*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya menyokong pendapat saudara. DAP menang di Parlimen Nibong Tebal pun
disebabkan mendapat banyak bantuan dari penyokong PAS dan KeADILan. Di
Sungai Kechil, hanya terdapat dua petugas DAP yang membantu kami yang
terdiri dari kira2 150 orang. Itupun mereka datang dari P. Pinang. Menurut
kata mereka, DAP dah tak ada harapan di P. Pinang. Terus mereka datang
membantu di sini tanpa membuang undi di P. Pinang. DAP perlu berterima kasih
kepada para penyokong PAS dan Keadilan. Tanpa kami DAP tak mungkin akan
menang di beberapa tempat lagi.

----- Original Message -----
From: Comb attt <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Cc: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Saturday, December 04, 1999 10:41 AM
Subject: H-Net* DAP jangan salahkan orang lain....please


>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>   Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Saya agak sedih apabila mendengar dan membaca
> kenyataan beberapa pucuk pimpinan DAP yang tidak cuba
> meletakkan kesalahan kepada kelemahan jentera
> pilihanraya mereka sebaliknya melemparkan sebab-sebab
> kegagalan mereka kepada orang lain terutamanya PAS.
>
> Sekiranya jentera pilihanraya DAP kuat dan kemas,
> sudah tentu isu negara Islam yang katanya penyebab
> kegagalan tersebut berjaya diputarbelit oleh pihak
> media tidak akan mendatangkan apa-apa impak.
>
> Kita melihat kerjasama dengan DAP oleh PAS juga bukan
> sebuah pendekatan yang kecil dan mudah.  Tetapi di
> sebabkan jentera penerangan PAS yang kuat dan
> berkesan,  isu tersebut tinggal isu sahaja.  Rakyat
> melayu faham dan bertindak menghukum UMNO dan BN.
>
> Padahalnya semua orang tahu betapa alergiknya isu
> kerjasama dengan DAP ini dikalangan pendokong dan
> penyokong PAS.
>
> Kita boleh buktikan keikhlasan pendokong-pendokong PAS
> dalam menerima arahan pimpinan mereka atas asas
> semangat kerjasama untuk menjatuhkan BN.  Saya suka
> mengambil contoh di P090 Selayang.  Jentera
> pilihanraya daripada DAP boleh di katakan tidak wujud.
>  Jentera pilihanraya PASlah yang bekerja keras untuk
> memenangkan calon Barisan Alternatif daripada DAP.
> Bermula daripada perkara-perkara yang berkait dengan
> logistik,  penyusunan kerja merayu undi, mengantungkan
> poster  banner,  polling & counting agent,
> pondok-pondok panas,  pengedaran risalah termasuk
> ceramah-ceramah kelompok.
>
> Kita boleh terus merujuk terus kepada calon DAP,  Sdri
> Zaiton Kassim mengenai perkara ini.  Bahkan Zaiton
> Kassim patut melaporkan perkara ini kepada pucuk
> pimpinan DAP.  Siapa yang mengawal keselamatan dia
> sepanjang tempoh pilihanraya.  Petugas PAS!
>
> Ini bukan untuk bermegah-megah.  Tetapi apabila pucuk
> pimpinan DAP seolah-olah tidak menghargai sumbangan
> orang lain.  Kita fikir perkara ini wajar di sebut.
>
> Sepatutnya juga pucuk pimpinan DAP memulakan ulasan
> kegagalan mereka mencapai target mereka dengan tidak
> lupa mengucapkan terimakasih kepada petugas-petugas
> PAS.
>
> Saya juga mendengar keikhlasan melalui bantuan kuat
> penyokong dan pendokong PAS di tempat-tempat lain,
> walau siapa sahaja yang bertanding termasuk DAP.
>
> Kesimpulan yang boleh kita buat ialah KEGAGALAN DAP
> disebabkan KELEMAHAN JENTERA PILIHANRAYA mereka
> terutama JENTERA PENERANGAN.
>
> Tahniah pendokong & penyokong PAS,  kalian telah
> membuktikan kepatuhan kepada arahan pimpinan.  Semoga
> Allah swt membalasnya dengan amal soleh.
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Thousands of Stores.  Millions of Products.  All in one place.
> Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: Comb attt <[EMAIL PROTECTED]>
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ir. Shahrun Bin Ishak @ Abu Hassan" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke