BERUK ini pun nyaris TEWAS, sekarang mahu sokongan orang melayu. Malah BERUK inilah yang terang-terang menghina ISLAM dan ORANG ISLAM.

UMNO BOLEH MENANGI SEMULA SOKONGAN ORANG MELAYU, KATA KENG YAIK

 
BERJAYA... Presiden Parti Gerakan Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik mengangkat tangan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja parti bagi meraikan kemenangan pada pilihanraya baru-baru ini di ibu pejabat parti di sini hari ini. Turut hadir Timbalan Presiden Datuk Kerk Choo Ting (kiri sekali) dan Naib Presiden Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (dua dari kanan).


KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Presiden Gerakan Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik yakin bahawa Umno mampu memenangi semula sokongan orang Melayu dan menyatukan kekuatannya di kawasan-kawasan luar bandar.

Beliau berkata kurangnya sokongan daripada orang Melayu dalam pilihan raya umum yang baru berakhir hanya merupakan rintangan sementara dan boleh diubah pada masa depan jika jentera parti itu digunakan dengan sebaiknya.

"Saya yakin Umno akan mampu memberi penjelasan kepada orang-orang di luar bandar bahawa apa yang dikatakan oleh PAS bukanlah jenis semangat dan kerajaan yang mahu kita tubuhkan di negara ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Lim berkata dua faktor yang menyumbang kepada kekalahan BN di beberapa negeri, termasuk Kelantan dan Terengganu, ialah isu bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dieksploitasi sepenuhnya oleh PAS dan beberapa pembohongan yang disebarkan oleh PAS.

"Buat pertama kalinya orang Melayu berdepan dengan serangan hebat... mereka dibuat agar marah dengan kerajaan. Ia akan memakan masa bagi mereka untuk sedar bahawa tohmahan seperti itu disebarkan oleh pembangkang," katanya.

Beliau berkata bukan mustahil bagi Umno untuk memenangi semula sokongan orang Melayu dan masyarakat Cina pula kini menyokong kerajaan berbanding tahun 60an, 70an dan 80an apabila masyarakat Cina di bandar cenderung kepada pembangkang.

Lim berkata beliau gembira bahawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyebut dalam satu temuramah dengan sebuah akhbar Singapura bahawa Umno tidak akan mengambil tindakan keterlaluan dan radikal dalam pendekatan Islamnya.

"Malahan, saya berbual panjang dengan beliau pagi ini. Beliau memberi jaminan kepada saya bahawa kerajaan akan mengekalkan dasar-dasar sederhana, liberal dan berorientasikan pembangunan," katanya.

Lim berkata pendekatan yang keterlaluan dan radikal oleh PAS tidak sesuai dengan masyarakat berbilang kaum Malaysia, dan menurutnya keputusan kerajaan pimpinan PAS yang baru dilantik untuk menghapuskan cukai pintu dan bayaran tol tidak akan membawa manfaat untuk jangka panjang.

"Ia bukan jenis kerajaan yang betul... ia akan membunuh kerajaan dalam jangka masa panjang," katanya.

-- BERNAMA

Kirim email ke