Apa yg diperkatakan dalam petikan dibawah seolah2 PAS sudah berkuasa keatas pelajar2. Betapa bodohnya kenyataan seperti ini yg memperkecilkan peranan kerajaan dan kementerian pendidikan? Jarang dilihat kenyataan dari umno memperkecilkan kuasa umno dan menteri pendidikan umno. Sayugia diingatkan bahawa pelajar2 adalah golongan yg cerdik dan terbuka pemikirannya. Pelajar2 ini boleh memilih apa yg mahu disokongnya. Kalau dia suka PAS apa boleh buat? APa umno boleh buat? Adakah dengan mengata kepada PAS akan menjadikan pelajar2 ini menyokong umno pulak? Inilah kebodohan pemimpin pemuda umno.
 
Sepatutnya umno tunjukkan contoh yg baik supaya pelajar ini tertarik kepada perjuangan umno. Perjuangan PAS yg meletakkan kepimpinan yg bertakqwa dan tidak korup itu menjadi pilihan pelajar yg cerdik. Adakah orang cerdik mahu pemimpin yg suka fitnah, suka membohong dan suka maki ulamak menjadi ketua atau pemimpin mereka? Fikirkan lah.
 
Kalau umno mahu jadi seperti kepimpinan PAS, memang sukar selagi kepala SHIT itu masih lekat dilobang pungkor umno.
 
 

Bekas pemimpin Umno jadi tali barut pelajar

KUALA LUMPUR, Isnin - Pergerakan Pemuda Umno mengenal pasti ada bekas pemimpin tertingginya menjadi 'tali barut' dengan memberi bantuan kewangan dan khidmat nasihat kepada pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menentang kerajaan.

Pengerusi Majlis Kemahasiswaan dan Latihannya, Zein Isma Ismail, berkata Pemuda Umno akan terus mengawasi pemimpin berkenaan, sebelum membawa isu itu ke peringkat tertinggi parti.

Beliau berkata, usaha memberi penerangan kepada pelajar di IPT menjadi kurang berkesan kerana ada campur tangan pihak tertentu.

"Perbuatan berkenaan boleh disifatkan sebagai `gunting dalam lipatan' dan Pemuda akan bertindak balas dengan segera untuk mengatasi masalah berkenaan.

"Pelajar di IPT sepatutnya tidak diganggu kerana mereka bertanggungjawab untuk belajar," katanya ketika dihubungi hari ini bagi mengulas kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Semalam, Abdul Ghani dilaporkan berkata sekumpulan pelajar Islam universiti tempatan dikesan berkempen dari rumah ke rumah, untuk meraih sokongan kepada parti pembangkang.

Abdul Ghani berkata, kumpulan pelajar terbabit dikesan bergerak di kawasan Parit Sulung, Batu Pahat dan beberapa kawasan di negeri itu untuk menyebar tohmahan terhadap kerajaan.

Zein Isma berkata, pihaknya turut mendapat maklumat ada segelintir pelajar di IPT tempatan menjadi ejen Pas. Mereka dikenal pasti menyebarkan risalah yang mengkritik kerajaan.

"Perkara ini terbukti ketika pilihan raya kecil di Arau, Perlis. Banyak pelajar bersama-sama dengan pemimpin Pas untuk berkempen dan menjadi jentera pilihan raya bagi Pas.

"Pas tidak sepatutnya menggunakan pelajar di IPT kerana pelajar ada tanggungjawabnya sendiri," katanya.

Zein Isma meminta, Kementerian Pendidikan dan hal ehwal pelajar setiap universiti untuk memantau perkembangan mahasiswa berkenaan.

"Pelajar sepatutnya bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan menjadi pencetus tamadun. Mereka sepatutnya mencipta sesuatu yang baru dan bercita-cita tinggi untuk mendapat Hadiah Nobel," katanya.

Katanya, pelajar berkenaan juga ada rangkaian hubungan yang sangat rapat di antara universiti tempatan.

"Setiap pelajar baru di universiti akan dilatih oleh Pas untuk menjadi pelapis kepemimpinannya. Tradisi ini sudah berjalan sekian lama dan sangat sukar untuk memulihkan kembali," katanya.

Sementara itu, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis), Borhanuddin Ahmad berkata Gamis tidak memihak kepada kerajaan atau pembangkang.

Beliau yang juga pelajar tahun akhir di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berkata, teguran yang dilemparkan kepada kerajaan berdasarkan fakta.

"Kita tidak cenderung kepada kerajaan atau pembangkang, walaupun orang ramai nampak Gamis lebih memihak kepada Pas," katanya.

Kirim email ke