*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum
Menurut pandangan para ulama , kufur dapat dibahagikan kepada 3 bahagian
iaitu :
a) Kufur jahli
Yakni kekufuran seseorang disebabkan oleh kejahilannya. Contohnya seseorang
yang mengatakan bahawa arak itu tidak haram disebabkan kecetekan ilmunya.
Maka dia adalah berdosa besar tetapi tidak membawa kepada murtad . Menurut
pandangan para ulama kufur sebegini boleh diubati yakni melalui menghadirkan
diri ke majlis/ kuliah ilmu.
b) Kufur inad
Yakni kufur seseorang disebabkan ingin mempertahankan sesuatu kepentingan
atau jawatan. Contohnya ada sesuatu puak yang membuat polisi atau dasar yang
jelas bertentangan dengan Islam seperti mengatakan hudud itu tidak boleh
dilaksanakan di negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Orang yang
mempertahankan dasar tersebut yakni melalui sokongan /anggukan atau
melantik golongan tersebut supaya mereka boleh berkuasa adalah bersubahat,
padahal mereka/ rakyat mempunyai hak untuk menafikan kuasa tersebut tetapi
masih kurang yakin kerana kalau bertukar kapten /pilot takut tak ada
pembangunan atau kena makan ubi kayu padahal mereka tahu tentang hukum
tersebut. Dikhuatiri golongan sebegini akan mendapat saham percuma hasil
sokongan. Kufur Inad boleh membawa kepada murtad menurut pandangan para
ulama.
c) Kufur Hukmi
Yakni orang yang kufur kepada hukum Allah. Iaitu menentang segala hukum dan
ketetapan yang ditetapkan oleh Allah secara terang-terangan. Kufur ini juga
boleh membawa kepada murtad.
Ketiga-tiga kufur ini nyata menjadi satu ancaman yang besar kepada kita umat
Islam, terutama kepada mereka yang kurang berilmu atau kurang faham. Jadi
kepada semua , berhati -hati dengan ucapan dan perbuatan yang berkenaan
Islam, takut-takut tersalah cakap mungkin tergelincir aqidah kita,
Nauzubillah. Kalau tergelincir , Allah akan membatalkan segala amalan kita.
Walaupun sembahyang cukup, puasa , haji, zakat dll namun segalanya adalah
sifar disisi Allah. Semoga Allah melindungi kita daripada azabNya. Amin .
Wassalam. Takbir.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Zawawi Rahman <[EMAIL PROTECTED]>