*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Izinkan saya memberi sedikit ulasan sejarah negara sepanjang minggu pertama bulan
October 1999 ini.
Melihat kepada lembaran suratkhabar lama seminggu yang lalu, tidak banyak benda baru
yang mampu diperkatakan kerana kebanyakan berita yang tersiar lebih merupakan sebagai
predule kepada pilihanraya umum yang bakal menjelang .
Secara peribadi, isu yang paling menonjol pada pandangan mata saya ialah berita
penangkapan anak Tuan Guru Nik Aziz atas tuduhan memukul anak muridnya. Utusan
Malaysia melaporkan bahawa Nik Adli, 32 tahun, guru dsiplin Sekolah Menengah Agama
Darul Anwar, Kota Bharu telah ditahan dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin polis
sementara menanti tindakan selanjutnya. Menurut polis, jika didapati bersalah, Nik
Adli boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan Section 324 yang boleh membawa hukuman 3
tahun penjara.
Saya tidak ada apa-apa nak komen, cumanya saya nak tulis di sini komen spontan
daripada seorang guru berbangsa India di sebuah sekolah menengah berdekatan. Kata
beliau:
"What?? - Nik Aziz's Son is Only a Teacher??"
[Apa?? - Anak Nik Aziz cuma cikgu sekolah??"]
Kemudian disampuk oleh seorang guru lagi:
"Warden some more, you know!!"
[Warden pulak tu, hang tau dak?]
LA, KITA PUN TAK SANGKA, BAGI KITA BIASALAH, ANAK NIK AZIZ JADI CIKGU KA, KERANI KA,
PEON KA, BIASA LA. TAPI, BAGI DEPA, KALAU PUN ANAK NIK AZIZ TAK JADI TAUKE KORPORAT,
SEKURANG-KURANGNYA DAH TENTU JADI TAUKEH BALAK!!
Masyaallah, semua benda ini Tuhan nak tunjuk ini; Nik Aziz vs Mahathir - tengok anak
siapa jadi apa?
ISH, ISH TAK BOLEH PIKIAQ AIH KALAU MIRZAN JADI WARDEN!!
Minggu ini juga kita menyaksikan dua berita gempar yang melibatkan dua konspirator
utama kes DSAI; seorang bernama Azizan, dan seorang lagi bernama Ummi Hafilda.
Rasanya semua orang tahu dah, Azizan ditangkap dan dihukum penjara 3 bulan atas
kesalahan khalwat; Ummi Hafilda pula dihukum bangkrap kerana tak mampu nak bayar
hutang. Kita tahulah, dalam suasana UMNO tengah gawat berdepan dengan pilihanraya yang
paling kritikal dalam sejarah negara kita ini, si Azizan dan si Ummi hanyalah
sebahagian drpd buah-buah catur di atas papan catur politik negara. Ini siapa-siapa
yang masa zaman muda dulu kaki rock, tentu pernah dengar lagu Scorpion ini, kata dia:
"Life is like a chess, if you don't make a move, you'll loose the game"
[Hidup ini macam papan catur, kalau kita tak pandai atur langkah, maka kecundanglah
kita!]
Jadi, bagi saya, Azizan dan Ummi sedang digunakan oleh Mahathir dan
penasihat-penasihatnya untuk mengelabui mata masyarakat dalam menilai ketulusan sistem
kehakiman dan perundangan negara. Bila tengok Azizan kena penjara, Ghafar Baba pun
boleh masuk kampung kata:
"Tengok, Azizan pun kena penjara; kalau sungguh Hakim di Malaysia ini Dr Mahathir
pegang, tentu dia tak kena masuk jel!!"
Lepas tu, bila tengok Ummi Hafilda kena isytihar Muflis - Tajol Rosli yang IQ Zero pun
boleh ikut Ghafar Baba masuk kampung; kemudian dengan penuh konfiden cakap:
"Tengok, Ummi Hafilda pun boleh kena bangkrap; kalau sungguh dia dapat juta-juta sebab
tolong konspirasi Anwar Ibrahim, mesti dah boleh bayar hutang tu. Alah, bukan banyak
mana pun, RM300,000 sahaja!!"
TU DIA, PANDAI SUNGGUH DEPA!!
Yang saya boleh syak benda ini bukan pasal apa; cuba lihat keratan UM dan BH di bawah
ketika menyiarkan berita Azizan dan Ummi Hafilda ini.
Utusan Malaysia 29 Sept 1999:
ALOR GAJAH 28 Sept. - "Saksi utama" perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim,
Azizan Abu Bakar, dihukum penjara tiga bulan dan denda berjumlah RM7,000 oleh Mahkamah
Rendah Syariah di sini hari ini selepas dia mengaku bersalah berkhalwat dan cuba
melakukan persetubuhan haram dengan Norhayati Saad.
Berita Harian 7 October 1999:
KUALA LUMPUR, Rabu - Ummi Hafilda, "saksi utama" kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari
ini diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas gagal membayar hutang
berjumlah RM300,000 kepada UNI-Grand Enterprise
HA, TENGOK - DUA DUA BERITA MEMULAKAN AYAT DENGAN PERKATAAN "SAKSI UTAMA". MAKNA KATA,
AWAL BISMILLAH LAGI MEREKA NAK HABAG KATA BAHAWA ORANG KUAT KONSPIRASI PUN BOLEH KENA
DAKWA, JADI MANA YANG DIKATAKAN MAHKAMAH DAN HAKIM ITU MAHATHIR PUNYA?
[Ha, ni kalau kita pi cula undi dengan orang kampung, macam mana nak jawab ni?]
Minggu ini juga kita digemparkan dengan "penyalahgunaan kuasa yang tak berbelah
bahagi" oleh Datuk Najib Tun Razak apabila beliau mengumumkan TV Pendidikan di
sekolah2 seluruh negara akan 'diswasta'kan kepada ASTRO. Bila orang komplain kata ini
satu lagi business buta, Datuk Najib kata:
"Semua langganan untuk siaran pendidikan melalui televisyen satelit Astro di
sekolah-sekolah akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan"- [UM 30/9/99]
LA, DUIT JUTA-JUTA ITU MEMANGLAH DUIT KERAJAAN, TAPI SIAPA YANG DAPAT? ASTRO!! - KRONI
LAGI TU!
Cakap pasal swasta mengswasta ini, kita pun kadang2 dah tak boleh nak fikir dah; benda
yang tak ternah terfikir dek akal macam kes TV pendidikan ini pun depa boleh swasta.
Kadang2 kita pun jadi hairan dengan mentaliti tamak dan haloba puak-puak UMNO ini.
Yang paling saya tak boleh lupa ialah cadangan nak swastakan perkhidmatan BOMBA. Ini
saya petikkan keratan akhbar the SUN sebagai bukti:
"IPOH, Sun: The Ipoh Ratepayers and Taxpayers Association (Irata) has urged the
Housing and Local Government Ministry not to be hasty in privatising the Fire and
Rescue Department. Its Vice President, Victor Sankey, said Irata is taken aback by
Deputy Housing and Local Government Minister, Datuk Mohd Shafie Apdal's announcement
yesterday that there may be a possibility of the department being privatized. It was
reported that the Fire and Rescue Department has succeeded in saving more than RM3.02
billion of property from being razed nationwide between January and June the is year"
[Terjemahan: Persatuan Pembayar Cukai Ipoh (IRATA) telah meminta Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan supaya tidak terburu-buru untuk mengswastakan perkhidmatan
BOMBA. Naib Presidennya, Victor Sankey berkata IRATA merasa terkilan dengan pengumuman
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Shafie Afdal kelmarin
bahawa ada kemungkinan BOMBA akan diswastakan. Menurut laporan, Jabatan BOMBA telah
berjaya menyelamatkan harta benda daripada terbakar berjumlah RM3.02 billion di
seluruh negara dalam tempoh Januari hingga June tahun ini].
TU DIA, KALAU BOMBA SWASTA BAGI KAT ZAN; ZAN MINTA 10% DARI RM3.02 BILLION, WOI BANYAK
YOU!!
[Kalau nak tahu detail pasal kenyataan akhbar IRATA ini, sila hubungi Naib Presidennya]
Pendek kata, itulah mentaliti puak-puak UMNO yang tengah terdesak sekarang; kalau
boleh semua benda nak diswastakan depa. Kerana itu jangan terkejut kalau dua tiga hari
lagi keluar berita kata KUBUR-KUBUR pun depa nak swasta. Silap-silap haribulan, kita
semua kena tempah kubur dan kena bayar lesen kat syarikat-syarikat berkenaan. Tapi,
kita rasa kalau depa swasta kubur kat kampung, yang untungnya tentulah puak-puak JKKK;
tentu depa ni jadi lebih komited nak sokong Mahathir:
"Hangpa tak sokong aku, tender kubur aku bagi kat orang lain!!"
Tu dia, dari beranak sampai mati, semua boleh buat duit......swasta jangan tak swasta.
MALAYSIA BOLEH!!
Wassalam,
Pakdin
---------------------------------------------------
Get free personalized email at http://www.iname.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED]