*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Sepanjang minggu lalu dan sehingga minggu ini, minggu terakhir bulan October 1999, 
orang masih memperkatakan mengenai perlantikan Kyai Haji Abdurrahman Ad Dakhil bin 
Kyai Wahid Hashim atau nama ringkasnya GUS DUR sebagai Presiden ke-4 Republik 
Indonesia.

Telah banyak diulas orang mengenai perlantikan beliau ini; apa kata kalau kali ini 
kita cuba ulas dari sudut yang sedikit berbeza.

Saya secara peribadi rasa agak terpegun dengan permainan politik 'kaum Muslim' di 
Indonesia ini; bukannya apa, jika lihat hasil Pemilu (pilihanraya) Indonesia tempoh 
hari, kita dapat melihat dengan jelas bagaimana Parti PDI-Perjuangan pimpinan Megawati 
Sukarnoputri jauh ke hadapan berbanding dengan parti-parti lain. Yang membezakan parti 
Megawati dengan parti-parti lain ini ialah PDI-Perjuangan rata-rata calunnya adalah 
bukan Islam sedangkan parti-parti seperti Golkar, PKB, PAN, PPP dan lain-lain lagi 
adalah mewakili satu kumpulan manusia Indonesia - beragama Islam.

DENGAN KATA LAIN, DALAM PILIHANRAYA YANG LALU, PDI-PERJUANGAN PIMPINAN MEGAWATI YANG 
DIDOKONG PERKUMPULAN KRISTIAN DAN SEKULAR TELAH BERJAYA MENGALAHKAN SATU KUMPULAN 
BESAR UMMAT ISLAM INDONESIA YANG BERPECAH BELAH KEPADA BEBERAPA PERKUMPULAN YANG LEBIH 
KECIL!

[Lantas, kemenangan Gus Dur ke atas Megawati untuk pertandingan jawatan Presiden 
dengan pukulan 373 vs 313 boleh dikira amat menakjubkan].

Tidak hairanlah penyokong-penyokong Megawati merusuh sepanjang jalan selepas keputusan 
pemilihan jawatan presiden diumumkan!

Jadi, apa sebenarnya yang berlaku dan yang paling penting apa yang kita di Malaysia 
ini boleh mengambil pengajaran drpd peristiwa berkenaan?

Begini:

Di Malaysia, seandainya UMNO boleh diumpamakan seperti GOLKAR yang begitu angkuh di 
zaman kemuncaknya tetapi menjadi seperti tikus mondok di zaman kejatuhannya, dan 
gerakan reformasi Malaysia (PKN) diibaratkan seperti Parti Fraksi Nasional (PAN dan 
Parti Keadilan), maka PAS pula walau pun mungkin ramai yang tak bersetuju dengan 
analogi saya, sedikit sebanyak bolehlah diibaratkan seperti Parti Kebangkitan Bangsa 
(PKB) pimpinan Gus Dur.

Maka siapa pula yang mewakili Megawati PDI-Perjuangan?

Jawapannya ada di benak setiap kita, iaitu siapa-siapa sahaja tak kira kawan atau 
lawan yang ingin melihat ketuanan Melayu Islam hancur di bumi Malaysia!!

SENGAJA SAYA TIMBULKAN ISU INI KERANA SEJAK AKHIR-AKHIR INI, SAYA SERING MENERIMA 
EMAIL MENYATAKAN RASA GUSAR AKAN MASA DEPAN KETUANAN MELAYU ISLAM DI BUMI MALAYSIA 
SEKIRANYA BARISAN ALTERNATIF MENGUASAI KERAJAAN.

Lihatlah betap liciknya permainan politik saudara-saudara seislam kita di Indonesia 
sana; dalam kerangka usaha mereka menjatuhkan pemerintah yang selama ini begitu 
berdendam dan memusuhi gerakan Islam, mereka yang pada asalnya kerana berbeza 
pendapat, telah berpecah kepada beberapa kumpulan kecil; tetapi akhirnya di atas 
keikhlasan perjuangan masing2, mereka kemudiannya telah dibukakan hati untuk bersatu 
pada 20 October 1999, tanggal penting untuk pemilihan jawatan Presiden.

Pada asalnya ramai calun dijangka bertanding untuk jawatan Presiden itu; antaranya 
ialah Amien Rais (PAN), Bacharudddin Jusuf Habibie (Golkar), Jeneral Wiranto dan juga 
Gusdur, Megawati serta Hamzah Haz dari PPP.

Akhirnya, sejarah menyaksikan betapa Amien Rais sendiri yang mencalunkan Gus Dur untuk 
jawatan Presiden dengan membawa bersamanya sokongan padu dari Parti Fraksi Nasional 
(PAN dan Parti Keadilan). Penarikan diri oleh Jen Wiranto dan juga oleh BJ Habibie 
disertai sokongan padu dari parti GOLKAR  terhadap pencalunan Gus Dur telah memberi 
ruang kepada kaum Islam Indonesia untuk menerajui kerajaan.

Cuba bayangkan GOLKAR sebagai UMNO dan Gus Dur mewakili PAS serta Amien Rais mewakili 
PKN (sebut ABIM, JIM, ISMA dan yang sewaktu dengannya); walau pun lima enam tahun 
dahulu; ketiga-tiga puak ini selalu 'bertempur' bagai nak rak tetapi apabila ketuanan 
'Bangsa Indonesia Islam' atau di Malaysia dikenali sebagai ketuanan 'Melayu Islam' 
berada di persimpangan jalan; maka suka ka tak suka ketiga-tiga kumpulan ini tidak ada 
pilihan lain, melainkan terpaksa bersatu semula!!

INILAH YANG TELAH KITA LIHAT SEMASA TRAGEDI 13 MEI, SEMASA KES KG RAWA DAN JUGA SEMASA 
ZAMAN MALAYAN UNION - ORANG2 MELAYU ISLAM DI BUMI MALAYSIA INI,  WALAU TERUK SEKALI 
MANA PUN KITA BERPECAH, SELAGI MASIH ADA SYAHADAH DI DADA, INSYAALLAH  CARIK-CARIK 
BULU AYAM, AKHIRNYA BERCANTUM JUA!!

Perjuangan kita sekarang ialah menentang kezaliman dan menegakkan keadilan; dan yang 
paling terutama sekali ialah menjatuhkan kepimpinan yang sentiasa berdendam dan 
memusuhi gerakan Islam - Mahathir di Malaysia samalah seperti Suharto di Indonesia. 
Kalau pun ada yang baik pada Suharto; seingat saya beliau tidak pernah menghina 
janggut nabi -  walaupun benar di zaman nabi tidak ada pisau cukur berjenama Gillete!!

Kerana itu, kepada sahabat-sahabat yang masih gusar dengan perjuangan Barisan 
Alternatif, janganlah risau kerana kita yakin apabila majoriti orang-orang Melayu 
sudah bersama PAS dan PKN, maka di penghujung jalan nanti, tatkala mana isu ketuanan 
Melayu Islam menjadi persoalan, maka ketika itu  pemimpin2 UMNO yang cuma tinggal 
seorang dua itu, nak tak nak terpaksalah terjun menyebelahi kita!!

Golkar di Indonesia menjadi bukti!

GOD WILLING, INSYAALLAH ISLAM AKAN BANGKIT SEMULA DI TANAH MELAYU!!

Allah Hu Akbar 3X

Wassalam,
Pakdin





---------------------------------------------------
Get free personalized email at http://www.iname.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke