Kupeks ni kerja dia membela kebajikan pekerja atau jadi TALIBARUT umno/bn???? Muskilll

NGO upah orang asing burukkan kerajaan: Cuepacs

MELAKA: Cuepacs mendakwa ada badan bukan kerajaan (NGO), yang beribu pejabat di ibu kota, mengupah penceramah asing bagi mempengaruhi pekerja negara ini supaya membenci kepemimpinan sekarang dengan matlamat menggugat kestabilan negara.

Penceramah asing itu akan menyampaikan ceramah mengenai hak asasi manusia dan kedudukan ekonomi negara dalam bengkel atau majlis ceramah yang diadakan untuk pekerja swasta dan kakitangan awam.

Presiden Cuepacs, N Siva Subramaniam, ketika membuat dakwaan itu menjelaskan kegiatan itu dianjurkan NGO yang menerima sumbangan daripada luar negara dengan matlamat mewujudkan kebencian pekerja terhadap pemimpin dan menggugat kestabilan negara.

Bagaimanapun, tegasnya, apa yang pelik ialah penceramah asing yang diundang itu datang dari negara yang tidak mengamalkan hak asasi manusia atau demokrasi.

"Penceramah ini sendiri tidak tahu mengenai hak asasi manusia dan ekonomi, memberi ceramah pula kepada pekerja di negara ini," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh ahli Cuepacs baru-baru ini dan Cuepacs sendiri memandang serius kegiatan begitu dan mahukan tindakan sewajarnya dikenakan terhadap NGO terbabit.

"Cuepcas akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri dan agensi penguatkuasa lain untuk bersama-sama menangani masalah ini," katanya.

Selain itu, beliau juga meminta kesatuan sekerja gabungan supaya turut sama mengawasi kegiatan begitu di kalangan ahli masing-masing supaya mereka tidak mudah terpengaruh.

Katanya, pemimpin Cuepacs sendiri akan mengadakan lawatan ke seluruh negara mulai bulan ini hingga akhir tahun bagi menjelaskan kepada ahli mengenai kepemimpinan sekarang dan dasar kerajaan.

Siva, yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK), berkata 1,000 ahli KPKK akan diberikan penerangan dalam majlis dialog yang akan diadakan di sini, minggu depan.

"Kerajaan juga sentiasa peka terhadap cadangan Cuepacs bagi semakan semula gaji kakitangan awam. Pekerja mestilah menghargai apa yang dilakukan untuk kita," katanya.

Sehubungan itu, tegasnya, semua kakitangan awam tidak boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan Perintah Am.

"Selepas menerima pelantikan jawatan masing-masing, kakitangan awam mesti setia dan berdedikasi melaksanakan tanggungjawab mengikut peraturan," katanya.

Kirim email ke