*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
akum...
Yang orang PAS nak berpeluk sangat dengan malaun kapiaq tuu..buat aper..kkan
masih ramai lagi orang UMNO yang Islam boleh di bawak berunding...nnih ller
orang kater ..Parti PAS tahi kucing...
salammzzzz
Comb attt wrote:
> Note: forwarded message attached.
>
> _________________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Get your free @yahoo.com address at http://mail.yahoo.com
>
> ------------------------------------------------------------------------
>
> Subject: Surat untuk Lim Kit Siang, Karpal Singh, Umno & BN
> Date: Sun, 26 Dec 1999 20:31:01 -0800 (PST)
> From: senyum simpul <[EMAIL PROTECTED]>
> To: [EMAIL PROTECTED]
>
> 17 Ramadhan 1420 (25 Disember 1999) (SABTU)
>
> SURAT UNTUK LIM KIT SIANG DAN KARPAL SINGH
>
> Ketika terbaca nukilan Abu Dhomdhom, Harakah, 12
> Ramadhan, saya rasa terpanggil untuk meluahkan
> perasaan saya. Megapa takut kepada negara Islam?
> Negara Islam bukan bermakna '�potong tangan"
> (sebagaimana yang cuba digambarkan oleh UMNO) tetapi
> ianya adalah mengenai keADILan, kesaksamaan dan
> kesejahteraan. Inilah yang akan menjadi dasar dan akan
> dikecapi oleh rakyat dalam sistem Islam. Bukankah ini
> perjuangan DAP? Lihat bagaimana anak-anak melayu dan
> pakcik-pakcik yang bersarban mengibarkan bendera
> roket. Mereka tidak bimbang dan menadah tangan sepuluh
> menerima DAP. Lihat bagaimana anak-anak muda melayu
> mengerumuni Lim Guan Eng atas dasar keADILan sekalipun
> dia berbangsa cina. Berapa keratkah ahli-ahli DAP yang
> sanggup mengibarkan bendera PAS?
>
> Sebagai pakar dan pengamal undang-undang sudah tentu
> saudara-saudara berkeupayaan dan berkebolehan untuk
> mengkaji dan memahami sistem Islam sebagaimana
> saudara-saudara mendalami sistem sekular. Sekiranya
> saudara-saudara menolak sistem Islam dan mengagungi
> sistem sekularisme yang ada sekarang bermakna
> saudara-saudara menerima dan akur kepada amalan
> rasuah, ugutan, penindasan, salahguna kuasa,
> penyelewangan dan kronisme dan nepotisme kerana ianya
> ciptaan manusia yang boleh disalahgunakan dan
> diubah-ubah mengikut nafsu. Sistem sekular mengamalkan
> dasar "pecah dan perintah" atau "divide and rule
> policy." Iaitu dengan mengasingkan ugama dari
> pentadbiran pemerintahan. Kenapa? Kerana ianya cuba
> menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh
> kebanyakan agama seperti penyelewengan, penipuan,
> rasuah, penindasan dan sebagainya dalam mengejar
> kuasa. Sistem sekularisme hanya memperjuangkan hak-hak
> berbentuk materialistik. Lihat bagaimana Richard
> Nixon, Kurt Walheim, Marcos, Suharto, Hun Seng dan
> lain-lain lagi memperkudakan sistem sekularisme!
> Saudara perlu buktikan kepada semua di negara manakah
> sistem sekularisme tidak pernah disalahgunakan dan
> diperkudakan. Sistem ini sebenarnya ialah sistem
> feudal dimana �yang kuat itu kudrat!" Dalam sistem ini
> masalah moral atau akhlak adalah suatu perkara remeh
> dan kekuasaan adalah matlamat yang agung.
>
> Saudara-saudara pasti tahu, sejak 1420 tahun Islam
> bertapak di dunia, hanya lebihkurang 200 orang sahaja
> yang telah dipotong tangan! Potong tangan bukanlah
> semudah potong sayur! Islam mengutamakan keADILan dan
> menentang kezaliman. Moral disebalik hukuman ini ialah
> untuk memastikan rakyat hidup dalam keadaan yang
> selamat dan tenteram dan juga untuk memastikan
> penghapusan kemiskinan atau kepayahan yang akan
> menyebabkan seseorang itu terpaksa mencuri! Lihat
> bagaimana barang-barang dan wang boleh ditinggalkan
> begitu sahaja di Arab Saudi dan Iran ketika
> peniaga-peniaga atau tuan-tuan punya mengerjakan amal
> ibadah. Bolehkan ianya berlaku di bawah sistem
> sekular? Sudah tentu TIDAK. Cara hidup materialistik
> pegangan sekular menggalakkan manusia mengejar
> kekayaan yang melampaui batas. Hanya satu kesimpulan
> dengan satu perkataan sahaja yang boleh dibuat
> mengenai sistem sekular � TAMAK! Budaya ini memaksa
> orang lain turut sama mengejar kemewahan sehingga
> sanggup melakukan pecah amanah dan rasuah! Kita dapat
> lihat dengan jelas pada hari ini bagaimana
> pemimpin-pemimpin politik yang begitu gila mengejar
> kekayaan tanpa mengenal erti cukup! Sedangkan apa yang
> mereka miliki, samada secara halal atau tidak, sudah
> cukup itu menanggung mereka sehingga kecucu cicit. Apa
> yang mereka kejarkan itu adalah merupakan pembaziran
> semata-mata. Perlukan seseorang itu memiliki
> berbelas-belas buah kereta, berpuluh-puluh buah jam
> Rolex, beratus-ratus pasang kasut, berpuluh-puluh ekar
> kebun, beberapa orang wanita simpanan?
>
> Dalam sistem Islam tidak ada sistem pencukaian
> konvensyenal yang membebankan rakyat seperti sekarang
> � yang ada hanyalah sistem zakat yang amat ADIL!
> Sistem zakat tidak langsung membebankan golongan
> miskin atau susah dan ianya adalah berkesan untuk
> mengelakkan pembaziran. Di zaman Saidina Umar r.a. dan
> di Spain atau Andalusia, sistem zakat telah berjaya
> menghapuskan kemiskinan � harta zakat tidak dapat
> diagihkan kerana tidak ada rakyat yang susah ketika
> itu. Spain atau Andalusia mencapai kemuncak
> kegemilangannya ketika di bawah pemerintahan Islam dan
> bukannya sekarang! Cuba buktikan bagaimana sistem
> pencukaian konvensyenal yang berjaya menghapuskan
> kemiskinan? (NOTA: Hanya satu sebab sahaja mengapa
> Spain dan empayar-empayar Islam jatuh ke tangan
> orang-oang yang kufur � mereka meninggalkan sistem
> Islam samada dengan sukarela atau disebabkan oleh
> khayalnya dengan pengaruh-pengaruh materialistik yang
> begitu memberikan nikmat nafsu manusia!)
>
> Adakah saudara takut orang-orang bukan Islam akan
> ditekan dan tidak dapat mengamalkan budaya dan agama
> mereka? Lihat apa yang berlaku di Kelantan sepanjang
> 10 tahun yang lalu � cara hidup mereka tidak terjejas,
> kecuali mereka tidak dapat membeli nombor ekor dan
> meminum arak di tempat-tempat awam. Adakah nombor ekor
> itu suatu perkara yang mulia? Gembirakah kita jika
> anak-anak kita berjudi, meminum arak, mengunjungi
> rumah-rumah pelacuran dan rasuah? Sesungguhnya di
> dalam Islam, orang bukan Islam wajib dilindungi dan
> diberikan kebebasan beragama. Tidak ada paksaan kepada
> orang-orang bukan Islam.
>
> Saudara-saudara menentang pembinaan mahligai air mata
> Mahathir tetapi pada masa yang sama saudara-saudara
> tidak meminta ahli-ahli saudara mencontohi cara hidup
> Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi. Sanggupkah
> saudara-saudara menatang sendiri talam minuman untuk
> tetamu?
>
> Sekiranya sistem Islam diterima dan dilaksanakan di
> Malaysia sudah tentu Lim Guan Eng atau Dato� Seri
> Anwar tidak akan berpeluang menghidu bau penjara
> disebabkan oleh KeAdILannya. Begitu juga dengan
> suadara-saudara, sudah tentu tidak akan mengenal
> perkataan ISA! Kita sudah tentu tidak berpeluang untuk
> mendengar saksi-saksi tukang karut seperti Umi
> Hafilda, Azizan, dan Hanif Omar! Begitu juga dengan
> gejala-gejala hitam seperti penagihan dadah,
> kemiskinan, murtad, keruntuhan rumah tangga, bohsia
> dan bohjan sudah tentu akan dipatahkan dengan keimanan
> dan ketakwaan dan rasa takut kepada Allah s.w.t!
> Bagaimana gejala ini dapat dibenteras sedangkan
> pemimpin-pemimpin sekular itu sendiri memperjuangkan
> gejala-gejala ini? Seperti kata Maslow, sekiranya
> kehendak asas seseorang insan tidak dipenuhi maka
> beliau akan kehilangan pedoman. Begitu juga dengan
> Islam, tinggalkan sistem Islam dan rahmat Allah s.w.t.
> juga akan meninggalkan kita! Sekiranya sistem Islam
> dilaksanakan sudah tentu dunia tidak akan dilanda
> malapetaka krisis matawang (currecny crises) kerana
> Islam menolak dan menentang perkara-perkara yang
> berasaskan spekulasi � spekulasi itu sendiri ialah
> asas sistem perjudian!
>
> Apa yang jelas dari sejarah Islam ialah setelah sistem
> Islam yang indah dan suci ini ditolak atau
> ditinggalkan, nilai mulia akhlak dan moral manusia
> juga akan ditolak dan ditinggalkan begitu sahaja.
> Tidak ada lagi perkataan halal atau haram! Inilah yang
> berlaku dalam setiap peringkat sistem sekular ciptaan
> manusia!
>
> Kenapa UMNO tidak mahukan negara Islam? Jawapannya
> ialah kerana jika Malaysia menjadi negara Islam maka
> mereka tidak lagi dapat membuat penyelewengan sesuka
> hati dan mereka tidak akan berpeluang untuk pecah
> amanah dalam mencari kekayaan yang menafikan hak
> orangramai. Mereka juga pasti tidak akan dapat berzina
> dan melakukan maksiat sesuka hati seperti sekarang.
> Pada masa yang sama, kemungkinan ramai di antara
> pemimpin-pemimpin UMNO akan direjam kerana berzina dan
> berkemungkinan juga mereka akan dipotong sebelah
> tangan kerana mencuri harta rakyat! Inilah adalah
> diantara sebab sebenar mengapa mereka menolak negara
> Islam!
>
> Berikan PAS peluang!
>
>
>
> SALAM REFORMASI!
>
> ZULKIFLI MOHD
>
> [EMAIL PROTECTED]
>
> _________________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Get your free @yahoo.com address at http://mail.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: sgmedia <[EMAIL PROTECTED]>