Sakit hati sungguh orang UMNO bila PAS berbaik dengan DAP !! Sedangkan 
UMNO dok kawan dengan MCA dan MIC dah lebih 50 tahun PAS tak gadoh pun. Apa 
yang PAS dok gadoh ialah kerana UMNO mempersendakan Islam !! Mereka perkecilkan 
perkara-perkara pokok dan perbesarkan perkara kecil. Itulah cara UMNO bahkan 
ustaz UMNO pun begitu juga. Ketika wacana bertajuk Bolehkah Melayu Bersatu ? di 
Kota Bharu tempoh hari ustaz wakil UMNO pun pertikai PAS dok kawan dengan DAP 
yang tak "sunat"!! Perkara bersunat itu terlalu besar bagi mereka sedangkan 
banyak perkara lain yang lebih perlu diutamakan seperti soal aqidah soal 
mensyirikkan Allah yang lebih besar tapi mereka anggap remeh.

     Mungkin antara susah benar bukan Islam nak masuk Islam atau nak dengar 
pasal Islam sebab sebut mau masuk Islam orang UMNO kata "mesti mau kena potong 
!!". Mereka nilai Islam sekadar sunat tak sunat !! Kalau dah bersunat pun dan 
mengaku Islam kerana berketurunan Melayu nak jadi apa kalau hukum-hukum Islam 
dipermainkan !! Adakan musabaqah tiap tahun (dan yang sedang berlangsung 
sekarang dah yang ? ke 53) tapi tak jumpa kah mereka ayat ayat yang memerintah 
hukum-hukum Islam dilaksanakan dan kafir jika mengingkarinya !! Dengar kabar 
ayat mengenai hudud "diharamkan" dibaca dalam musabaqah ??

    DAP tak Islam tak menjadi masalah kerana mereka sedia mendengar apa yang 
PAS dok cakap pasal Islam !! Nak harap UMNO dah lebih 50 tahun berkuasa pun MCA 
dan MIC masih terus menerus menjauhi Islam !! Umur umat Nabi Muhammad SAW tak 
panjang jadi kalau Sdr Mohd Fadli nak berubah berubahlah cepat !! Apakah UMNO 
saja boleh buat Islam setelah 50 tahun memerintah ternyata mereka gagal ?? 
Jangan sia siakan akal dan iman yang dikurnaikan Allah !! Gunalah hak yang 
diberi bagi memilih pemimpin yang jelas meletakkan Islam sebagai dasar. 
Berkawan dengan DAP atau lain-lain parti bukan Islam hanyalah strategi 
perjuangan !! Wallahua'lam.

--- On Mon, 7/19/10, Mohd.Fadli Bin os...@yahoo.com <Mohd.Fadli Bin 
os...@yahoo.com> wrote:

From: Mohd.Fadli Bin os...@yahoo.com <Mohd.Fadli Bin os...@yahoo.com>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ?? 
bersangka baik
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Date: Monday, July 19, 2010, 2:47 AM







 









      Alhamdulillah, kurang-kurang ulamak muda ada usaha nak memperbetulkan 
UMNO,tak macam orang seperti saudara kholid dan fanatik PAS yang lain, yang 
hanya tau  membenci UMNO saja,bukan nak membantu,bersatu pun jauh sekali . Tu 
la kalau masalahnya kalau anda rasa diri anda dan puak-puak anda sahaja yang 
betul,bersih, suci. Mungkin Ulama-ulama muda tu tak nak masuk PAS sebab PAS pun 
dah lari matlamat perjuangannya atau mereka memikirkan mudarat yang lebih besar 
jika memilih PAS yang bersekutu dengan DAP.Lagi satu,kalau nak haramkan  judi 
janganlah lupa pasal arak, arak pun haram juga.Jangan la pasal kat 
kelantan,Selangor ada  arak, anda senyapkan je. Jangan lah buat hukum 
memilih-milih. Nak buat  Amal makruf nahi mungkar buatlah  kerana ALLAH S.W.T 
bukan kerana politik!!!.
--- On Tue, 13/7/10, zam...@yahoo. com
 <zam...@yahoo. com> wrote:


From: zam...@yahoo. com <zam...@yahoo. com>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ?? 
bersangka baik
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Date: Tuesday, 13 July, 2010, 7:45 PM


 


assalammualaikum,

bersama-samalah kita berdoa semoga golongan ini(ulama muda) dapat berdakwah 
kepada para pemimpin di dalam UMNO tu. Kita faham perasaan saudara kholid, ikut 
logik akal mmg mcm tu tapi kalau ikut logik akal, itulah cara terbaik, nak 
dakwah org kena la berdamping, bukan bermaksud ikut serta berbuat maksiat, 
kalau x dekat mcm mana nak berdakwah.

nak kongsi 2 cerita (tak brapa lengkap mungkin rakan2 lain boleh tambah mana 
yang kurang)

kisah pertama

tersebutlah kisah seorang anak muda yang telah mendapat restu ibunya untuk 
menuntut ilmu kepada guru yang lebih alim. Didalam perjalanannya rombongan 
mereka telah di tahan oleh perompak, hartabenda di rampas dan rombongan itu di 
tangkap.

tatkala di tanya oleh ketua perompak akan wang kepada org muda ini,  maka anak 
muda ini menunjukkan duitnya yang disurukkan di
 dalam lengan bajunya. Ditanya oleh ketua perompak mengapa ia menunjukkan wang 
tersebut sedangkan sekiranya turus disorokkan ia takkan diketahui mereka, maka 
jawab anak muda ini ibunya berpesan bahawa di dalam perjalanan menuntut ilmu 
tidak boleh dimulakan dengan perbuatan bohong walau dengan apa sebab kerana 
tiada keberkatan Allah swt. Akhirnya ketua perompak ini insaf dan meninggalkan 
perbuatan merompak, memulangkan wang dan melepaskan tahanan rombongan tersebut,

Anak muda ini akhirnya menjadi seorang imam yang sangat di segani di dunia. 
Siapa nama beliau?

moral : berdamping dengan perompak pun dapat insafkan perompak, semoga allah 
memberi hidayah

cerita kedua

Di suatu petang ketika seorang wali allah balik kerumahnya apabila hujan hampir 
turun kelihatan seorang pemuda tergesa-gesa mengambil pakaian yang tersidai di 
ampaian rumahnya, dia pun berlari2 untuk mengangkat pakaian yang masih tersidai 
khuatir basah terkena hujan.
 apabila pakaian semua telah diangkat, dilihatnya pemuda tersebut lari kedalam 
hutan yang berhampiran lantas masuk kedalam gua. Dia pun menuruti pemuda 
tersebut bersama-sama pakaian yang telah diangkat tadi.

Di dalam gua pemuda tersebut menunggunya untuk membahagi2-bagikan pakaian yang 
telah dicuri itu, apabila selesai di bahagikan, waliallah ini memberikan 
bahagiannya kepada pemuda tersebut lantas memaklumkan pakaian yang dicuri 
tersebut adalah pakaiannya, dan dia menyedekahkan semuanya kepada pemuda itu 
agar tidak mendapat dosa akibat mencuri, serta memaafkannya.

Perbuatan wali allah ini menginsafkan pemuda tersebut dan bertaubat dari 
perbuatannya.

moral: lu pk la sendiri..  sedangkan nabi saw membawa makanan, menghaluskan 
makanan dengan mulutnya dan menyuapkan kedalam mulut perempuan tua yahudi yang 
sentiasa mencemuh islam kepada setiap org yang lalu didepannya di dalam pasar. 
takkan kita sikit pun x leh nak berdoa agar
 sedara kita yang terpesong tu jadi betul lurus, sebaliknya berdoakan semoga 
Allah menjahanamkan mereka?? ntah la mcm mana nasib kita di akhirat kelak. 
wallahua'lam

assalammualaikum wbt







From: "kho...@yahoo. com" <kho...@yahoo. com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Sent: Fri, July 9, 2010 2:47:07 PM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ?? 
bersangka baik





Konsep bersangka baik itu betul tapi kalau sekiranya mereka (ulamak muda) 
sekadar pergi bertemu atau bermuzakarah dengan pemimpin UMNO. Jika berdaftar 
sebagai ahli UMNO bermakna mereka turut berjuang selaras dengan perjuangan UMNO 
apa bolehkah kita bersangka baik? Kalau ada persataun pencuri dan perompak 
Malaysia dan ada orang daftar sebagai ahli persatuan itu apa tafsiran yang 
dapat dibuat ?? Wallahua'lam.




From: "zam...@yahoo. com" <zam...@yahoo. com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Sent: Wed, July 7, 2010 12:09:32 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ?? bersangka 
baik

 



Assalammualaikum wbt

nak kongsi pandangan yang mungkin cetek, kalau salah harap di maafkan

sesungguhnya agama allah (islam) itu sempurna selepas 22 tahun nabi s.a.w 
berdakwah. secara hikmah dan perlahan2.

terlebih dahulu saya berdoa agar jangan dianggap saya memberi pandangan atas 
sifat politik, hanyalah mencari keredhaan Allah SWT kerana setiap tutur kata, 
tulisan, perbuatan semuanya akan di catat di dalam kitab amalan yang moga2 
diberi pada tangan kita nanti.

apa yang saya nak utarakan disini ialah harapan agar kita sentiasa beranggapan 
baik kerana ia sebahagian dari doa yang terlintas di hati kita. Sesungguhnya 
Allah itu maha pengampun dan menerima taubat hamba2nya dan tidak mustahil 
dengan berkat doa anda semua Negara Malaysia ini akan mengamalkan perintah 
Allah dalam semua aspek.

Yang layak menghukum hanyalah Allah SWT, janganlah kita hendak mendahului 
kuasaNya.

yang baik dari allah, yang lemah dari
 saya.





From: "zulki...@yahoo. com" <zulki...@yahoo. com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Sent: Sat, July 3, 2010 1:51:59 PM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ??




Assalamualaikumwbt.
Bissmillahirrahmani rahim
“Sesungguhnya, yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari 
kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (Ulama). Sesungguhnya 
Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.” [Faathir 35: 28].
Klulah mereka tergulong seperti apa yg allah firman dalam ayat diatas mudah2an 
mereka terus berjuang menegakkan syiar islam dibumi malaysia.Tetapi klu sekadar 
untuk omokan atau propaganda umno demi menarik pengundi atau tujuan selain dari 
menuju keredhoan allah.Kita hanya sekadar tgk kemunkinan mereka juga akan 
menjadi Ulama2 tersohor sebelom ini yg telah masuk UMNO.Wallahualam. 
.




From: "kho...@yahoo. com" <kho...@yahoo. com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Sent: Mon, June 28, 2010 6:14:37 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ??

 





Askm.
    
      Menyedari orang Melayu/Islam semakin terhakis kepercayaan terhadap 
kepimpinan UMNO maka baru-baru ini dijaja keseluruh negara 40 ulamak muda mohon 
menyertai UMNO. Kabarnya mereka yang dikatakan ulamak ini sebahagiannya hanya 
secara kebetulan berada disana (ketika penyerahan borang) bukan berhasrat 
menyertai UMNO. Ulamak sepatutnya mendakwahi para pemimpin UMNO agar kembali 
kepada Islam. Apakah "menghalalkan" judi itu termasuk dalam perjuangan Islam ?? 
Jika ini pun tidak dapat dibezakan layakkah mereka digelar ?ulamak muda. 
Budak-budak pun tahu judi adalah haram dalam Islam. Bukankah lebih baik mereka 
yang digelar "ulamak muda" ini lebih layak digelar sebagai "ulamak bayi" ??

   Perintah berdakwah kepada pemerintah yang zalim adalah ditafsir oleh ulamak 
(ulamak besarlah bukan yang mohon sertai UMNO) sebagai tingkat dakwah yang 
paling mulia. Ada ulamak
 yang meletakkan hukumnya sebagai fardhu kifayah dan ada mengatakan ianya 
fardhu ain. Ini bererti jika ianya fardhu kifayah berdosalah semua orang jika 
tiada seorang pun melakukannya. Sepatutnya mereka (ulamak muda ini) perbetulkan 
dulu UMNO. Inilah tanggungjawab berdakwah. Maka sertailah mereka jika mereka 
benar-benar telah beriman dengan Allah dan Rasul Nya. Jika dilihat apa yang 
berlaku seolah apabila mereka menyertai UMNO bererti UMNO berada di andasan 
yang betul pada hal jelas mereka zalim terhadap rakyat dan mengkhianati Islam. 
Jika ulamak yang sedia ada diketepikan dan berbangga dengan ulamak muda maka 
hasrat mereka sebenarnya hanyalah ingin menarik sokongan golongan muda kedalam 
UMNO. Mereka dapat menghidu bahawa ramai golongan muda sudah tidak yakin dengan 
perjuangan UMNO terutama dalam memertabakan Islam.

   Tafsiran zalim pula bukan sekadar tangkap dan kurung rakyat bawah ISA sahaja 
tapi ianya termasuklah meletakkan sistem
 perundangan yang lain dari Islam mengatasi ketetapan Allah dalam kitab Nya al 
Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Perbuatan mereka bukan saja menzalimi diri 
mereka tapi juga menzalimi ramai penyokong mereka yang masih jahil tentang 
apakah ertinya mereka beriman kepada Allah dan Rasul Nya. Mungkin jika ditanya 
mereka pun, mereka tetap akan kata mereka beriman yang Nabi Muhammad itu 
Rasulullah dan al Quran itu kitab Allah. Bila sambut hari lahir Nabi Muhammad 
merekalah yang paling sibuk menyambutnya tapi hakikatnya mereka hanya 
menunjukkan sikap hipokrit mereka sahaja. Wallahua'lam.

ibnuAli

  

































      

Kirim email ke