*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya agak sedih apabila mendengar dan membaca
kenyataan beberapa pucuk pimpinan DAP yang tidak cuba
meletakkan kesalahan kepada kelemahan jentera
pilihanraya mereka sebaliknya melemparkan sebab-sebab
kegagalan mereka kepada orang lain terutamanya PAS.
Sekiranya jentera pilihanraya DAP kuat dan kemas,
sudah tentu isu negara Islam yang katanya penyebab
kegagalan tersebut berjaya diputarbelit oleh pihak
media tidak akan mendatangkan apa-apa impak.
Kita melihat kerjasama dengan DAP oleh PAS juga bukan
sebuah pendekatan yang kecil dan mudah. Tetapi di
sebabkan jentera penerangan PAS yang kuat dan
berkesan, isu tersebut tinggal isu sahaja. Rakyat
melayu faham dan bertindak menghukum UMNO dan BN.
Padahalnya semua orang tahu betapa alergiknya isu
kerjasama dengan DAP ini dikalangan pendokong dan
penyokong PAS.
Kita boleh buktikan keikhlasan pendokong-pendokong PAS
dalam menerima arahan pimpinan mereka atas asas
semangat kerjasama untuk menjatuhkan BN. Saya suka
mengambil contoh di P090 Selayang. Jentera
pilihanraya daripada DAP boleh di katakan tidak wujud.
Jentera pilihanraya PASlah yang bekerja keras untuk
memenangkan calon Barisan Alternatif daripada DAP.
Bermula daripada perkara-perkara yang berkait dengan
logistik, penyusunan kerja merayu undi, mengantungkan
poster banner, polling & counting agent,
pondok-pondok panas, pengedaran risalah termasuk
ceramah-ceramah kelompok.
Kita boleh terus merujuk terus kepada calon DAP, Sdri
Zaiton Kassim mengenai perkara ini. Bahkan Zaiton
Kassim patut melaporkan perkara ini kepada pucuk
pimpinan DAP. Siapa yang mengawal keselamatan dia
sepanjang tempoh pilihanraya. Petugas PAS!
Ini bukan untuk bermegah-megah. Tetapi apabila pucuk
pimpinan DAP seolah-olah tidak menghargai sumbangan
orang lain. Kita fikir perkara ini wajar di sebut.
Sepatutnya juga pucuk pimpinan DAP memulakan ulasan
kegagalan mereka mencapai target mereka dengan tidak
lupa mengucapkan terimakasih kepada petugas-petugas
PAS.
Saya juga mendengar keikhlasan melalui bantuan kuat
penyokong dan pendokong PAS di tempat-tempat lain,
walau siapa sahaja yang bertanding termasuk DAP.
Kesimpulan yang boleh kita buat ialah KEGAGALAN DAP
disebabkan KELEMAHAN JENTERA PILIHANRAYA mereka
terutama JENTERA PENERANGAN.
Tahniah pendokong & penyokong PAS, kalian telah
membuktikan kepatuhan kepada arahan pimpinan. Semoga
Allah swt membalasnya dengan amal soleh.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores. Millions of Products. All in one place.
Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Comb attt <[EMAIL PROTECTED]>