Inilah Menteri Besar Perak yang terakhir dari UMNO, Lima tahun lagi MB dari PAS pulak...... Orang parit tentu paham

TAJOL ROSLI ANGKAT SUMPAH MENTERI BESAR PERAK ESOK

 


IPOH, 2 Dis (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang ke-9 di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, esok.

Upacara itu akan berlansgung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 9.30 pagi.

Tajol Rosli menyatakan demikian kepada pemberita selepas perjumpaan hampir sejam dengan Sultan Azlan di Istana Kinta di sini hari ini.

Beliau berkata, pada pertemuan itu beliau telah menyerahkan surat daripada Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad kepada baginda.

"Saya ada bagi surat daripada Perdana Menteri, dan perkara-perkara lain akan saya jelaskan selepas majlis angkat sumpah esok," katanya.

Tajol Rosli akan menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib yang memegang jawatan menteri besar Perak mulai Mac 1983.

Ramli telah bertukar kawasan dengan bertanding bagi kerusi Parlimen pada pilihan raya Isnin lepas.

Tajol Rosli, 55, mengalahkan calon PAS Azman Pandak dengan majoriti 1,526 undi di kawasan DUN Kenering. Pada 1977 beliau telah juga memenangi kerusi itu tetapi mengosongkannya untuk bertanding bagi kerusi Parlimen
Gerik pada pilihan raya umum 1978.

Tajol Rosli yang berasal dari Lenggong, kira-kira 100 Km dari sini, menjawat jawatan Timbalan Menteri di beberapa kementerian termasuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Dalam Negeri sejak tahun 1986.

Beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Januari lepas.

Bapa beliau, Allahyarham Tan Sri Mohd Ghazali Jawi menjadi Menteri Besar Perak sebanyak dua kali, antara 1957-60 dan antara 1974-77.

-- BERNAMA

Kirim email ke