PANGGIL MAHATHIR SEKARANG


Selepas parlimen dibubarkan dan Mahathir Mohamad sudah bukan Perdana Menteri lagi, maka sekarang ialah masa yang paling sesuai untuk memanggil bahkan menggunakan waran kepada Mahathir supaya hadir ke Mahkamah sebagai saksi. Pegawai Kerajaan khasnya Polis, Peguam Negara sudah tidak tertakluk kepada kuasa eksekuitf Perdana Menteri yang selama ini ada pada Mahathir. Kalau sebelum ini Mahathir mengatakan dia tak takut untuk jadi saksi tetapi sebaliknya dia tidak datang juga  ke Mahkamah sebagai saksi di atas tuduhannya, Pegawai Kerajaan khasnya Polis terikat dengan kuasa Mahathir ketika itu. Sekarang Mahathir sudah jadi "orang biasa" dan kuasa sebagai Perdana Menteri sudah tiada.

Pegawai Kerajaan khasnya Polis, BPR, Jabatan Peguam Negara wajib bebaskan dirinya dari kekuasaan politik Mahathir. Kalau tidak Pegawai Kerajaan akan boleh berlaku zalim kepada rakyat yang dipertanggungjawabnya. Mahathir sendiri mengatakan betapa Pegawai Kerajaan mesti taat(setia dan melulu) kepada "current government". Sekarang UMNO(baru) bukan lagi ada kuasa ke atas kerajaan Malaysia. Yang ada adalah Pegawai Kerajaan.

Tidak ada sebab kenapa Mahathir tidak boleh disoal di Mahkamah, sewaktu dia menjadi Perdana Menteri, Polis mungkin takut kepadanya untuk mengheretnya ke Mahkamah sebagai saksi. Tetapi sekarang Mahathir sudah tidak ada kuasa. Mahkamah harus berani untuk memanggil Mahathir sebab semuanya bermula dari tuduhan yang dia buat. Panggil Mahathir ke Mahkamah. Perbicaraan mesti diteruskan dan lebih-lebih lagi ketika sekarang di mana gangguan kuasa politik khasnya Mahathir adalah haram disisi undang-undang. Pegawai Kerajaan sudah tidak bertanggungjawab kepada Mahathir.

Memang tidak dapat dinafikan, ideal sepatutnya memang begitu sikap Pegawai Kerajaan. Itulah juga pun saranan Mahathir. Tetapi adakah saranan Mahathir itu benar dan semua pegawai patuh?. Adalah amat diyakini, orang yang sudah kena fahaman UMNOISM dan Mahathrism tidak akan lakukan demikian. UMNOISM dan Mahathirsm itulah sebenar-benar bahaya yang ada di dalam kerajaan.

Kenapa Tan Sri Rahim pukul Anwar?. Adakah dia marah kerana diprovok?. Bukan!, dia marah sebab Mahathirism ada padanya. Kenapa bekas Pegawai Kerajaan Tun Hanif Omar sanggup membodohkan diri sendiri?. Sebabnya Mahathirism yang dianutinya. Kenapa dokumen sulit kerajaan boleh ada di dalam genggaman Anwar?. Adakah sebab dia bertanggungjawab menjaga disiplin UMNO(baru) maka dia layak untuk menerima dokumen berkenaan?. Walaupun apa pun alasan yang UMNO(baru) nak kata, Mahathirismlah UMNOISMlah yang menyebabkan pegawai kerajaan seperti Ghani Patail menyerahkan dokumen rahsia kerajaan kepada UMNO(baru).

Minggu lepas(awal bulan November. 1999). Mahathir dengan jelas dan terang mengatakan jika ada sesiapa yang ingin lakukan pendedahkan berhubung apa yang dikelaskan olehnya sebagai pendedahan penyelewengan Anwar hendaklah dirujuk kepada UMNO(baru). Apakah ertinya semua ini?. Adakah di Malaysia ini tidak Polis untuk dilapurkan penyelewengan?. Apakah BPR tidak layak menerima lapuran secara terus. Apakah krediliti UMNO(baru) untuk melakukan itu semua?. Disebabkan UMNOISM dan Mahathirism itu sudah lama begitu. Maka sebab itulah mereka tidak merasa apa yang mereka buat adalah salah. Penggunaan harta kerajaan adalah terlalu berleluasa. Bermula dari peringkat hinggalah keperingkat tertinggi. Penyalahgunaan harta kerajaan untuk kegiatan Parti adalah lumrah, sebab?. UMNOISM yang dianuti itu memahamkan kepada mereka bahawa harta kerajaan adalah harta UMNO(baru). Memang fahaman ini salah. Tetapi kerana fahaman UMNOISM itu terlalu kuat, maka kesalahan boleh sengaja ditolak tepikan.

Masa selepas Parlimen dibubar dan Mahathir secara siumannya seharusnya tidak ada kuasa lagi  ke atas kaki tangan kerajaan, maka pegawai kerajaan yang bertugas secara langsung dengan perbicaraan kes yang melibatkan Mahathir dipanggil sebagai saksi, maka inilah masa sesuai dan mudah untuk "deal" dengan Mahathir. Jangan biarkan Mohtar Abdullah dan Ghani Patail dengan Mahathirismnya itu terus tidak faham bahawa sekarang dia adalah bertanggung jawab kepada rakyat dan bukannya kepada Mahathir lagi. Kecualilah Mohtar dan Ghani Patail sudah tidak siuman lagi.

Sekian
 

muramozi

Kirim email ke