assalammualaikum,

bersama-samalah kita berdoa semoga golongan ini(ulama muda) dapat berdakwah
kepada para pemimpin di dalam UMNO tu. Kita faham perasaan saudara kholid, ikut
logik akal mmg mcm tu tapi kalau ikut logik akal, itulah cara terbaik, nak
dakwah org kena la berdamping, bukan bermaksud ikut serta berbuat maksiat, kalau
x dekat mcm mana nak berdakwah.

nak kongsi 2 cerita (tak brapa lengkap mungkin rakan2 lain boleh tambah mana
yang kurang)

kisah pertama

tersebutlah kisah seorang anak muda yang telah mendapat restu ibunya untuk
menuntut ilmu kepada guru yang lebih alim. Didalam perjalanannya rombongan
mereka telah di tahan oleh perompak, hartabenda di rampas dan rombongan itu di
tangkap.

tatkala di tanya oleh ketua perompak akan wang kepada org muda ini,  maka anak
muda ini menunjukkan duitnya yang disurukkan di dalam lengan bajunya. Ditanya
oleh ketua perompak mengapa ia menunjukkan wang tersebut sedangkan sekiranya
turus disorokkan ia takkan diketahui mereka, maka jawab anak muda ini ibunya
berpesan bahawa di dalam perjalanan menuntut ilmu tidak boleh dimulakan dengan
perbuatan bohong walau dengan apa sebab kerana tiada keberkatan Allah swt.
Akhirnya ketua perompak ini insaf dan meninggalkan perbuatan merompak,
memulangkan wang dan melepaskan tahanan rombongan tersebut,


Anak muda ini akhirnya menjadi seorang imam yang sangat di segani di dunia.
Siapa nama beliau?


moral : berdamping dengan perompak pun dapat insafkan perompak, semoga allah
memberi hidayah

cerita kedua

Di suatu petang ketika seorang wali allah balik kerumahnya apabila hujan hampir
turun kelihatan seorang pemuda tergesa-gesa mengambil pakaian yang tersidai di
ampaian rumahnya, dia pun berlari2 untuk mengangkat pakaian yang masih tersidai
khuatir basah terkena hujan. apabila pakaian semua telah diangkat, dilihatnya
pemuda tersebut lari kedalam hutan yang berhampiran lantas masuk kedalam gua.
Dia pun menuruti pemuda tersebut bersama-sama pakaian yang telah diangkat tadi.

Di dalam gua pemuda tersebut menunggunya untuk membahagi2-bagikan pakaian yang
telah dicuri itu, apabila selesai di bahagikan, waliallah ini memberikan
bahagiannya kepada pemuda tersebut lantas memaklumkan pakaian yang dicuri
tersebut adalah pakaiannya, dan dia menyedekahkan semuanya kepada pemuda itu
agar tidak mendapat dosa akibat mencuri, serta memaafkannya.


Perbuatan wali allah ini menginsafkan pemuda tersebut dan bertaubat dari
perbuatannya.

moral: lu pk la sendiri..  sedangkan nabi saw membawa makanan, menghaluskan
makanan dengan mulutnya dan menyuapkan kedalam mulut perempuan tua yahudi yang
sentiasa mencemuh islam kepada setiap org yang lalu didepannya di dalam pasar.
takkan kita sikit pun x leh nak berdoa agar sedara kita yang terpesong tu jadi
betul lurus, sebaliknya berdoakan semoga Allah menjahanamkan mereka?? ntah la
mcm mana nasib kita di akhirat kelak. wallahua'lam

assalammualaikum wbt





________________________________
From: "[email protected]" <[email protected]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Fri, July 9, 2010 2:47:07 PM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ??
bersangka baik




Konsep bersangka baik itu betul tapi kalau sekiranya mereka (ulamak muda)
sekadar pergi bertemu atau bermuzakarah dengan pemimpin UMNO. Jika berdaftar
sebagai ahli UMNO bermakna mereka turut berjuang selaras dengan perjuangan UMNO
apa bolehkah kita bersangka baik? Kalau ada persataun pencuri dan perompak
Malaysia dan ada orang daftar sebagai ahli persatuan itu apa tafsiran yang dapat
dibuat ?? Wallahua'lam.



________________________________
From: "[email protected]"  <[email protected]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Wed, July 7, 2010 12:09:32 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ?? bersangka
baik


Assalammualaikum wbt

nak kongsi pandangan yang mungkin cetek, kalau salah harap di maafkan

sesungguhnya agama allah (islam) itu sempurna selepas 22 tahun nabi s.a.w
berdakwah. secara hikmah dan perlahan2.

terlebih dahulu saya berdoa agar jangan dianggap saya memberi pandangan atas
sifat politik, hanyalah mencari keredhaan Allah SWT kerana setiap tutur kata,
tulisan, perbuatan semuanya akan di catat di dalam kitab amalan yang moga2
diberi pada tangan kita nanti.

apa yang saya nak utarakan disini ialah harapan agar kita sentiasa beranggapan
baik kerana ia sebahagian dari doa yang terlintas di hati kita. Sesungguhnya
Allah itu maha pengampun dan menerima taubat hamba2nya dan tidak mustahil dengan
berkat doa anda semua Negara Malaysia ini akan mengamalkan  perintah Allah dalam
semua aspek.

Yang layak menghukum hanyalah Allah SWT, janganlah kita hendak mendahului
kuasaNya.

yang baik dari allah, yang lemah dari saya.




________________________________
From: "zulki...@yahoo. com" <zulki...@yahoo. com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Sent: Sat, July 3, 2010 1:51:59 PM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ??




Assalamualaikumwbt.
Bissmillahirrahmani rahim
“Sesungguhnya, yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari
kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (Ulama). Sesungguhnya
Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.” [Faathir 35: 28].

Klulah mereka tergulong seperti apa yg allah firman dalam ayat diatas mudah2an
mereka terus berjuang menegakkan syiar islam dibumi malaysia.Tetapi klu sekadar
untuk omokan atau propaganda umno demi menarik pengundi atau tujuan selain dari
menuju keredhoan allah.Kita hanya sekadar tgk kemunkinan mereka juga akan
menjadi Ulama2 tersohor sebelom ini yg telah masuk UMNO.Wallahualam.

.



________________________________
From: "kho...@yahoo. com" <kho...@yahoo. com>
To: Ikhwanul Muslimun  <hidayah...@yahoogro ups.com>
Sent: Mon, June 28, 2010 6:14:37 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] "Ulamak Muda" Menyertai UMNO ??


Askm.

      Menyedari orang Melayu/Islam semakin terhakis kepercayaan terhadap
kepimpinan UMNO maka baru-baru ini dijaja keseluruh negara 40 ulamak muda mohon
menyertai UMNO. Kabarnya mereka yang dikatakan ulamak ini sebahagiannya hanya
secara kebetulan berada disana (ketika penyerahan borang) bukan berhasrat
menyertai UMNO. Ulamak sepatutnya mendakwahi para pemimpin UMNO agar kembali
kepada Islam. Apakah "menghalalkan" judi itu termasuk dalam perjuangan Islam ??
Jika ini pun tidak dapat dibezakan layakkah mereka digelar ?ulamak muda.
Budak-budak pun tahu judi adalah haram dalam Islam. Bukankah lebih baik mereka
yang digelar  "ulamak muda" ini lebih layak digelar sebagai "ulamak bayi" ??

   Perintah berdakwah kepada pemerintah yang zalim adalah ditafsir oleh ulamak
(ulamak besarlah bukan  yang mohon sertai UMNO) sebagai tingkat dakwah yang
paling mulia. Ada ulamak yang meletakkan hukumnya sebagai fardhu kifayah dan ada
mengatakan ianya fardhu ain. Ini bererti jika ianya fardhu kifayah berdosalah
semua orang jika tiada seorang pun melakukannya. Sepatutnya mereka (ulamak muda
ini) perbetulkan dulu UMNO. Inilah tanggungjawab berdakwah. Maka sertailah
mereka jika mereka benar-benar telah beriman dengan Allah dan Rasul Nya. Jika
dilihat apa yang berlaku seolah apabila mereka menyertai UMNO bererti UMNO
berada di andasan yang betul pada hal jelas mereka zalim terhadap rakyat dan
mengkhianati Islam. Jika ulamak yang sedia ada diketepikan dan berbangga dengan
ulamak muda maka hasrat mereka sebenarnya hanyalah ingin menarik sokongan
golongan muda kedalam UMNO. Mereka dapat menghidu bahawa ramai golongan muda
sudah tidak yakin dengan perjuangan UMNO terutama dalam memertabakan Islam.

   Tafsiran zalim pula bukan sekadar tangkap  dan kurung rakyat bawah ISA sahaja
tapi ianya termasuklah meletakkan sistem perundangan yang lain dari Islam
mengatasi ketetapan Allah dalam kitab Nya al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.
Perbuatan mereka bukan saja menzalimi diri mereka tapi juga menzalimi ramai
penyokong mereka yang masih jahil tentang apakah ertinya mereka beriman kepada
Allah dan Rasul Nya. Mungkin jika ditanya mereka pun, mereka tetap akan kata
mereka beriman yang Nabi Muhammad itu Rasulullah dan al Quran itu kitab Allah.
Bila sambut hari lahir Nabi Muhammad merekalah yang paling sibuk menyambutnya
tapi hakikatnya mereka hanya menunjukkan sikap hipokrit mereka sahaja.
Wallahua'lam.

ibnuAli














      

Kirim email ke