|
BERITA
MALAYSIA
November 25 , 1999 20:44PM
|
|
|
PAS BUAT ADUAN POLIS
SANUSI TERLIBAT DALAM PERNIAGAAN
|
| |
|
ALOR SETAR, 25 Nov (Bernama) -- PAS hari
ini membuat aduan polis mendakwa Menteri Besar Tan Sri Sanusi Junid
menyalahgunakan kedudukannya terlibat dalam perniagaan dan memegang
jawatan pengarah dalam beberapa buah syarikat.
Ketika ditemui pemberita di perkarangan Ibu Pejabat Polis
Daerah Alor Setar, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Mahfuz Omar berkata
mengikut Seksyen168 Kanun Keseksaan, seseorang penjawat awam seperti
Menteri Besar dan anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco)
tidak boleh terlibat dalam perniagaan.
"Dalam laporan itu
saya mengemukakan bukti yang diperolehi dari Jabatan Pendaftaran
Syarikat (ROC) mengenai penglibatan Sanusi dalam empat
buahsyarikat," katanya.
Beliau berkata di dalam laporan
polis itu, beliau turut menamakan enam bekas anggota Exco yang
merupakan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusiDewan Undangan
Negeri (DUN) pada pilihan raya ini, terlibat dalam perniagaan.
Mereka ialah Abdul Razak Hashim (Guar Chempedak), Datuk Syed
Razak Syed Zain (Kubang Rotan), Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin
(Anak Bukit), DatukFok Chok Gin (Sidam), Datuk Beh Heng Seong
(Gurun) dan Datuk Zainol Mat Isa (Bayu). --
BERNAMA | |
|
blue.gif