Aritu pasal bergambar lucah, skrg mabuk.

Penyanyi Elite ditahan memandu dalam keadaan mabuk

KUALA LUMPUR: Seorang anggota kumpulan Elite ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk di sini, awal pagi semalam.

Jurucakap polis berkata, penyanyi itu ditahan kira-kira jam 3.40 pagi di Jalan P Ramlee ketika memandu sebuah kereta jenis Proton. Ujian pernafasan ke atasnya mendapati ia memandu dengan dipengaruhi alkohol.

Dalam operasi sekitar ibu negara yang dilancarkan awal pagi semalam, dua pemandu lain turut ditahan kerana kesalahan sama.

Dua pemandu itu ditahan antara jam 2.30 dan 3 pagi di Jalan Sungai Besi.

Dalam operasi antara jam 12.30 tengah malam dan 5 pagi yang diketuai Inspektor Edward Kondokar itu, polis memeriksa 40 pemandu.

"Ketiga-tiga pemandu itu, dibebaskan hari ini (Sabtu) selepas dijamin," katanya ketika dihubungi, semalam.

Penyanyi Elite itu yang dimasukkan ke lokap polis dijamin oleh rakannya kira-kira jam 1 petang semalam.

Ketiga-tiga pemandu itu, ditahan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (pindaan) 1994. Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan bagi kesalahan pertama.

Kirim email ke