Saya nak minta Tuan Abu Samah dulu jawab soalan saya. Mana lebih bahaya yang nak kiblat ke Yahudi dengan yang lebih dulu bawa Yahudi tidor sebantal ??
Tuan Abu Samah tahu dak berapa umur UMNO dan berapa umur ulamak muda ? Logiknya (apa yang selalu diperkatakan orang) mana mungkin orang yang dah berumur ? 60 tahun (umur UMNO) nak dengar nasihat "ulama muda" yang saya rasa semua nya mungkin baru berumur 30 atau 40 tahun. Apa kurang ulamak (dalam UMNO) yang sedia ada dan berapa ramai pula yang telah bersara dari kabinet yang umur sudah hampir sama dengan umur UMNO bahkan mungkin ada yang jauh labih tua dari UMNO sendiri pun tidak mampu nak nasihat agar UMNO berubah !! Sebenarnya kalau hati telah menjadi keras seperti batu 1,000 ulamak sama ada tua atau muda masuk UMNO pun UMNO tetap tak akan berubah. Jika mereka berubah pun mereka bukan berubah kerana mencari keredaan Allah tapi demi mengekalkan kuasa politik mereka !! Ianya sebagaimana mereka yang berhijrah dari kota Mekah ke Madinah apabila diperintah olah Allah berbuat demikian. Jika hijrah kerana Allah dan Rasul nya memang mereka mendapat keredaan Nya tapi kalau berbuat demikian bukan kerana Allah pastinya tidak akan dapat reda dari Nya. Baru-baru ini pada 10hb Julai satu wacana bertajuk "Bolehkah Melayu Bersatu ?" diadakan di Balai Islam Kota Bharu. Prof Madya Dr Mohammad Agus telah bertindak sebagai moderator. Pada tarikh tersebut saya terpaksa ke Kedah kerana urusan keluarga. Bagaimana pun saya masih dapat menyaksikan wacana tersebut melalui rakaman. Saya dapati hujah dua wakil UMNO amat memalukan. Bukan sekadar hujah bahkan gelagat dan akhlak pun memalukan. Salah seorang adalah EXCO agama pemuda UMNO (seorang ustaz) dan seorang lagi tokah pemikir ? JASA. Yang ustaz tu ok lah walau pun ada pandangan yang dibuat tidak berdasarkan fakta dan ilmu sebenar sehingga terpaksa ditegor oleh Dr Mohd Asri bekas mufti Perlis yang juga salah seorang ahli panel. Saya rasa agak pelik ustaz UMNO ajak PAS masuk UMNO kalau nak buat Islam tapi bukankah UMNO yang berkuasa sekarang dan mereka pun mengaku mereka parti Islam !! Wakil PAS (Dr Mujahid Yusuf Rawa) pun pertikai mengapa sewaktu pembangkang mempersoalkan langkah mahu memberi lesen judi ahli-ahli parlimen UMNO tidak seorang pun turut mebantah tindakan pemimpin mereka ?? Apakah ini ciri-ciri mereka yang inginkah Islam dilaksanakan !! Tentang tokoh pemikir yang mewakili UMNO saya lihat ianya sangat jauh dari memiliki ciri-ciri nya sebagai seorang tokoh pemikir. Yang dapat disimpulkan ialah gelagat tokoh pemikir yang mewakili UMNO itu sebenarnya mencerminkan betapa hodohnya UMNO. Satu yang jelas sikap hodohnya ialah kelantangannya menghukum Anwar Ibrahim bersalah dalam kes liwat pada hal perbicaraan pun masih belum selesai. Alhamdulilah wakil PAS dengan sangat lembut telah menegor tingkah laku tokoh ini kerana ianya menghina mahkamah.Wallahua'lam. --- On Mon, 7/12/10, Abu [email protected] <Abu [email protected]> wrote: From: Abu [email protected] <Abu [email protected]> Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ?? bersangka baik To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Monday, July 12, 2010, 9:36 PM Betul tu cakap si Kholid, samalah juga kalau ketua persatuan/parti yang terang2 menyokong Yahudi ( yang belum dpt jadi PM tapi kiblat dah kearah YAHUDI ) mengapa masih nak sokong laknat nii. Perlu ke kita nak bersangka baik dgn BARUA YAHUDI INI ????????. Sila jawap pertanyaan ini ???. Perlu ke PAS terus bersekongkol dgn dia ????. Apakah hukumnya dalam Islam apabila menyokong Yahudi yang terang2 memusuhi Islam ????. Mungkin bagi PAS ok agaknya mengikut olahan hukum dari mereka. Mungkin betul tekaan saya kerana Nik Aziz pernah berkata mereka sanggup bersekutu dgn syaitan utk menjatuhkan UMNO ( lebih kurang gitu gamaknya ). Jadi sekarang PAS dah dapat sekutu seperti yang kehendaki…. Wassallam -----Original Message----- From: hidayah...@yahoogro ups.com [mailto:hidayahnet@ yahoogroups. com] On Behalf Of Kholid Ali Sent: Friday, July 09, 2010 2:47 PM To: Ikhwanul Muslimun Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ?? bersangka baik Konsep bersangka baik itu betul tapi kalau sekiranya mereka (ulamak muda) sekadar pergi bertemu atau bermuzakarah dengan pemimpin UMNO. Jika berdaftar sebagai ahli UMNO bermakna mereka turut berjuang selaras dengan perjuangan UMNO apa bolehkah kita bersangka baik? Kalau ada persataun pencuri dan perompak Malaysia dan ada orang daftar sebagai ahli persatuan itu apa tafsiran yang dapat dibuat ?? Wallahua'lam. From: "zam...@yahoo. com" <zam...@yahoo. com> To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com> Sent: Wed, July 7, 2010 12:09:32 PM Subject: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ?? bersangka baik Assalammualaikum wbt nak kongsi pandangan yang mungkin cetek, kalau salah harap di maafkan sesungguhnya agama allah (islam) itu sempurna selepas 22 tahun nabi s.a.w berdakwah. secara hikmah dan perlahan2. terlebih dahulu saya berdoa agar jangan dianggap saya memberi pandangan atas sifat politik, hanyalah mencari keredhaan Allah SWT kerana setiap tutur kata, tulisan, perbuatan semuanya akan di catat di dalam kitab amalan yang moga2 diberi pada tangan kita nanti. apa yang saya nak utarakan disini ialah harapan agar kita sentiasa beranggapan baik kerana ia sebahagian dari doa yang terlintas di hati kita. Sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan menerima taubat hamba2nya dan tidak mustahil dengan berkat doa anda semua Negara Malaysia ini akan mengamalkan perintah Allah dalam semua aspek. Yang layak menghukum hanyalah Allah SWT, janganlah kita hendak mendahului kuasaNya. yang baik dari allah, yang lemah dari saya. From: "zulki...@yahoo. com" <zulki...@yahoo. com> To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com> Sent: Sat, July 3, 2010 1:51:59 PM Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ?? Assalamualaikumwbt. Bissmillahirrahmani rahim “Sesungguhnya, yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (Ulama). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.” [Faathir 35: 28]. Klulah mereka tergulong seperti apa yg allah firman dalam ayat diatas mudah2an mereka terus berjuang menegakkan syiar islam dibumi malaysia.Tetapi klu sekadar untuk omokan atau propaganda umno demi menarik pengundi atau tujuan selain dari menuju keredhoan allah.Kita hanya sekadar tgk kemunkinan mereka juga akan menjadi Ulama2 tersohor sebelom ini yg telah masuk UMNO.Wallahualam. . From: "kho...@yahoo. com" <kho...@yahoo. com> To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com> Sent: Mon, June 28, 2010 6:14:37 AM Subject: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ?? Askm. Menyedari orang Melayu/Islam semakin terhakis kepercayaan terhadap kepimpinan UMNO maka baru-baru ini dijaja keseluruh negara 40 ulamak muda mohon menyertai UMNO. Kabarnya mereka yang dikatakan ulamak ini sebahagiannya hanya secara kebetulan berada disana (ketika penyerahan borang) bukan berhasrat menyertai UMNO. Ulamak sepatutnya mendakwahi para pemimpin UMNO agar kembali kepada Islam. Apakah "menghalalkan" judi itu termasuk dalam perjuangan Islam ?? Jika ini pun tidak dapat dibezakan layakkah mereka digelar ?ulamak muda. Budak-budak pun tahu judi adalah haram dalam Islam. Bukankah lebih baik mereka yang digelar "ulamak muda" ini lebih layak digelar sebagai "ulamak bayi" ?? Perintah berdakwah kepada pemerintah yang zalim adalah ditafsir oleh ulamak (ulamak besarlah bukan yang mohon sertai UMNO) sebagai tingkat dakwah yang paling mulia. Ada ulamak yang meletakkan hukumnya sebagai fardhu kifayah dan ada mengatakan ianya fardhu ain. Ini bererti jika ianya fardhu kifayah berdosalah semua orang jika tiada seorang pun melakukannya. Sepatutnya mereka (ulamak muda ini) perbetulkan dulu UMNO. Inilah tanggungjawab berdakwah. Maka sertailah mereka jika mereka benar-benar telah beriman dengan Allah dan Rasul Nya. Jika dilihat apa yang berlaku seolah apabila mereka menyertai UMNO bererti UMNO berada di andasan yang betul pada hal jelas mereka zalim terhadap rakyat dan mengkhianati Islam. Jika ulamak yang sedia ada diketepikan dan berbangga dengan ulamak muda maka hasrat mereka sebenarnya hanyalah ingin menarik sokongan golongan muda kedalam UMNO. Mereka dapat menghidu bahawa ramai golongan muda sudah tidak yakin dengan perjuangan UMNO terutama dalam memertabakan Islam. Tafsiran zalim pula bukan sekadar tangkap dan kurung rakyat bawah ISA sahaja tapi ianya termasuklah meletakkan sistem perundangan yang lain dari Islam mengatasi ketetapan Allah dalam kitab Nya al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Perbuatan mereka bukan saja menzalimi diri mereka tapi juga menzalimi ramai penyokong mereka yang masih jahil tentang apakah ertinya mereka beriman kepada Allah dan Rasul Nya. Mungkin jika ditanya mereka pun, mereka tetap akan kata mereka beriman yang Nabi Muhammad itu Rasulullah dan al Quran itu kitab Allah. Bila sambut hari lahir Nabi Muhammad merekalah yang paling sibuk menyambutnya tapi hakikatnya mereka hanya menunjukkan sikap hipokrit mereka sahaja. Wallahua'lam. ibnuAli
