*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum
Memang benar apa yang di perkatakan. Calun kami di
kawasan parlimen ialah DAP dan DUN ialah ADIL. Apa
yang menarik disini DAP seolah-olah hanya mahu
meletakkan calun tanpa mahu sama-sama bekerja untuk
menang dalam pilihanraya!
Sudah lah petugas dari DAP tiada langsung, poster DAP
untuk ditampal pun terpaksa kami meminta-minta, itu
pun terlalu sedikit yang dapat. kalau tak silap tak
sampai 100 keping. Lambang ADIL melambak-lambak sampai
tak sempat nak gantung last minute masukkan aje dalam
pos box rumah ke rumah beserta biografi calun ADIL,
DAP ada juga bagi tapi sikit sangat. So macamana
pengundi nak kenal calun?
Terus terang saya katakan bhw selama ini saya fobia
dengan lambang roket, tapi kali ini saya pulak tolong
tampal logo tu. Kalu benar DAP beranggapan sepakatan
BA penyebab DAP kalah saya rasa menyesal gantung kan
roket ditempat kami. Teringin saya pijak-pijak logo
tu.
DAP seolah-olah tak ambil berat langsung dengan
pilihanraya. Saya yakin kalau tiada kami petugas ADIL
dan PAS, kemungkinan besar Roket tiada dikawasan kami.
Calun dari DAP pun tak pernah, sepanjang ingatan saya
melawat Bilik Gerakan kami.
DAP sikap kamu benar benar menyinggung perasaan kami.
--- Comb attt <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net -
> http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED]
> }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED] }
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN
> KEADILAN
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Saya agak sedih apabila mendengar dan membaca
> kenyataan beberapa pucuk pimpinan DAP yang tidak
> cuba
> meletakkan kesalahan kepada kelemahan jentera
> pilihanraya mereka sebaliknya melemparkan
> sebab-sebab
> kegagalan mereka kepada orang lain terutamanya PAS.
>
> Sekiranya jentera pilihanraya DAP kuat dan kemas,
> sudah tentu isu negara Islam yang katanya penyebab
> kegagalan tersebut berjaya diputarbelit oleh pihak
> media tidak akan mendatangkan apa-apa impak.
>
> Kita melihat kerjasama dengan DAP oleh PAS juga
> bukan
> sebuah pendekatan yang kecil dan mudah. Tetapi di
> sebabkan jentera penerangan PAS yang kuat dan
> berkesan, isu tersebut tinggal isu sahaja. Rakyat
> melayu faham dan bertindak menghukum UMNO dan BN.
>
> Padahalnya semua orang tahu betapa alergiknya isu
> kerjasama dengan DAP ini dikalangan pendokong dan
> penyokong PAS.
>
> Kita boleh buktikan keikhlasan pendokong-pendokong
> PAS
> dalam menerima arahan pimpinan mereka atas asas
> semangat kerjasama untuk menjatuhkan BN. Saya suka
> mengambil contoh di P090 Selayang. Jentera
> pilihanraya daripada DAP boleh di katakan tidak
> wujud.
> Jentera pilihanraya PASlah yang bekerja keras untuk
> memenangkan calon Barisan Alternatif daripada DAP.
> Bermula daripada perkara-perkara yang berkait dengan
> logistik, penyusunan kerja merayu undi,
> mengantungkan
> poster banner, polling & counting agent,
> pondok-pondok panas, pengedaran risalah termasuk
> ceramah-ceramah kelompok.
>
> Kita boleh terus merujuk terus kepada calon DAP,
> Sdri
> Zaiton Kassim mengenai perkara ini. Bahkan Zaiton
> Kassim patut melaporkan perkara ini kepada pucuk
> pimpinan DAP. Siapa yang mengawal keselamatan dia
> sepanjang tempoh pilihanraya. Petugas PAS!
>
> Ini bukan untuk bermegah-megah. Tetapi apabila
> pucuk
> pimpinan DAP seolah-olah tidak menghargai sumbangan
> orang lain. Kita fikir perkara ini wajar di sebut.
>
> Sepatutnya juga pucuk pimpinan DAP memulakan ulasan
> kegagalan mereka mencapai target mereka dengan tidak
> lupa mengucapkan terimakasih kepada petugas-petugas
> PAS.
>
> Saya juga mendengar keikhlasan melalui bantuan kuat
> penyokong dan pendokong PAS di tempat-tempat lain,
> walau siapa sahaja yang bertanding termasuk DAP.
>
> Kesimpulan yang boleh kita buat ialah KEGAGALAN DAP
> disebabkan KELEMAHAN JENTERA PILIHANRAYA mereka
> terutama JENTERA PENERANGAN.
>
> Tahniah pendokong & penyokong PAS, kalian telah
> membuktikan kepatuhan kepada arahan pimpinan.
> Semoga
> Allah swt membalasnya dengan amal soleh.
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Thousands of Stores. Millions of Products. All in
> one place.
> Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com
>
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body
> : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body:
> UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
> menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net
> )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]
> )
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: Comb attt <[EMAIL PROTECTED]>
>
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores. Millions of Products. All in one place.
Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Pemuda Cawangan <[EMAIL PROTECTED]>