Harap2 tu biarlah BEROK BOTAK itu menjadi MB kedah, kerana lebih mudah kerja-kerja PAS untuk menawan KEDAH next election!!!

MENTERI BESAR KEDAH ANGKAT SUMPAH SABTU DEPAN

 

ALOR SETAR, 3 Dis (Bernama) -- Majlis mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah akan dilakukan Sabtu depan tetapi Tan Sri Sanusi Junid berkata beliau belum menerima surat pelantikan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

Sanusi, yang ditemui pemberita di ibu Pejabat UMNO Kedah di sini malam ini, berkata semasa perjumpaan beliau dengan Dr Mahathir di Langkawi semalam mereka tidak membincangkan soal jawatan Menteri Besar itu.

"Perdana Menteri lebih berminat mengetahui pasal post-mortem prestasi Barisan Nasional Kedah. Tiada perbincangan mengenai soal jawatan Menteri Besar.

"Belum ada surat pelantikan berhubung jawatan itu diserahkan oleh Perdana Menteri.

"Sepanjang yang saya tahu saya masih Menteri Besar Kedah. Awak (wartawan) akan tahu siapa Menteri Besar selepas majlis mengangkat sumpah," katanya.

Sanusi, yang memegang jawatan Menteri Besar pada 1996, diminta mengulas mengenai desakan beberapa pihak agar beliau meletakkan jawatan berikutan prestasi buruk BN Kedah dalam pilihan raya lepas.

BN memenangi 24 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 7 daripada 15 kerusi Parlimen.

Sanusi juga berkata majlis mengangkat sumpah itu diadakan agak lewat kerana Sultan Kedah akan berada di luar negara mulai esok.

Ditanya adakah beliau masih berminat dengan jawatan itu, Sanusi berkata padanya itu bukan soal minat atau tidak.

"Saya adalah seorang yang setia, terpulang kepada pucuk pimpinan menilai kebolehan. Saya ada kelebihan dan ada kekurangan," katanya.

Mengulas mengenai pertemuannya dengan calon-calon BN dalam pilihan raya lepas, Sanusi berkata ia diadakan bagi mendapatkan laporan setiap calon mengenai prestasi BN.

Katanya, beliau mahu laporan daripada setiap calon.

"Jika calon itu menang, kenapa tidak dengan majoriti yang baik dan kalau kalah, kenapa?" katanya.

"Laporan itu akan digunakan untuk membuat persedian menghadapi pilihan raya umum berikutnya," katanya.

-- BERNAMA

Kirim email ke