*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kisah Rumah lah tangga ada-ada saja�(hemm ni petikan lagu)
Kisah Rumahtangga ni memang tak pernah habis�.yang suami menyalahkan si
isteri, yang si isteri pulak, menyalahkan si suami. Masing-masing dengan
hujah masing-masing�..memang tak mahu mengaku salah�. Macam-macam rungutan
yang didengar� kalau semua bersifat terbuka dan memberi ruang memperbaikki
keadaan bukankah bagus�dapat ler win-win situation. Maklumlah ada orang
berfalsafah, "Kesalahan Menjadi Semakin Tebal Bila Cinta Menjadi Semakin
Tipis". Perasaan cinta ni mesti dibaja sentiasa kalau tidak terkulai
layulah ia�
Magic Word�.
Shelly bercerita, "suami saya , nak itu ..nak ini�nak ambil air segelas
dalam peti ais pun tak reti. Pinggan walau sebutir tak pernah nak basuh.
Bukan I tak nak buat..tapi kalau benda yang senang-senang macam tu dia buat
sendiri, kan lega sikit saya,". Satu hari dia suruh saya, saya buat diam
jer�dia suruh lagi sekali saya tanya dia �"mesti ada magic word" . Dia
pandang saya kehairanan. "Magic word apa pulak ni," soalnya. Kemudian saya
suruh dia tanya anak saya yang kecil umur 6 tahun..apa dia magic word�"Magic
word tu papa�The End," jawab anak perempuan saya tu. Saya gelak besar.
"Itu the end bila Mama habis baca buku ceritalah baby," kata saya. Selepas
"The End" soal saya kembali. "Oooo lepas The End�Thank You," jawab anak
saya. Suami saya senyum. Mulai dari hari tu dia selalu ucap terima
kasih�malah ucapan terima kasih dah jadi bahasa harian di rumah. Sekarang
bila suami saya mintak apa-apa, kalau dia lupa sebut 'magic word' anak-anak
saya semua akan mengingatkan "Magic word papa�.". Sekali-sekala bila saya
pulak mintak tolong suami, dia pulak yang sibuk�"Magic word Mama," pintanya
dengan senyuman. Bila saya kata Thank You, dia pulak demand�"One more time
please�", usiknya� Gelihati juga dengan telatah suami ni," cerita Puan
Shelly.
Hingga terbau kebersihannya�
Amy atau nama sebenarnya Aminah memberitahu, waktu mula kahwin, dia memang
tension, apa tidaknya..kain baju suami dan dia kena asing-asing. Suami dia
siap beli almari khas untuk kain baju suaminya dan almari Amy hanya untuk
kain baju dia. "Memang suami saya ni pembersih orangnya�dia punya baju
dalam almari kemas jer tersusun rapi. Kat rumah kalau bersepah sikit cepat
jer dia menyapu�pendek kata sejak hampir 7 tahun usia perkahwinan saya, saya
belum pernah lagi bimbit apa-apa sampah sarap untuk dibuang. Toilet pun
saya tak pernah cuci�memang itu dah jadi kerja dia�memang suami saya ni
pembersih�, sebab tu saya layan suami betul-betul�kalau sebelum dia balik
pastikan rumah tak tunggang-langgang, anak-anak semua dah siap mandi dan
bersih serta saya pun berpakaian seksi dan wangi�itulah nak menambat hati
suami," ujarnya sambil ketawa.
Petua Mendapat Bonus daripada Isteri
"Suatu hari saya berikan suami saya beberapa petua untuk menawan hati
isteri," ujar Maria. "Semuanya bermula bila saya mengungkit dia jarang ada
di rumah. Masanya dihabiskan di pejabat atau out station,"cerita Maria.
"Suami saya dengan keras berkata, apa lagi yang awak mahu�mobile phone saya
bayar, kad kredit saya bayar�rumah saya bayar, semua tu nak menyenangkan
awak tau�sampai kereta awak pun saya bayar," ujar beliau. " Saya tarik
tangan dia�..terus saya peluk dan cium suami saya�saya kata saya
hargai�kemudian terus saya pujuk dia supaya keluar dinner dengan saya.
Malam tu kami pergi candle light dinner. Mood dia dah bertukar�dia
kelihatan lebih ceria,".
Lepas makan�..sambil relek, saya pegang tangan dia� dan beritahu dia�,
"Darling� isteri ni bukan menilai kasih sayang dari segi harta benda� pada
suami bila berjaya belikan isteri rumah, kereta dan sebagainya..itu pada
mereka dah cukup membuktikan kasih sayang mereka. Isteri punya sistem
pemarkahan pada suami..bukan begitu. Pada mereka setiap pemberian tu ada
markah�.kalau u bagi rumah, tu baru satu markah�contohnya kalau u bagi I
kereta, rumah, mobile phone�itu baru kira 3 markah�.so maknanya in order
untuk you mendapat markah�you kena sentiasa memberi�. Walaupun hanya sebuah
ciuman, itupun ada markah�..apatah lagi kalau you surprise kan isteri dengan
pergi bercuti dan sebagainya�itu kira dapat markah bonus�..tak perlu
suami tunggu 3 tahun atau 4 tahun untuk menyenangkan isteri dengan hadiah
atau harta benda yang besar-besar�.bangun pagi dan cium isteri pun dah ada
markah, call isteri dari pejabat pun ada markah, menyibok di dapur sambil
tolong isteri masak pun ada markah�.pendek kata buku pemarkahan isteri untuk
suami macam graf�makin hari makin naik., " begitu terang Maria. Suaminya
hanya gelak lucu. "Tapi Darling..satu jer yang I nak beritahu, sekali
isteri tak trust suami, markah suami ditolak dengan
banyaknya�.merudum..susah nak naik tau�," ujar Maria lagi� Suami Maria hanya
tersenyum, dia kemudian tidak lagi fokus kepada bentuk material untuk
membahagiakan isterinya. Dia lebih pemurah dengan pujian, senyuman, belaian
dan sometimes mengejutkan Maria dengan pulang awal daripada pejabat. "Hari
ni abang dapat bonus tak yang�," ujarnya pada Maria�."Sure Darling�I bagi
you markah bonus, dengan hadiah cepu mas�malam ni, I mandikan you ok�,"
bisik Maria ke telinga suaminya� Suaminya memandang Maria sambil tersenyum
lebar
Begitulah ceritanya..
MasMerah :)
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Mas Merah" <[EMAIL PROTECTED]>