*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Mat Rencana wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>   Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> SILAP BESAR UNDI PEMBANGKANG!

SILAP BESAR UNDI BARISAN YANG TAK AMANAH

> Pembangkang akan menjanjikan suatu MALAPETAKA BESAR
> MENIMPA RAKYAT, BANGSA DAN NEGARA INI sekiranya
> barisannya dapat memerintah Malaysia selepas
> pilihanraya umum ini.

BARISAN YANG ADA telah menunaikan janji dengan malapetaka besar yang
sedia ada hari ini.

> �         KEADAAN NEGARA AKAN MENJADI KUCAR-KACIR
> sebab kebanyakan rakyat tidak percaya kewibawaan
> kerajaan dan tidak berpuas hati dengan dasar-dasar
> kerajaan

  KEADAAN NEGARA TELAH MENJADI KUCAR-KACIR
sebab kebanyakan rakyat tidak percaya kewibawaan
kerajaan YANG ADA  dan AMAT  tidak berpuas hati dengan
dasar-dasarkerajaan YANG ADA.

> �         BANYAK RUSUHAN KAUM AKAN BERLAKU kerana
> Kerajaan gagal memantau undang-undang dan ISA telah
> pun dimansuhkan.

APA la.. Peristiwa 13 MEI 1969 dan PERISTIWA MEMALI berlaku semasa
KERAJAAN SEDIA ADA MEMERINTAH. dan  semasa undang undang ciptaan manusia
dan ISA masih ada.

> �         PEREBUTAN KUASA DIANTARA PARTI-PARTI
> MEMERINTAH menyebabkan masyarakat berpecah-belah
> mengikut pendirian politik masing-masing

BAGUSLAH ada pendirian politik masing masing daripada tak ada PENDIRIAN.
Baru ada perbincangan dan compromise. KALAU TAK ADA PENDIRIAN .MAKA
JADILAH SEPERTI YANG BERLAKU PADA KABINET KERAJAAN HARI INI. SEMUA IKUT
HATI PERUT MANUSIA YANG MEMENTINGKAN PERUT SENDIRI..tu la kata lain..
semua dunia saja...

> �         DASAR KERAJAAN BERUBAH-UBAH sebab
> parti-parti mahu menjaga kepentingan politik
> masing-masing

Tuduhan tanpa asas????LA ni pun dok berubah rubah macam nak rak.. sekejap
pandang timur sekejap kutuk barat.. pas tu belilah barangan buatan
MAlaysia.. pas tu impot barang antik Itali.


> �         PARTI-PARTI BERGADUH SESAMA SENDIRI dan
> banyak yang keluar dari barisan ini, menjadikannya
> lemah memerintah

Silap tu.. PATUTnya  ayatnya... ahli ahli parti kerajaan yang sedia ada
bergaduh sesama sendiri sebab pangkat, nama dan harta...Dan RAKYAT yang
SENGSARA..

> �         KERAJAAN TAK STABIL sebab Perdana Menteri
> akan bertukar dari semasa ke semasa. Parti yang akan
> kuat akan memerintah lebih lama. Parti lemah akan
> terus tersingkir.

TU sebab kena buktikan parti tu kuat.. Kalau parti dah lemah.. Apalah
lagi diharapkan utk memimpin negara... Usahkan nak pertahankan negara
dari serangan orang luar...

Perdana Menteri kene tukar utk elakkan dari  simpan harta utk diri
sendiri..dan godaan syaitan...Lagipun.. Dah usia menginjak tua.. bila
lagi nak habiskan masa beribadah khusus sebelum dipanggil pulang.. Ni..
Dunia saja.. tak kekal..

> �         UNDI TAK PERCAYA selalu dibuat oleh anggota
> Parlimen terhadap Kewibawaan Perdana Menteri yang
> lemah memerintah negara

Ya betul... terutama terhadap perdana menteri yang ada sekarang..
malangnya.. undi RAKYAT sekarang termasuk UNDI TIDAK PERCAYA KEPADA
ANGGOTA PARLIMEN SEDIA ADA YANG AMAT LEMAH MENTALNYA.. Jangan lupa itu...

> �         EKONOMI LUMPUH kerana Kerajaan baru gagal
> menguruskan dana kewangan kerana cetek pengalaman

Ni tuduhan yang sukar nak dibuktikan sebab liar sangat..Bukankah pekerja
yang ada sekarang rakyat Malaysia yang berpengalaman??? Apa bezanya?
Kerajaan YANG ADA pulak mempunyai orang yang terlalu berpengalaman
mencedok harat masuk akaun sendiri...
Orang berpengalaman begitu BAHAYA utk BARISAN ALTERNATIVE.
Yang afdal ambilkan ahli profesional baru yang berinnovasi dan amat
tinggi mutu motivasinya memulakan alaf baru..

> �         PELABUR-PELABUR ASING akan menjauhi negara
> kerana tak yakin terhadap suasana negara yang
> huru-hara dan tidak stabil

Ni sekarang pun sudah ada.. tu sebab kita pilih BARISAN ALTERNATIVE utk
menstabilkan keadaan huru hara tu...

> �         KERAJAAN  YANG DIBENTUK PARTI PEMBANGKANG
> INI TAK ADA SUMBER PENDAPATAN untuk menampung sistem
> ekonomi negara kerana kapital Parti-Parti terlalu
> rendah.

Alhamdulillah.. Peluang utk para saudagar dan orang orang persendirian
untuk menyumbang dan membina negara.. Semoga semua mendapat bahagian
masing masing kerana keikhlasan dan sumbangan dari ALLAH.JANGAN GUNA DUIT
TABUNGAN SEDIA ADA UNLESS RAKYAT REDHO SEBAB ITU ADALAH AMANAH.

> �         KERAJAAN AKAN MEMINTA PERTOLONGAN IMF dan
> menghancurkan sistem ekonomi negara

Ni semua dah maklum. Perlu jawapan ke?

> �         KERAJAAN AKAN MENJUAL MARUAH NEGARA dengan
> membiarkan orang asing menguasai ekonomi negara

MOTOROLA , MATSUSHITA, just to name a few.. semua ni milik pelabur
Malaysia ke?

> �         BANYAK SYARIKAT-SYARIKAT besar milik
> Bumiputera dan tempatan tergadai pada bangsa asing
> kerana Kerajaan mahu mengaut keuntungan lebih

KERAJAAN nak nak mengaut keuntungan atau KRONI nak mengaut keuntungan???


> �         MALAYSIA AKAN MENJADI NEGARA MISKIN DI ASIA
> kerana Kerajaan gagal mengurus ekonomi negara

Kaya ke anda la ni kalau semua kena cukai dan service charge dan sewa
etc..???

Kalau pi hospital dan pi pusat pengajian tinggi tanpa membayar pun.. itu
sudah lebih dari kaya tau...

> �         KADAR PENGANGGURAN BERTAMBAH BERLIPAT-GANDA
> kerana banyak syarikat tempatan kerugian dan membuang
> pekerja dengan sesuka hati

Fenomena yang berlaku semalam dan hari ini...


_______________________________________________
Letihla nak jawap hujah yang tak ada bukti.. semua tuduhan liar.


Sekian..


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Mat Rencana <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke