*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya fikir ada beberapa perkara yang perlu di
pertimbangkan.  Diantaranya sikap UMNO terhadap
perlaksanaan Islam sebagai dasar negara.  Kompromi
UMNO dengan parti-parti bukan Islam menjadikan UMNO
rela melakukan/meneruskan agenda-agenda yang nyata
bercanggah dengan prinsip agama.  Antaranya berhubung
dengan masalah perjudian,  riba,  pusat-pusat hiburan
bertaraf pelbagai bintang,  kilang-kilang arak dsbnya.

Padahal UMNO mendominasi kerjasama tersebut melalui
BN.  Semenjak UMNO paling kuat dalam kerjasama
tersebut apatah lagi sekarang dimana UMNO paling lemah
(pilihanraya ke-10).  Apa yang boleh di harapkan untuk
mempastikan dasar dan prinsip Islam tadi dapat di
daulatkan.

Kenyataan-kenyataan kepimpinan UMNO yang jelas
bercanggah dengan Islam yang terlalu banyak di
rekodkan secara terbuka melalui akhbar-akhbar dan
media elektronik yang boleh dirujuk kembali menjadi
bukti mengenai sikap sebenar UMNO terhadap
perlaksanaan Islam.

Ada percubaan telah di buat misal nya Dato Seri Anwar
Ibrahim telah mewarnakan UMNO nampak lebih rasional
terhadap isu-isu Islam.  Tetapi disebabkan unsur-unsur
penentangan daripada kepimpinan Umno yang
berkepentingan terlalu kuat di tambah lagi dengan
dasar-dasar UMNO sendiri yang tidak jelas mengenai
sikapnya untuk menjadikan Islam sebagai asas
perjuangan,  maka Anwar di 'buang'. 

Ini saya fikir berbeza dengan kerjasama PAS dengan
parti-parti bukan Islam seperti DAP.  Kerjasama
tersebut menjadikan PAS dominan bukan pengikut. 
Sebelum ini pun melalui Angkatan Perpaduan Ummah,  PAS
begitu dominan.  PAS bukan penumpang.

Itu mungkin sedikit pandangan dari sudut politik. 
Daripada sudut Islamnya pula saya fikir sudah cukup
dengan 'Majlis Syura PAS' yang merupakan badan
tertinggi dalam PAS meluluskan kerjasama seperti itu. 
Majlis Syura PAS di ketuai oleh Mursyidul Am PAS, 
Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat.

Bagi 'orang kampung'  penyertaan ulama-ulama
kesayangan mereka seperti Datuk Dr Harun Din,  YB
Datuk Hj Ismail Kamus,  YB Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man,  YB Ustaz Taib Azzamuddin,  Dr Abd Aziz Hanafi ke
dalam PAS bahkan bertanding atas tiket PAS menjadi
hujah yang tidak dapat di tolak bahawa perjuangan PAS
'Dulu,  Kini dan Selamanya'  tetap di atas landasan
Islam.

Mengenai memfitnah dan mengumpat ini pula saya fikir
ianya merupakan 'turning over' yang di lakukan oleh
UMNO melalui media.  Sehingga siapa sebenarnya yang
memfitnah dan mengumpat di tenggelamkan oleh media
tersebut...menjadikan orang lain pulak yang juara
fitnah dan umpat.  Sudah lupakah kita dengan tragedi
yang akan di kenang oleh generasi akan datang betapa
seorang yang bertaraf Perdana Menteri memfitnah
saudara Islamnya Anwar Ibrahim berzina dan berliwat. 
Mereka menjaja fitnah melalui seluruh media yang turut
diikuti oleh bangsa lain di dunia.  Sungguh memalu dan
memualkan.

Pemimpin UMNO demi untuk mendapat perhatian Dr
Mahathir saban hari mengumpat dan mencerca DSAI
sehingga di gambarkan tidak pernah lagi ada pemimpin
Melayu yang sedahsyat DSAI sejak zaman Hang Tuah lagi.
 Yang sedihnya pemimpin bukan Islam seperti MIC,  MCA,
 Gerakan,  parti-parti komponen BN yang lain turut
'tumpang semangkuk'  menghina saudara Islam kita
tersebut.

Sebenarnya memang cita-cita kita semua untuk melihat
umat Islam bersatu padu.  Tetapi perpaduan yang kita
mahu mestilah di atas asas Islam walaupun mungkin
rakan kerjasama kita itu belum Islam.  Pertentangan
yang berlaku di mana-mana sahaja di pelusuk dunia ini
di kalangan umat Islam hanyalah berpunca daripada
segolongan umat Islam yang ingin Islam di jadikan
dasar dan matlamat,  manakala sebahagian lagi enggan
dan sombong.  Inilah punca di sepanjang zaman.

Terimakasih....bersambung.


--- sgmedia <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Saudara,
> 
> Saya amat tertarik dengan apa yang saudara
> jelaskan...mungkin 80% kebenaran
> nya..walaubagaimana pun marilah kita renungkan
> bersama...adakah pasti hanya
> orang UMNO sahaja yang menolak hukum Islam yang
> hendak di laksanakan oleh PAS
> di negara ini sedangkan ada di antar mereka sanggup
> bersekongkol dengan
> musuh-musuh kafir seperti Lim Kit Siang dan Karpal
> singh yang akhir nya kan
> menggunakan mata pancing mencangkok bontot
> orang-orang PAS dan di jadikan
> sebagai UMPAN untuk orang-orang Yahudi yang sememang
> nya ingin menakluk negara
> kita ini???
> 
> Kenapa kah kita orang Melayu yang satu Ugama
> mengucap dua kalimah sahahadat
> tidak mahu bersatu untuk menentang musuh2
> Islam...Kita harus ingat...memfitnah
> dan mengumpat saudara2 se Islam di ibarat seperti
> memakan daging bangsa nya
> sendiri..cuba lah sdra fikirkan generasi akan datang
> yang terdiri dari
> Profesional2 Islam mungkin dapat di gabungkan untuk
> menegakkkan Negara Islam
> dari ujud nya perpecahan di antara kita??  Ini
> tidak..ibarat Ayam dengan
> Telor...ayam kata di dulu tapi telor kata dia lagi
> dulu..jadi sape yang
> betul..semua nyer mereka22 ini giler KUASA...sanggup
> buat aper saja...kan kita
> tahu bahawa POLITIK itu kotor macam najis..saudara
> 
> wsallam
> 
> Comb attt wrote:
> 
> > Note: forwarded message attached.
> >
> >
>
_________________________________________________________
> > Do You Yahoo!?
> > Get your free @yahoo.com address at
> http://mail.yahoo.com
> >
> >  
>
------------------------------------------------------------------------
> >
> > Subject: Surat untuk Lim Kit Siang, Karpal Singh,
> Umno & BN
> > Date: Sun, 26 Dec 1999 20:31:01 -0800 (PST)
> > From: senyum simpul <[EMAIL PROTECTED]>
> > To: [EMAIL PROTECTED]
> >
> > 17 Ramadhan 1420 (25 Disember 1999) (SABTU)
> >
> > SURAT UNTUK LIM KIT SIANG DAN KARPAL SINGH
> >
> > Ketika terbaca nukilan Abu Dhomdhom, Harakah, 12
> > Ramadhan, saya rasa terpanggil untuk meluahkan
> > perasaan saya. Megapa takut kepada negara Islam?
> > Negara Islam bukan bermakna '‘potong tangan"
> > (sebagaimana yang cuba digambarkan oleh UMNO)
> tetapi
> > ianya adalah mengenai keADILan, kesaksamaan dan
> > kesejahteraan. Inilah yang akan menjadi dasar dan
> akan
> > dikecapi oleh rakyat dalam sistem Islam. Bukankah
> ini
> > perjuangan DAP? Lihat bagaimana anak-anak melayu
> dan
> > pakcik-pakcik yang bersarban mengibarkan bendera
> > roket. Mereka tidak bimbang dan menadah tangan
> sepuluh
> > menerima DAP. Lihat bagaimana anak-anak muda
> melayu
> > mengerumuni Lim Guan Eng atas dasar keADILan
> sekalipun
> > dia berbangsa cina. Berapa keratkah ahli-ahli DAP
> yang
> > sanggup mengibarkan bendera PAS?
> >
> > Sebagai pakar dan pengamal undang-undang sudah
> tentu
> > saudara-saudara berkeupayaan dan berkebolehan
> untuk
> > mengkaji dan memahami sistem Islam sebagaimana
> > saudara-saudara mendalami sistem sekular.
> Sekiranya
> > saudara-saudara menolak sistem Islam dan
> mengagungi
> > sistem sekularisme yang ada sekarang bermakna
> > saudara-saudara menerima dan akur kepada amalan
> > rasuah, ugutan, penindasan, salahguna kuasa,
> > penyelewangan dan kronisme dan nepotisme kerana
> ianya
> > ciptaan manusia yang boleh disalahgunakan dan
> > diubah-ubah mengikut nafsu. Sistem sekular
> mengamalkan
> > dasar "pecah dan perintah" atau "divide and rule
> > policy." Iaitu dengan mengasingkan ugama dari
> > pentadbiran pemerintahan. Kenapa? Kerana ianya
> cuba
> > menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh
> > kebanyakan agama seperti penyelewengan, penipuan,
> > rasuah, penindasan dan sebagainya dalam mengejar
> > kuasa. Sistem sekularisme hanya memperjuangkan
> hak-hak
> > berbentuk materialistik. Lihat bagaimana Richard
> > Nixon, Kurt Walheim, Marcos, Suharto, Hun Seng dan
> > lain-lain lagi memperkudakan sistem sekularisme!
> > Saudara perlu buktikan kepada semua di negara
> manakah
> > sistem sekularisme tidak pernah disalahgunakan dan
> > diperkudakan. Sistem ini sebenarnya ialah sistem
> > feudal dimana ‘yang kuat itu kudrat!" Dalam sistem
> ini
> > masalah moral atau akhlak adalah suatu perkara
> remeh
> > dan kekuasaan adalah matlamat yang agung.
> >
> > Saudara-saudara pasti tahu, sejak 1420 tahun Islam
> > bertapak di dunia, hanya lebihkurang 200 orang
> sahaja
> > yang telah dipotong tangan! Potong tangan bukanlah
> > semudah potong sayur! Islam mengutamakan keADILan
> dan
> > menentang kezaliman. Moral disebalik hukuman ini
> ialah
> > untuk memastikan rakyat hidup dalam keadaan yang
> > selamat dan tenteram dan juga untuk memastikan
> > penghapusan kemiskinan atau kepayahan yang akan
> > menyebabkan seseorang itu terpaksa mencuri! Lihat
> > bagaimana barang-barang dan wang boleh
> ditinggalkan
> > begitu sahaja di Arab Saudi dan Iran ketika
> > peniaga-peniaga atau tuan-tuan punya mengerjakan
> amal
> > ibadah. Bolehkan ianya berlaku di bawah sistem
> > sekular? Sudah tentu TIDAK. Cara hidup
> materialistik
> > pegangan sekular menggalakkan manusia mengejar
> > kekayaan yang melampaui batas. Hanya satu
> kesimpulan
> > dengan satu perkataan sahaja yang boleh dibuat
> > mengenai sistem sekular – TAMAK! Budaya ini
> memaksa
> > orang lain turut sama mengejar kemewahan sehingga
> > sanggup melakukan pecah amanah dan rasuah! Kita
> dapat
> > lihat dengan jelas pada hari ini bagaimana
> > pemimpin-pemimpin politik yang begitu gila
> mengejar
> > kekayaan tanpa mengenal erti cukup! Sedangkan apa
> yang
> > mereka miliki, samada secara halal atau tidak,
> sudah
> > cukup itu menanggung mereka sehingga kecucu cicit.
> Apa
> > yang mereka kejarkan itu adalah merupakan
> pembaziran
> > semata-mata. Perlukan seseorang itu memiliki
> > berbelas-belas buah kereta, berpuluh-puluh buah
> jam
> > Rolex, beratus-ratus pasang kasut, berpuluh-puluh
> ekar
> > kebun, beberapa orang wanita simpanan?
> >
> > Dalam sistem Islam tidak ada sistem pencukaian
> > konvensyenal yang membebankan rakyat seperti
> sekarang
> > – yang ada hanyalah sistem zakat yang amat ADIL!
> > Sistem zakat tidak langsung membebankan golongan
> > miskin atau susah dan ianya adalah berkesan untuk
> > mengelakkan pembaziran. Di zaman Saidina Umar r.a.
> dan
> > di Spain atau Andalusia, sistem zakat telah
> berjaya
> > menghapuskan kemiskinan – harta zakat tidak dapat
> > diagihkan kerana tidak ada rakyat yang susah
> ketika
> > itu. Spain atau Andalusia mencapai kemuncak
> > kegemilangannya ketika di bawah pemerintahan Islam
> dan
> > bukannya sekarang! Cuba buktikan bagaimana sistem
> > pencukaian konvensyenal yang berjaya menghapuskan
> > kemiskinan? (NOTA: Hanya satu sebab sahaja mengapa
> > Spain dan empayar-empayar Islam jatuh ke tangan
> > orang-oang yang kufur – mereka meninggalkan sistem
> > Islam samada dengan sukarela atau disebabkan oleh
> > khayalnya dengan pengaruh-pengaruh materialistik
> yang
> > begitu memberikan nikmat nafsu manusia!)
> >
> > Adakah saudara takut orang-orang bukan Islam akan
> > ditekan dan tidak dapat mengamalkan budaya dan
> agama
> > mereka? Lihat apa yang berlaku di Kelantan
> sepanjang
> 
=== message truncated ===

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://messenger.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Comb attt <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke