Note: forwarded message attached. _________________________________________________________ Do You Yahoo!? Get your free @yahoo.com address at http://mail.yahoo.com
17 Ramadhan 1420 (25 Disember 1999) (SABTU) SURAT UNTUK LIM KIT SIANG DAN KARPAL SINGH Ketika terbaca nukilan Abu Dhomdhom, Harakah, 12 Ramadhan, saya rasa terpanggil untuk meluahkan perasaan saya. Megapa takut kepada negara Islam? Negara Islam bukan bermakna '�potong tangan" (sebagaimana yang cuba digambarkan oleh UMNO) tetapi ianya adalah mengenai keADILan, kesaksamaan dan kesejahteraan. Inilah yang akan menjadi dasar dan akan dikecapi oleh rakyat dalam sistem Islam. Bukankah ini perjuangan DAP? Lihat bagaimana anak-anak melayu dan pakcik-pakcik yang bersarban mengibarkan bendera roket. Mereka tidak bimbang dan menadah tangan sepuluh menerima DAP. Lihat bagaimana anak-anak muda melayu mengerumuni Lim Guan Eng atas dasar keADILan sekalipun dia berbangsa cina. Berapa keratkah ahli-ahli DAP yang sanggup mengibarkan bendera PAS? Sebagai pakar dan pengamal undang-undang sudah tentu saudara-saudara berkeupayaan dan berkebolehan untuk mengkaji dan memahami sistem Islam sebagaimana saudara-saudara mendalami sistem sekular. Sekiranya saudara-saudara menolak sistem Islam dan mengagungi sistem sekularisme yang ada sekarang bermakna saudara-saudara menerima dan akur kepada amalan rasuah, ugutan, penindasan, salahguna kuasa, penyelewangan dan kronisme dan nepotisme kerana ianya ciptaan manusia yang boleh disalahgunakan dan diubah-ubah mengikut nafsu. Sistem sekular mengamalkan dasar "pecah dan perintah" atau "divide and rule policy." Iaitu dengan mengasingkan ugama dari pentadbiran pemerintahan. Kenapa? Kerana ianya cuba menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh kebanyakan agama seperti penyelewengan, penipuan, rasuah, penindasan dan sebagainya dalam mengejar kuasa. Sistem sekularisme hanya memperjuangkan hak-hak berbentuk materialistik. Lihat bagaimana Richard Nixon, Kurt Walheim, Marcos, Suharto, Hun Seng dan lain-lain lagi memperkudakan sistem sekularisme! Saudara perlu buktikan kepada semua di negara manakah sistem sekularisme tidak pernah disalahgunakan dan diperkudakan. Sistem ini sebenarnya ialah sistem feudal dimana �yang kuat itu kudrat!" Dalam sistem ini masalah moral atau akhlak adalah suatu perkara remeh dan kekuasaan adalah matlamat yang agung. Saudara-saudara pasti tahu, sejak 1420 tahun Islam bertapak di dunia, hanya lebihkurang 200 orang sahaja yang telah dipotong tangan! Potong tangan bukanlah semudah potong sayur! Islam mengutamakan keADILan dan menentang kezaliman. Moral disebalik hukuman ini ialah untuk memastikan rakyat hidup dalam keadaan yang selamat dan tenteram dan juga untuk memastikan penghapusan kemiskinan atau kepayahan yang akan menyebabkan seseorang itu terpaksa mencuri! Lihat bagaimana barang-barang dan wang boleh ditinggalkan begitu sahaja di Arab Saudi dan Iran ketika peniaga-peniaga atau tuan-tuan punya mengerjakan amal ibadah. Bolehkan ianya berlaku di bawah sistem sekular? Sudah tentu TIDAK. Cara hidup materialistik pegangan sekular menggalakkan manusia mengejar kekayaan yang melampaui batas. Hanya satu kesimpulan dengan satu perkataan sahaja yang boleh dibuat mengenai sistem sekular � TAMAK! Budaya ini memaksa orang lain turut sama mengejar kemewahan sehingga sanggup melakukan pecah amanah dan rasuah! Kita dapat lihat dengan jelas pada hari ini bagaimana pemimpin-pemimpin politik yang begitu gila mengejar kekayaan tanpa mengenal erti cukup! Sedangkan apa yang mereka miliki, samada secara halal atau tidak, sudah cukup itu menanggung mereka sehingga kecucu cicit. Apa yang mereka kejarkan itu adalah merupakan pembaziran semata-mata. Perlukan seseorang itu memiliki berbelas-belas buah kereta, berpuluh-puluh buah jam Rolex, beratus-ratus pasang kasut, berpuluh-puluh ekar kebun, beberapa orang wanita simpanan? Dalam sistem Islam tidak ada sistem pencukaian konvensyenal yang membebankan rakyat seperti sekarang � yang ada hanyalah sistem zakat yang amat ADIL! Sistem zakat tidak langsung membebankan golongan miskin atau susah dan ianya adalah berkesan untuk mengelakkan pembaziran. Di zaman Saidina Umar r.a. dan di Spain atau Andalusia, sistem zakat telah berjaya menghapuskan kemiskinan � harta zakat tidak dapat diagihkan kerana tidak ada rakyat yang susah ketika itu. Spain atau Andalusia mencapai kemuncak kegemilangannya ketika di bawah pemerintahan Islam dan bukannya sekarang! Cuba buktikan bagaimana sistem pencukaian konvensyenal yang berjaya menghapuskan kemiskinan? (NOTA: Hanya satu sebab sahaja mengapa Spain dan empayar-empayar Islam jatuh ke tangan orang-oang yang kufur � mereka meninggalkan sistem Islam samada dengan sukarela atau disebabkan oleh khayalnya dengan pengaruh-pengaruh materialistik yang begitu memberikan nikmat nafsu manusia!) Adakah saudara takut orang-orang bukan Islam akan ditekan dan tidak dapat mengamalkan budaya dan agama mereka? Lihat apa yang berlaku di Kelantan sepanjang 10 tahun yang lalu � cara hidup mereka tidak terjejas, kecuali mereka tidak dapat membeli nombor ekor dan meminum arak di tempat-tempat awam. Adakah nombor ekor itu suatu perkara yang mulia? Gembirakah kita jika anak-anak kita berjudi, meminum arak, mengunjungi rumah-rumah pelacuran dan rasuah? Sesungguhnya di dalam Islam, orang bukan Islam wajib dilindungi dan diberikan kebebasan beragama. Tidak ada paksaan kepada orang-orang bukan Islam. Saudara-saudara menentang pembinaan mahligai air mata Mahathir tetapi pada masa yang sama saudara-saudara tidak meminta ahli-ahli saudara mencontohi cara hidup Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi. Sanggupkah saudara-saudara menatang sendiri talam minuman untuk tetamu? Sekiranya sistem Islam diterima dan dilaksanakan di Malaysia sudah tentu Lim Guan Eng atau Dato� Seri Anwar tidak akan berpeluang menghidu bau penjara disebabkan oleh KeAdILannya. Begitu juga dengan suadara-saudara, sudah tentu tidak akan mengenal perkataan ISA! Kita sudah tentu tidak berpeluang untuk mendengar saksi-saksi tukang karut seperti Umi Hafilda, Azizan, dan Hanif Omar! Begitu juga dengan gejala-gejala hitam seperti penagihan dadah, kemiskinan, murtad, keruntuhan rumah tangga, bohsia dan bohjan sudah tentu akan dipatahkan dengan keimanan dan ketakwaan dan rasa takut kepada Allah s.w.t! Bagaimana gejala ini dapat dibenteras sedangkan pemimpin-pemimpin sekular itu sendiri memperjuangkan gejala-gejala ini? Seperti kata Maslow, sekiranya kehendak asas seseorang insan tidak dipenuhi maka beliau akan kehilangan pedoman. Begitu juga dengan Islam, tinggalkan sistem Islam dan rahmat Allah s.w.t. juga akan meninggalkan kita! Sekiranya sistem Islam dilaksanakan sudah tentu dunia tidak akan dilanda malapetaka krisis matawang (currecny crises) kerana Islam menolak dan menentang perkara-perkara yang berasaskan spekulasi � spekulasi itu sendiri ialah asas sistem perjudian! Apa yang jelas dari sejarah Islam ialah setelah sistem Islam yang indah dan suci ini ditolak atau ditinggalkan, nilai mulia akhlak dan moral manusia juga akan ditolak dan ditinggalkan begitu sahaja. Tidak ada lagi perkataan halal atau haram! Inilah yang berlaku dalam setiap peringkat sistem sekular ciptaan manusia! Kenapa UMNO tidak mahukan negara Islam? Jawapannya ialah kerana jika Malaysia menjadi negara Islam maka mereka tidak lagi dapat membuat penyelewengan sesuka hati dan mereka tidak akan berpeluang untuk pecah amanah dalam mencari kekayaan yang menafikan hak orangramai. Mereka juga pasti tidak akan dapat berzina dan melakukan maksiat sesuka hati seperti sekarang. Pada masa yang sama, kemungkinan ramai di antara pemimpin-pemimpin UMNO akan direjam kerana berzina dan berkemungkinan juga mereka akan dipotong sebelah tangan kerana mencuri harta rakyat! Inilah adalah diantara sebab sebenar mengapa mereka menolak negara Islam! Berikan PAS peluang! SALAM REFORMASI! ZULKIFLI MOHD [EMAIL PROTECTED] _________________________________________________________ Do You Yahoo!? Get your free @yahoo.com address at http://mail.yahoo.com
