*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum wrh.

Para netters yang dirahmati ALLAH;

Ingin saya mempromosi buku-buku berikut yang pada
pandangan saya amat wajar untuk dibaca. Insya-ALLAH
ianya memberi manfaat kepada kita dan ummah.Untuk
melihat kulit buku, sila lihat attachment the
penghujung mesej. Untuk mendapatkannya, sila hubungi
alamat-alamat berikut:-

1. Cik Nurulhuda Daud
   4, Lorong Pauh 9,
   Taman Pauh, Jalan Baru,
   Permatang Pauh, 13500 Butterworth,
   Malaysia.
   No. Tel: 04-3999493
2. Ustadz Hisham b. Hashim
   2579, D/1, Jalan Selasih,
   Taman Selasih, 09000 Kulim,
   Kedah, Malaysia.
   No. Tel: 019-4738460

Tajuk buku      :  PERMATA MINDA
Penulis         :  SHUIB SULAIMAN
Harga           :  RM 15.00
Terbitan        :  ABUKU HEBAT SDN. BHD.
Sinopsis        :  
Hati  yang  beriman  dan  bertaqwa  serta  akal  yang 
berisi   ilmu   dan pengetahuan, akan terpancar di
wajahnya kejernihan dan cahaya. Barang siapa melihat
wajahnya akan terbongkar rasa berTuhan. Seribu
penyakit disembuhkan oleh satu ubat - Islam. Kuasa
besar Islam tidak tercapai kerana umat Islam
kecundang, tewas, tumpas dan jatuh terjelapak sebelum
bertarung di gelanggang, iaitu kalah kepada nafsu
sendiri.

Membaiki  diri  itulah faktor  kemenangan.  ALLAH  swt
berfirman    bermaksud;    
"Sesungguh ALLAH tidak mengubah sesuatu kaum itu
sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri
mereka." (Ar Ra'ad: 11).

Manusia sememangnya inginkan perubahan dari jahat
kepada baik dan   lebih baik. Dari bodoh kepada cerdik
dan lebih cerdik. Dari jahil kepada berilmu dan
menguasai lebih banyak ilmu. Dari mundur kepada maju
dan lebih maju. Dari negatif kepada positif dan lebih
positif. Dari pesimis kepada optimis dan lebih optimis
lagi. Dari hina kepada mulia, dari tewas kepada
menang.

ALLAH swt menegaskan bahawa ALLAH swt tidak akan
mengubah nasib sesuatu kaum, puak, golongan atau
bangsa sehingga mereka terlebih dahulu mengubah apa
yang ada pada diri mereka. Pada diri manusia yang
sifatnya berubah ialah hati dan akal. Fizikal manusia
hanya menurut sahaja. Hati yang mahu kepada perubahan
itulah yang menjadi anak kunci kepada ALLAH swt
mengubah kedudukan sesuatu kaum itu.

Sesungguhnya mengubah ke arah membaiki diri itu
merupakan senjata yang amat berkesan untuk mengalahkan
musuh. Membaiki diri memanglah sukar lantaran itu para
pejuang Islam kurang memperdulikannya. Malah kedapatan
di kalangan umat Islam ini yang terlalu asyik
memikirkan dan memberi tumpuan kepada musuh hingga
urusan membaiki diri terus terpinggir. Natijahnya
ALLAH swt lambat mendatangkan bantuan dan kesudahannya
lambat mencapai kemenangan.

Sub-topik       :  
Muhasabah Kepimpinan, Baikilah Diri, Jangan Keliru
Mengenai Ibadah, Hiburan  Orang  Mukmin,  Pemimpin 
Khadam  Umat,  Mengatasi Kezaliman, Wibawa Kepimpinan,
Dua Golongan Apabila Baik, Maka Baiklah Rakyat Iaitu
Pemimpin Dan Ulama, Pertolongan ALLAH Itu Dekat,
Senario Umat Islam: Dulu, Kini dan Akan Datang dan
lain-lain lagi.



Tajuk buku      :  SEMBAHYANG DAN PERSOALANNYA
Penulis         :  IBNU ABD RAHMAN
Harga           :  RM 10.00
Sinopsis        :  
Sembahyang   adalah   ibu   segala  ibadah.   Dari  
sembahyang   lahir kehidupan umat Islam di semua sudut
Al Quran dan Sunnah. Bertepatanlah sembahyang sebagai
tiang agama, sesiapa mendirikan sembahyang, dia
mendirikan agamanya. Hari ini umat Islam bersembahyang
juga, tetapi tidak lahir kehidupan mereka di semua
bidang Al Quran dan Sunnah. Yang lahir ialah kehidupan
sekularisme. Ibarat menanam pokok rambutan, yang
terhasil buah manggis. Mengapa terjadi demikian?
Ikutilah semua persoalannya di dalam buku SEMBAHYANG
DAN PERSOALANNYA ini.

Sub-topik       :  
Kewajipan     Sembahyang,     Peranan    Sembahyang,  
Kebesaran Sembahyang, Ibadah Sembahyang - Sumber Jati
Diri, Mengapa Sembahyang Itu Berat?, Khusyuk Dalam
Sembahyang, dan lain-lain lagi



=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hanaani Ata'Allah" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke