*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Minggu ini secara tiba-tiba, buat pertama kalinya saya jadi panas hati,
mendidih didih, marah dan bara sungguh dengan Pak Lah; bukan buat-buat, tapi
betul-betul mendidih. Selama ini, walau pun tak berapa nak setuju dengan Pak
Lah, tapi jauh di sudut hati ada juga menyimpan rasa hormat pada beliau;
mungkin saya banyak membaca buku-buku politik terdahulu yang sering
menggambarkan Pak Lah sebagai seorang ahli politik yang tabah, matang dan
dihormati ramai hinggakan digelar orang sebagai Mr Clean.
Tapi, Pak Lah yang kita lihat hari ini sudah tak macam Pak Lah yang dulu.
PAK LAH YANG DULUNYA TABAH KINI SUDAH JADI BACUL!!
Saya naik hairan, apa yang Pak Lah takut sangat dengan Harakah. Harakah
cumalah suatu makalah untuk rakyat berkongsi maklumat dan mencurahkan rasa
tidak puas hati sesama mereka. Itu saja; bukannya ada rahsia apa-apa, semuanya
terbuka untuk dianalisa. Kalau tak suka, tak payahlah baca. Jadi, apa yang
ditakutkan sangat dengan Harakah?
Lagi pun, Harakah cumalah satu sedangkan kerajaan ada berpuluh-puluh lagi
media lain untuk melawan Harakah. Contohnya, kerajaan ada TV1, TV2, TV3, TV7,
Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times, The Star, The Sun, Nanyang
Siangpau dan lain-lain lagi termasuklah majalah-majalah lucah Malaysia seperti
HAI, URTV, Mangga dan sebagainya. Tak cukup lagikah dengan media-media itu
semua?
YANG PAK LAH JADI BACUL SANGAT INI APA PASAL?
Cakap pasal majalah lucah Mangga; minggu ini buat pertama kalinya dalam hidup
saya, saya sengaja pergi beli majalah itu, nak tengok apa yang ada dalam
Mangga itu sampaikan kerajaan sanggup menekan Harakah tapi membiarkan
majalah-majalah macam itu terus berleluasa.
Belek punya belek, ha tu dia, di muka surat 50 di bahagian Poster Cun Mangga,
terpampang dua tiga pose berwarna warni seorang artis baru bernama NADILA; dia
punya pakaian dan aksi - fuh! Tertelan air liur!
KAT ATAS, WALAU PUN TERPACAK DI DADANYA BAK GUNUNG KINABALU TAPI CUMA DIIKAT
DENGAN TALI KECIL BESAR SIKIT DARI TALI WAU, NAMPAK LURAH SEJAUH MATA
MEMANDANG - KALAU DITENUNG LAMA-LAMA BOLEH TERSEMBOR BIJI MATA!!
KAT BAWAH PULA PUNYALA SINGKAT, LEPAS TU PULA SENGAJA DILIPATKAN KAKI MACAM
DUDUK MENDAGU, NAMPAK TERUS KE DALAM - TAPI TERHALANG OLEH DUA LIPATAN PAHA
YANG PUTIH MENGGEBU!!
Ha, ada ka hangpa pernah nampak gambar-gambar lucah macam ini dalam Harakah?
Ada ka?
Habis tu, awat yang Pak Lah jadi bacul sangat takut dengan Harakah tapi
membiarkan majalah-majalah lucah macam itu diterbitkan sewenang-wenangnya?
Kadang-kadang kita naik hairan sungguh dengan Pak Lah sebagai Menteri Dalam
Negeri ini; apasal lah beliau sibuk sangat dengan isu Harakah sedang banyak
lagi isu keselamatan dalam negeri yang belum selesai.
Tak percaya, bukalah mana-mana akhbar hari ini, pasti kita akan menemui
kes-kes jenayah berbagai rupa. Kalau dulu, jarang sangat kita dengar orang
bunuh orang depan orang; sekarang ini kisah-kisah orang kena bunuh hidup-hidup
sudah jadi perkara biasa, dulu kita ingatkan kat Siam saja jadi benda ini,
sekarang kat sini pun dah mula jadi perkara biasa.
Contoh terbaru; di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, seorang Lawyer Chew Sien Chee
ditembak dengan Revolver secara berhadapan oleh seorang lelaki ketika beliau
baru nak melangkah masuk ke dalam kereta Mercedesnya untuk ke tempat kerja.
Kemudian, selamba saja lelaki itu berjalan pergi, dan polis pun tak pasti sama
ada beliau gunakan motosikal atau pun kereta. [The STAR 3/3/2000]
Dua tiga hari sebelum itu pula, di Bukit Mertajam juga; seorang Manager kilang
Sony, Zainuddin Hashim atau dikenali sebagai Mamu di kalangan teman-temannya,
dibunuh dirumahnya di Taman Pauh. Selang beberapa hari kemudian, polis
menjumpai keretanya yang dibawa lari dan dibakar rentung di Batu Maung. [The
STAR 2/3/2000]
Bukan saja jenayah bunuh dah jadi perkara biasa; pelacur-pelacur pun dah mula
berani berniaga secara terbuka; bukan pelacur tempatan, tapi import punya.
Contohnya, dua tiga minggu lepas, keluar dalam the STAR gambar 2 orang
pelacur, sorang dari bekas Republic Soviet dan sorang lagi dari Afrika
Selatan, dicekup polis ketika sedang mencari makan di sebuah hotel di Perai.
Baru-baru ini pula, seorang pelacur dari New Zealand dicekup polis ketika
sedang melayan pelanggannya di sebuah hotel murah di Chulia Street; yang
menariknya ketika serbuan itu dibuat ada lebih kurang 10 orang pelanggannya
sedang beratur menanti giliran. Laku sungguh minah New Zealand ini; apa
tidaknya, cuma dicharge RM80 untuk satu sessi!! [The STAR 2/3/2000]
Itu pasal bunuh dan pelacuran, tak masuk lagi bab pecah rumah. Saya rasa kalau
kita tanya dalam 10 orang antara kita, mesti kita pernah dengar ada
kawan-kawan atau jiran2 kita yg rumah dia pernah kena pecah; saya sendiri ada
kenal 3 orang sahabat yg rumah mereka pernah dimasuki orang, dan ada yg anak
beranaknya kena ikat sebelum dirompak. Dengan kata lain, kes pecah rumah ini
dah jadi macam perkara biasa; sebab itu saya tak terperanjat apabila terbaca
berita rumah ADUN Kelang, YB Teng Chang Khim kena pecah pukul 4 pagi, dan
kemudian beliau dan ahli keluarganya diikat sebelum dirompak. [The STAR
5/3/2000]
HA, SEBAGAI MENTERI DALAM NEGERI, APA TINDAKAN PAK LAH UNTUK KURANGKAN KES
BUNUH, KES PELACUR, KES PECAH RUMAH DAN BERBAGAI KES JENAYAH YG MENJADI-JADI
INI?
[Sorry, Pak Lah tak dak masa, Pak Lah sibuk dengan isu Harakah!!]
BACUL PUNYA PAK LAH!!
Cakap pasal Pak Lah bacul ini; teringat saya kepada Pemilihan Agung UMNO yang
kian hangat diperkatakan orang sekarang ini. Ada pemerhati politik meramalkan,
ada kemungkinan besar Ku Li akan bertanding menentang Pak Lah dan bukannya
Mahathir; mungkin kerana itu agaknya Pak Lah jadi gementar, ramai
ghurka-ghurkanya dihantar ke seluruh pelusuk negara untuk mempastikan tidak
ada bahagian yang melanggar arahan MT supaya kedua-dua jawatan tertinggi UMNO
tidak dipertandingkan.
INI DAH KIRA BACUL NIE, PURE PUNYA BACUL - KALAU TAK BACUL, TENTU PAK LAH TAK
KISAH KALAU KULI MASUK BERTANDING!!
[Ini, belum apa-apa dah sekat orang bertanding; penakut macam pondan!!]
Cakap pasal pondan, teringat saya kepada kenyataan Pak Lah di muka depan
Utusan Malaysia 1/3/2000. Kata Pak Lah, "Jangan Habibiekan Saya!!" apabila
beliau dituduh mengidap sindrom Habibie kerana hubungan rapatnya dengan
Mahathir.
Betul, Pak Lah memang tak sama dengan Habibie, dan tak boleh disamakan dengan
Habibie, sebab Habibie ada sifat anak jantan; apabila beliau tahu rakyat sudah
meluat dan sudah tidak suka dengan beliau hasil hubungan rapatnya dengan
Suharto, maka beliau berundur secara sukarela berundur. Tapi Pak Lah, lagi dia
tahu kata rakyat tak suka kpd beliau dan Mahathir, lagi kuat beliau cengkam
rakyat macam yang dia buat kpd Harakah itu.
KERANA ITU, TAK PATUT KITA PANGGIL PAK LAH 'HABIBIE', PATUTNYA KITA PANGGIL
SAJA DIA 'HABIBAH'!!
[Ha, bayangkan Pak Lah 'Bibah' jadi PM dan Hishamuddin 'Shima' jadi TPM; boleh
runtuh Putrajaya!!]
Tapi, kalau nak dibandingkan 'Bibah' dengan 'Shima'; kita rasa 'Shima' lebih
mengancam!
AUWW!!!
Okaylah, itu lawak saja; on serius note, bila fikir-fikir sekali pasal apa Pak
Lah bacul sangat dalam kes Harakah dan isu jawatan TPM dan PM tidak
dipertandingkan ini; saya teringat kepada kata-kata Ustaz atau pun cikgu saya
masa kat sekolah dulu-dulu. Kata Ustaz/Cikgu saya:
"Seorang pemimpin yang baik bermula sebagai pemimpin yang baik dalam
rumahtangganya"
Kerana itu, apabila melihat Pak Lah, dan melihat isterinya, Datin Hendon yang
berambut perang dan tidak bertudung; nak tak nak saya terus teringatkan
kata-kata Ustaz/Cikgu saya itu; lantas itu juga saya teringat kata-kata orang
alim:
"Kalau kita benarkan isteri kita mendedah aurat dan dilihat oleh khalayak
ramai, maka kita adalah seorang lelaki yang dayus!!"
DAYUS DALAM BAHASA BAKU BERMAKNA 'BACUL'!!
Kerana itu, tidak hairanlah, Pak Lah yang bacul dalam rumahtangganya, kini
bacul juga dalam career politik nya. Sekarang fahamlah kita, kenapa dalam
isu-isu yang disebut di atas, Pak Lah betul-betul nampak macam seorang yang
bacul. Mungkin itu sudah untung nasib Pak Lah, apa boleh buat.
Cumanya, kita terfikir, alangkah malangnya kalau negara kita ini ditakdirkan
punyai Perdana Menteri yang bacul seperti Pak Lah ini; tak dapat kita
bayangkan apa tindakan Pak Lah kalau ditadirkan nanti kita berperang dengan
Singapore dan Pak Lah jadi PM. Mungkin, sebaik2 sahaja Singapore melepaskan
peluru berpandunya yang pertama, Pak Lah terus talipon Singapore cakap:
"OKAY, OKAY, JANGAN SERANG KAMI; NANTI KAMI BAGI KAT HANGPA JOHOR BHARU DAN
SELAT TEBERAU!!"
Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>