan. Setiap hari dihitung dengan penuh minat kerana keterujaan untuk
menyambut kedatangan 1 Syawal atau Aidilfitri.


Di  sisi lain, minat terhadap kalendar hijrah ini turut muncul apabila  tibanya
hari-hari yang dianggap kebesaran atau bersejarah bagi umat  Islam. Apatah lagi
sekiranya tarikh tersebut diiringi dengan cuti umum  seperti Awal Muharam,
Maulidul Rasul dan Nuzul Quran. Tambahan lagi,  hari-hari kebesaran itu tercatat
pu la pelbagai ibadat seperti puasa,  doa-doa, zikir-zikir dan solat-solat sunat
yang dikhususkan.


Amat  mendukacitakan kerana tidak semua amalan tersebut berpijak atas  landasan
pendalilan yang kukuh. Ada amalan yang hanya direka cipta oleh  individu atau
jemaah tertentu. Ada pula ibadat yang berlandaskan  hadis-hadis dha’if (lemah)
atau mawdhu’ (palsu).  Terdapat juga amalan yang benar-benar bersumberkan
daripada al-Quran dan  al-Sunnah Rasulullah. Inilah contoh ikutan kita yang
terbaik lagi  sempurna.


Rentetan daripada itu, maka saya menyusun sebuah  buku untuk membahaskan apakah
ibadat yang tulen dan bidaah lagi  terlarang menurut bulan-bulan Islam.



Kandungan  Buku

BULAN MUHARAM
Berhijrah  Menuju ALLAH dan Rasul
Amalan Sunnah dan Bidaah Pada Bulan Muharam
Peristiwa  Karbala dan Hari Asyura

BULAN SAFAR
Tiada  Kesialan Pada Bulan Safar
Amalan Bidaah Pada Bulan Safar

BULAN  RABIULAWAL
Fatwa – Fatwa Ulama Tentang Menyambut Maulidul  Rasul
Ittiba’ Sebagai Bukti Kecintaan Kepada Rasulullah
Hakikat  Mencintai Rasulullah

BULAN REJAB
Amalan-Amalan  yang Dianggap Sunnah Pada Bulan Rejab
Fatwa Ulama Tentang Menyambut  Israk Mikraj

BULAN SYAABAN
Menyambut  Kedatangan Bulan Syaaban
Sambutan Nisfu Syaaban Bukan Daripada  al-Sunnah?

BULAN RAMADAN
Keistimewaan Bulan  Ramadan
Amalan-amalan Sunnah Pada Bulan Ramadan
Solat Tarawih

BULAN  SYAWAL
Puasa Sunat Enam Hari pada Bulan Syawal

BULAN  ZULHIJJAH
Keutamaan Bulan Zulhijah
Ibadat Korban
Mengerjakan  Ibadat Korban Menurut al-Sunnah Rasulullah.

AMALAN-AMALAN  YANG DISUNNAHKAN SEMPENA HARI RAYA
*************************
SINOPSIS


Redha ALLAH itu penting.  Dengannya, sejahteralah kehidupan selamanya. Tanpanya,
nerakalah tempat  akhirnya. Peringatan ALLAH itu jelas:


Patutkah mereka  mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan (mana-mana bahagian
daripada  agama mereka) sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh ALLAH?
- Surah as-Syura: 21



Ingatlah, ketika Rasul berbicara, itulah mutiara hidup  sebenarnya. Sesiapa yang
mencari redha ALLAH dengan kemurkaan manusia,  maka ALLAH cukupkan dia daripada
memerlukan bantuan manusia.



Sesiapa yang  mencari redha manusia dengan kemurkaan ALLAH, maka ALLAH serahkan
dia  kepada manusia. - HR Tarmidzi


Antara topik menarik dalam buku ini adalah :-
Hadis dha’if sebagai sumber hukum
Kedudukan doa akhir dan awal tahun Hijrah
Hari Asyura dan peristiwa Karbala
Fatwa tentang sambutan Maulidul Rasul
Ittiba’ dalam IslamNisfu Syaaban dan amalannya
Hukum menyambut Israk Mikraj
Hukum ibadat korban
Hukum solat hari raya
Amalan sunnah sempena hari raya



Kirim email ke