|
SPR MEMANG BODOH
BERITA MALAYSIA
November 25 , 1999 20:24PM
|
|
|
BEKAS PEGAWAI TENTERA
DAKWA BOLEH MENGUNDI DI TIGA TEMPAT
|
| |
|
KLANG, 25 Nov (Bernama) -- Bekas kapten
tentera mengadu kepada calon DAP bagi kerusi Parlimen Klang Teng
Chang Khim bahawa mengikut senarai pemilih 1998 beliau boleh
mengundi di tiga kawasan pilihan raya Parlimen pada 29 Nov ini.
Teng berkata bekas pegawai tentera Mohamad
Salleh Mahat, sekarang seorang awam mengadu kepada (Teng) semasa
kempen pilihan rayanya di sini hari ini.
Beliau berkata
Mohamad Salleh sekarang bekerja dengan syarikat Insurans Takaful,
mengetahui perkara itu apabila beliau menyemak dengan Suruhanjaya
Pilihanraya (SPR) menggunakan nombor kad pengenalan biasa, kad
pengenalan tentera dan kad pengenalannya semasa berkhidmat dengan
tentera Wataniah.
Menurut senarai pemilih tersebut, Teng
berkata, bekas pegawai tentera itu boleh mengundi di kawasan pilihan
raya Parlimen Shah Alam, Selangor, Batu Pahat dan Kota Tinggi,
Johor.
Setiausaha DAP Selangor itu menyuarakan
kebimbangannya, jika terdapat 200,000 bekas tentera seumpama itu, ia
akan membuatkan jumlah pengundi seumpama itu dua atau tiga kali
ganda dalam senarai pemilih.
Teng juga menerima aduan
daripada tiga pengundi, nama mereka tidak ada dalam senarai pemilih
walaupun dua daripadanya mengundi pada pilihan raya lepas dan
seorang lagi telah mendaftar lima tahun lepas. -- BERNAMA
| |
|
blue.gif