|
Biarlah BEROK ini mimpi selama 5 TAHUN mulai sekarang! TAK
perasan ka BEROK ini yg orang kelantan dah MELUAT dengan
UMNO!!!
PERJUANGAN
MENAWAN SEMULA K'TAN BERMULA SEKARANG, KATA ANNUAR
|
| |
|
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Timbalan Ketua
badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Annuar Musa hari ini meminta
pemimpin Barisan Nasional (BN) Kelantan supaya bertenang dan terus
merapatkan barisan kerana perjuangan untuk menawan semula negeri itu
bermula sekarang.
Katanya saat rakyat Kelantan boleh
berubah selera dan sikap tetap akan tiba.
"Saya berharap pemimpin
Umno dan BN Kelantan jangan terlalu kecewa dan jangan ada tindakan
terburu-buru," katanya pada persidangan berita pertama beliau setelah
tewas bagi kerusi Parlimen Peringat kepada calon Keadilan pada pilihan
raya umum ke-10 Isnin lalu.
Annuar berkata suasana kempen di
Kelantan membayangkan harapan cerah BN untuk menawan Kelantan daripada
kerajaan Pas dan tiada petanda jelas akan berlaku kemenangan besar
pembangkang.
"Petanda kurang baik hanya mula kelihatan pada hari
terakhir kempen apabila pengundi luar mula pulang atau masuk ke Kelantan,"
katanya.
Annuar berkata mereka terdiri daripada kira-kira 20,000
pengundi luar dari Thailand dan 50,000 pengundi dari Kuala Lumpur dan
negeri-negeri lain di semenanjung.
Menurutnya kedua-dua kumpulan
ini jelas membawa "mood" yang berbeza dan majoritinya menyokong secara
terbuka apa yang dipanggil barisan alternatif dan pada saat akhir
mempengaruhi pula keluarga mereka.
Annuar berkata kuasa yang diam
itu bercampur pula dengan penyakit lama Umno iaitu anggota yang tidak
berpuas hati dengan pimpinan di kawasan masing-masing sehingga belot
kepada parti dan `cas keting' dari dalam.
"Menambah luka BN ialah
pegawai kerajaan terutamanya guru, yang selama ini menentang dalam diam,
secara terang-terangan menyokong barisan alternatif," katanya.
Annuar berkata inilah empat faktor yang ternyata "senyap" tetapi
telah berjaya menghancurkan rancangan BN menawan Kelantan.
"Kesannya berlaku peralihan undi melebihi 10 peratus ke arah
pakatan parti pembangkang dan kawasan dengan majoriti kecil iaitu 2,000 ke
bawah menjadi tawanan mereka.
"Sedangkan BN Kelantan meramalkan
lapan peratus peralihan undi ke arah BN untuk menawan Kelantan. Jangkaan
undi telah lari sebanyak 18 hingga 20 peratus daripada sasaran," katanya.
Pada pilihan raya itu, Pas memenangi 41 daripada 43 kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) dan 10 daripada 14 kerusi Parlimen. Dua lagi kerusi
DUN dimenangi BN manakala tiga daripada baki empat kerusi Parlimen
dimenangi Keadilan dan satu lagi oleh BN.
Annuar turut menolak
pandangan sesetengah pihak supaya Jabatan Pembangunan Persekutuan, yang
menjadi saluran usaha kerajaan persekutuan membangunkan Kelantan, ditutup
berikutan kekalahan BN di negeri itu.
Katanya rakyat Kelantan
tidak harus dihukum atau disisihkan kerana beliau yakin majoriti
permastautin negeri berkenaan menyokong BN.
Dalam perkembangan
berkaitan, Annuar berkata beliau menerima kertas-kertas undi pos yang
berpangkah namanya Selasa lalu.
Katanya, beliau difahamkan kertas
undi berkenaan ditemui di peti-peti surat di sekitar bandar Kota Baharu.
Annuar berkata beliau akan menghantar laporan mengenai perkara ini
kepada parti dan belum memikirkan sama ada untuk membawanya kepada
pengetahuan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
--
BERNAMA |
|