Rasanya si DUgong itu tak akan ambik tindakan. Oleh itu tindakan kita, NYAHkan siDUgong itu dari jawatan PN

 

BERITA MALAYSIA


October 09 , 1999 23:17PM

 

KARPAL MINTA PEGUAM NEGARA AMBIL TINDAKAN TERHADAP UMNO

 

PULAU PINANG, 9 Okt (Bernama) -- Peguam Karpal Singh hari ini meminta Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah mengkaji aduan polis yang dibuat Umno terhadapnya semalam, kerana ia membabitkan menghina mahkamah.

Karpal dalam satu kenyataan berkata dengan membuat aduan polis itu Umno cuba mencampuri tugasnya sebagai peguam bela Datu Seri Anwar Ibrahim.

Karpal yang juga anggota Parlimen Jelutong berkata ia juga bererti mengugut dan menakutkan beliau dari segi tugasnya sebagai peguam bela.

"Jelas aduan itu bererti menghina mahkamah, dengan mengambil kira pengumuman Hakim Ariffin Jaka pada hari Selasa, tiada siapa harus membuat sebarang kenyataan berkaitan perbicaraan Anwar yang sedang berjalan sekarang," katanya.

Umno membuat aduan polis itu terhadap Karpal berkaitan kenyataannya di mahkamah semasa perbicaraan Anwar.


-- BERNAMA

blue.gif

Kirim email ke