Akhirnya mengaku juga siBODOH ni yg UMNO itu lembab, selembab pemangku Ketua Pemuda dan juga selembab mamak nyanyok.

 

BERITA MALAYSIA


October 09 , 1999 23:14PM

 

UMNO PERLU GERAK PANTAS PERANGI FITNAH

 

SHAH ALAM, 9 Okt (Bernama) -- Umno, sebagai parti yang terbesar dalam kerajaan, perlu begerak pantas untuk memerangi segala fitnah dan pembohongan parti-parti pembangkang supaya rakyat memperolehi penjelasan sebenar mengenai keadaan politik dan ekonomi negara, kata Setiausaha Agung Umno Tan Sri Khalil Yaacob.

Beliau berkata atas sebab itu Majlis Tertinggi (MT) Umno, yang bermesyuarat hari ini, membuat keputusan untuk melancarkan serta merta kempen penjelasan secara besar-besaran di seluruh negara.

"Kempen ini melibatkan semua peringkat di dalam parti dan perlu diadakan serta merta," katanya selepas menghadiri majlis jamuan Mawar Kasih Puspanita cawangan Kementerian Penerangan di Hotel Concorde di sini, hari ini. Majlis itu diadakan untuk mengisi dana Puspanita kementerian.

Khalil, yang juga Menteri Penerangan, berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno akan melancarkan kempen besar-besaran bagi memerangi segala fitnah dan pembohongan parti pembangkang.

Dr Mahathir, yang juga presiden Umno, selepas mempengerusikan mesyuarat MT berkata kempen itu perlu diadakan berikutan pembohongan pembangkang yang semakin menjadi-jadi terutamanya menjelang pilihan raya umum sehingga rakyat keliru dan ada yang terlibat dalam demonstrasi.

Khalil berkata Umno selama ini telah mengamalkan sikap toleransi terhadap semua pembohongan pembangkang tetapi masanya sudah tiba bagi Umno menjelaskan keadaan sebenar di samping mengatasi kekeliruan di kalangan menasyarakat itu. -- BERNAMA

blue.gif

Kirim email ke