|
KUALA TERENGGANU, 2 Dis (Bernama) -- Menteri
Besar Haji Abdul Hadi Awang hari ini mengumumkan portfolio anggota majlis
mesyuarat Kerajaan Negeri dengan beliau sendiri mempengerusikan dua
jawatankuasa iaitu Kewangan dan Pelaburan serta Jawatankuasa Tanah, Galian
dan Perhutanan.
Beliau turut mewujudkan dua portfolio
baru iaitu Jawatankuasa Hal-Ehwal Wanita dan Bukan Islam serta
Jawatankuasa Hisbah dan Tugas-tugas Khas, selain membuat rombakan dan
pertukaran nama bagi beberapa portfolio sebelum ini.
Portfolio
mengenai Pembangunan Sains, Teknologi, Pengajian Tinggi, Pembangunan
Manusia dan Hal-Ehwal Agama Islam telah dimansuhkan dan peranannya diambil
alih oleh Jawatankuasa Pendidikan yang kini turut menanggung tugas
berkaitan dakwah dan pelaksanaan syariah.
Berikut senarai
portfolio ahli mesyuarat Kerajaan Negeri:
1. Menteri Besar, Haji
Abdul Hadi Awang (Jawatankuasa Tanah, Galian dan Perhutanan Negeri.
Jawatankuasa Kewangan dan Pelaburan).
2. Haji Mustafa Ali (
Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum dan Perindustrian).
3.
Haji Harun Taib (Jawatankuasa Pendidikan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah)
4. Haji Wan Abdul Mutalib Embong (Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,
Perumahan dan Alam Sekitar).
5. Haji Abu Bakar Chik (Jawatankuasa
Pertanian, Perikanan dan Sumber Manusia).
6. Tun Haji Mohd Salleh
Abas (Jawatankuasa Hisbah dan Tugas-tugas Khas).
7. Haji Mohd
Abdul Wahid Endut (Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Peniaga Kecil dan
Hal-Ehwal Pengguna).
8. Yahaya Ali (Jawatankuasa Pembangunan
Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi).
9. Haji Abu Bakar
Abdullah (Jawatankuasa Kebajikan Sosial dan Kesihatan).
10. Haji
Awang Jusoh (Jawatankuasa Hal-Ehwal Wanita dan Bukan Islam).
11.
Wan Hassan Mohd Ramli (Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan
Pelancongan).
--
BERNAMA
|