*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

----- Original Message -----
From: Haji Ahmad Jamali bin Haji Sepihie
<[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Saturday, November 13, 1999 12:54 AM
Subject: Perhatian Kepada SEMUA Sumber Media Barisan
Alternatif


From: "Haji Ahmad Jamali bin Haji Sepihie"
<[EMAIL PROTECTED]>

Assalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera,

Menemui semua ahli-ahli forum yang berusaha,

Saya yakin, ada di kalangan ahli-ahli forum ini yang
menyediakan sumber
media alternatif kepada rakyat yang tiada capaian kepada
Internet, samada
melalui mailing list tersendiri, laman web tersendiri dan
cara lain yang
tersendiri. Dengan kita kian "hampir" kepada tarikh keramat
pilihanraya
serta bahang "psy-war" yang kian mendesak melalui apa jua
cara, maka saya
ingin memberi sedikit peringatan agar kita lebih
berhati-hati:

1.  Serangan perang saraf atau "psy-war" kian meningkat
sejak akhir-akhir
ini dengan pelbagai isu-isu "yang mengejutkan" dan
pelik-pelik yang telah
dan bakal timbul dalam masa terdekat. Oleh itu, dengan kita
memahami suasana
ini, maka kita tidak perlu panik, kelam kabut, marah dan
response melulu,
"jump the gun", merujuk dan buat kenyataan melulu.

2.  Dengan jaringan kita yang sentiasa berkembang dengan
pesat ke setiap
pelusuk rakyat jelata, maka kita perlu memanfaatkan
sepenuhnya jaringan
sebegini untuk:
- cepat menyebar maklumat bagi menangkis fitnah, tohmahan
dan putar belit
yang disebarkan melalui media-media utama (radio, televisyen
dan akhbar)
- cepat saling bertukar maklumat yang sahih dan berasas bagi
menyokong
kebenaran yang mahu kita sampaikan dan sekaligus menjelaskan
kezaliman dan
kemungkaran yang sedang berlaku
- cepat mewujudkan sistem komunikasi pantas dalam kelompok
kita
masing-masing (parti politik, NGO, pertubuhan dan penduduk
setempat) agar
maklumat kebenaran & keadilan yang mahu disampaikan boleh
tersebar dengan
efektif

3.  Lebih berhati-hati dalam menerima dan menggunakan
maklumat kerana
dibimbangi ianya akan memakan diri dan "backfire". Contoh
yang terkini ialah
penyebaran maklumat yang kononnya PM telah mengeluarkan
arahan kepada Daim
Zainuddin melalui "letter head" rasmi JPM mengenai isu Murad
Khalid. Sila
baca penjelasan yang baik dari Raja Petra mengenai perkara
ini. Peringatan
ini terutamanya amat relevan kepada pemilik laman-laman web
Alternatif dan
penceramah-penceramah. PASTIKAN ANDA SENTIASA MENAPIS
MAKLUMAT DARI SEGI
KESAHIHAN DAN FAKTANYA.

4.  Lebih bersedia dan antisipatif/proaktif apabila
tiba-tiba di"serang
saraf"

5.  Jangan menggelabah dengan kejutan-kejutan yang bakal
berlaku

6.  Always has backup - seperti backup forums & websites
(mirror sites)

Wassalamu'alaikum,

AJS



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Concorde" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke