*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Dipetik dari [EMAIL PROTECTED]>>>
---------------------------------------------


To: <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: [sassian8488] Kes Murtad Hartina Kamruddin & Sengsara Ayahnya

Assalamualaikum kawan2, jikalau cerita ini tidak menyentuh hati kita untuk  berbuat 
sesuatu, saya tidak tahu cerita apakah yang boleh menginsafkan kita.   Tidak cukupkah 
Islam dihina sebegitu rupa di tanahair yg majoritinya Islam.  Sila contact pengirim 
pertama untuk mengetahui sumbernya.
==============================================

Writer: husin
Subject : Kes Hartina Kamarudin

Kes Hartina Kamarudin heboh diperkatakan sekitar awal tahun 1996 lagi. Bagi mengetahui 
hal sebenar ,  pihak majalah Muslimah sempat menemui bapanya, Encik  Kamaruddin Abdul 
Karim , abang sepupunya En Borhan Abd. Aziz dan  adiknya Syukur Yazit Kamaruddin yang 
sudi menceritakan rentetan  peristiwa  tersebut. Malangnya ibunya, Puan Kalsom Ghani 
tidak mahu ditemubual  atas  sebab peribadi .Berikut adalah penjelasan En. Kamaruddin 
yang sudah  terlalu  banyak menempuh dugaan dan ujian dalam memastikan anaknya Hartina 
dapat  dikembalikan kepada Islam.

Hartina dilahirkan pada 15 Mac 1974 di Kampar Perak. Beliau mendapat  pendidikan awal 
pada peringkat rendah dan menengah di Anglo Chinese  School  (A.C.S), Kampar. Hartina 
merupakan anak kedua daripada empat  beradik.Yang  pertama meninggal ketika berusia 15 
hari ,kedua Hartina , ketiga  Azliza  (17  tahun) dan keempat Syukur Yazit (16 tahun). 
Dari segi kasih sayang,  tidak  dinafikan Hartina mendapat sepenuh perhatian, mungkin 
ini salah satu  dari  kesilapan yang telah kami lakukan. Perbezaan antara Hartina dan 
adiknya  agak  jauh iaitu kira-kira enam tahun. Dia amat manja, maklumlah bagi 
pasangan  seperti kami yang telah merasai kehilangan anak sulung semasa dalam  pantang 
 memang menyedihkan. 

Bayangkan bagaimana perasaan kami setelah  kehilangan  anak, mendapat penggantinya 
setahun kemudian. Kehadiran Hartina  mengubah  hidup kami, kasih kami tertumpah 
kepadanya ibarat kata pepatah "bagai  menatang minyak yang  penuh". Di sebabkan 
sewaktu itu hanya dia  seorang  anak  kami , segala permintaannya kami penuhi. Setelah 
tamat sekolah, dia  mengikuti kursus komputer di Kampar. Tidak lama kemudian dia 
mendapat  pekerjaan di Hock Hua Bank Jalan Klang Lama Kuala Lumpur.

Pada tahun 1993 dia bertukar ke MayBank, juga terletak di Jalan Klang  Lama.  Inilah 
kali pertama kami berjauhan dengannya. Untuk kemudahannya saya  telah  membelikan 
sebuah rumah untuknya yang terletak di Sri Sentosa. Dia  tinggal  bersama 
rakan-rakannya di rumah itu. Bermula dari situ perhubungan  keluarga
kami mula renggang kerana kami sudah tinggal  berasingan. Walaupun  begitu  kami 
sering menziarahinya di Kuala Lumpur. 

Segalanya bermula pada 26 Mac 1996. Saya bersama isteri pergi  kerumahnya  di  Kuala 
Lumpur kerana kebiasaannya pada 15 Mac setiap tahun kami  menyambut  hari lahirnya. 
Pada tahun tersebut (1996) dia kata tidak dapat balik  kampung. Di sebabkan pada 
tarikh itu saya ada menerima tempahan sate  (En.Kamaruddin berniaga sate di Pekan 
Kampar, Perak) , jadi kami tidak  dapat  pergi ke rumahnya pada tarikh itu. Kami pergi 
dua minggu selepas itu  iaitu  pada 26 Mac 1996. Setibanya di rumahnya, kami dapati 
rumahnya  berkunci,  telahan saya mungkin dia belum pulang dari kerja. Kebetulan saya  
memang  Ada   kunci spare, saya membuka pintu dan masuk ke dalam rumah. Lebih kurang  
jam  6.00 petang. Dia pulang bersama seorang lelak India. Dia terkejut  melihat  
kedatangan kami dan saya sendiri terkejut kerana tidak menyangka dia  pulang  bersama 
seorang lelaki. Memang sebelum ini ramai yang ingin masuk  meminang  dan dia 
menyatakan yang  dia telah ada seorang kawan, saya kata kalau  ada  kaw!
!
an lebih elok terus datang meminang. Setelah melihat keadaannya,  baru  terlintas di 
fikiran saya kawan yang  dimaksudkan ialah lelaki India  tersebut. Walaupun kami 
datang setiap bulan ,kami tidak dapat menghidu langsung pergerakannya dan dia sendiri 
menyembunyikannya dari  pengetahuan  kami. 

Melihat keadaannya , saya menyoal Hartina "Siapa yang kamu bawa ini?"  Baru  kami tahu 
hal sebenarnya, yang lelaki India itulah teman lelakinya .  Sebaik  saja kami bertanya 
Rajeswaran (lelaki India tersebut) bila dia ingin  memeluk  Islam jika benar-benar 
inginkan Hartina, Hartina terus menunjukkan  surat-surat di antaranya surat sumpah 
bertarikh 1 September 1995 yang  mengatakakan bahawa dirinya tidak  mempraktikkan 
agama Islam lagi,  telah  menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran dan surat 
pendaftaran  perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996 . Saya mempertikaikan surat  
sumpah  tersebut kerana bagaimana mereka (pihak berkuasa) boleh mengesahkan  apa  saja 
 kenyataan pemohon tanpa meneliti terlebih dahulu.

Berdasarkan surat sumpah melalui peguamnya yang menyatakan dia tidak  mempraktikkan 
ajaran Islam, ternyata pembohongan semata-mata.  Sepanjang  zaman tempoh dia tinggal 
bersama kami dia telah dididik dengan ajaran  Islam,  sepanjang zaman persekolahannya 
saya tidak pernah mendengar apa-apa  mengenai
Hartina tidak mempraktikkan Islam walaupun daripada kawan-kawannya  sendiri.  Setelah 
berlaku perkara ini barulah saya tahu rupa-rupanya lelaki  India  itu  bersekolah di 
sekolah yang sama dengan Hartina dan tinggal di Mambang  di Awan, Kampar. Memanglah di 
sekolah Hartina ramai kawan lelaki tetapi  saya
tidak pernah mengesyaki apa-apa, maklumlah zaman sekolah memang banyak  bergaul dengan 
rakan lelaki. Kami juga baru tahu si lelaki  itu bekerja  di  Public Bank di Jalan 
Kelang Lama. Ini bermakna sudah lama mereka  berkawan  yang hairannya kami tidak dapat 
menghidu langsung perhubungan mereka.

Bermakna sepanjang tempoh berulang dari Kuala Lumpur ke Kampar setiap  bulan  pun kami 
tak dapat hidu. Sedangkan pada hari Raya Puasa tahun 1996 iaitu  pada 21 Feb 1996 
Hartina balik kampung dan kami sekeluarga bersembahyang  bersama-sama. Bermakna ketika 
itu dia telah berkawan dengan lelaki  India  itu dan telah menukar nama dan agamanya, 
bagaimana kami tidak mengetahuinya  langsung?.

Pada hari itu (26 Mac 1996) selepas bertembung dengan mereka pada 6.00  petang, kami 
telah berbincang mengenai kedudukan mereka sehingga 10.30  malam. Keadaan menjadi 
tegang kerana si lelaki tetap  dengan  keputusannya  untuk tidak menukar agamanya dan 
mengatakan Hartina telah menjadi  isterinya. Dia mula memegang hand-phone sambil 
mendail nombor. Tidak lama  kemudian  seorang demi seorang kawan-kawannya tiba di 
rumah itu . Mereka sudah  ramai  sedangkan saya hanya bersama isteri. Yang 
menghairankan saya Hartina  ketika  itu membisu sahaja. Semasa itu saya yakin Hartina  
masih Islam tetapi  telah  dipaksa membuat surat sumpah yang mengatakan dia tidak 
mempraktikkan  lagi  agama Islam. 

Berhubung dengan itu mereka (pihak lelaki) telah menukar  namanya dari Hartina kepada 
Nivashiny Rajeswaran.  Dalam peraturan  perkahwinan India , seseorang yang masih 
bernama Islam tidak boleh Berkahwin  dengan lelaki India. Oleh sebab itu Hartina 
menukar namanya terlebih  dahulu  kemudian baru membuat pendaftaran perkahwinan. Saya 
yang tidak dapat  pergi  ke Kuala Lumpur pada 15 Mac 1996 untuk menyambut hari jadi 
Hartina dan  telah  pergi pada 2 haribulan sedangkan pendaftaran perkahwinan telah di 
buat  pada  24 Mac 1996 ini bermakna saya telah terlewat dua hari. Bermakna hak  
Hartina  sebagai anak sudah tiada kerana dia telah menjadi isteri orang.

Bila  orangnya sudah ramai di rumah tersebut ,baru  lelaki itu berani  menunjukkan  
segala dokumen-dokumennya. Bila ditunjukkan kepada saya, saya  terkejut,  jantung saya 
berdegup. Saya sebelum ini memang ada penyakit jantung.  Ditambah dengan kejadian hari 
itu saya benar-benar terkejut. Saya  bersama  isteri berpandangan sendiri. Apa yang 
boleh kami lakukan sedangkan  kami  hanya berdua sahaja.

Saya mencadangkan kepada isteri saya agar kami membuat laporan polis.Kami  terus ke 
balai polis berhampiran iaitu di Petaling Jaya. Laporan itu tidak  diterima kerana 
polis  mengatakan yang perkahwinan mereka sah. Yang  menyedihkan polis itu juga orang 
Melayu dan urusan pendaftaran  perkahwinan  dan tukar nama sebelum ini semua 
dikendalikan oleh orang Melayu. Jadi  saya  kata, kepada siapa saya dapat mengadu ?. 
Mereka menyuruh saya membuat  laporan ke Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) mengatakan 
anak saya  telah dilarikan. Jadi pada 27 Mac 1996 (sehari selepas itu) saya membuat  
laporan polis. Selepas membuat laporan polis ,saya dan isteri pulang ke rumah  ,kami  
tunggu Hartina dan lelaki India itu tetapi mereka tidak pulang ke  rumah  pada  malam 
itu. Selepas itu saya membuat aduan di pejabat Agama Wilayah  Persekutuan tetapi tiada 
sebarang tindakan yang diambil.

Inilah yang mengecewakan saya kerana awal-awal lagi saya telah menemui pegawai 
Pendaftaran yang bertanggungjawab menukarkan nama anak saya, saya kata kepadanya " 
Tuan sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu kepada saya sebab di dalam kad 
pengenalannya tecatat alamat saya ,kenapa Tuan tidak memaklumkan kepada saya?. " 

Dia kata yang pihaknya telah memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Wilayah . Bila 
saya semak di JAWI, pegawai di JAWI berkata mereka tidak  menerima apa-apa laporan 
daripada Jabatan Pendaftaran. Bermakna dalam tempoh yang singkat saya telah 
berulang-alik kesana kemari tanpa sebarang tindakan Yang diambil ke atas Hartina 
mahupun lelaki India itu. Selepas kejadian itu mereka langsung tidak pulang ke rumah 
di Sri Sentosa itu.

Saya cuba mencari seorang rakan si lelaki itu yang turut sama berada pada malam 26 Mac 
itu. Lelaki itu bekerja di Pizza Hut, Subang Jaya. Saya meminta bantuan polis 
mencarinya untuk mengetahui di mana Hartina dan teman lelakinya tinggal. Lelaki yang  
bekerja di Pizza Hut itu mahu  bekerjasama dengan polis dan telah menunjukkan tempat 
tinggal Hartina iaitu di Jalan Kelang Lama. Polis berjaya menangkap mereka. Keadaan 
Hartina tetap seperti dahulu, langsung tidak mahu bercakap dengan saya. Ketika itu 
saya sudah mahu bertindak tetapi apabila memikirkan orang sebelah pihak lelaki India 
itu ramai, saya membatalkan niat saya.

Saya hairan kenapa Hartina  langsung tidak mempunyai perasaan lagi pada ibu bapanya. 
Saya hairan perangainya benar-benar berubah. Jika pada saya dia tidak sayang tidak 
mengapa tetapi bagaimana dengan ibu yang telah  mengandungkannya? Selepas itu saya 
telah membawa Hartina ke Pulau Pinang dan tinggal bersama saudara-mara. Sedar-sedar  
dia  telah tiada. Adik saya di Perak telah  menelefon saya mengatakan pihak lelaki 
akan mengadakan majlis makan malam bagi meraikan perkahwinan  mereka
di sebuah dewan di Perak. 

Pihak lelaki telah mengedarkan kad jemputan kahwin kepada kaum India. Sebaik sahaja 
mendapat berita itu, saya terus sahaja bertolak ke Perak. Setibanya saya di Perak, 
saya terus membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Perak dengan mengatakan pada 15 hb 
April 1996 pihak lelaki India   itu akan mengadakan majlis makan malam. Pada 14 April, 
kira-kira pukul 12.00 tengah malam, Jabatan Agama Islam Perak membuat serbuan dan 
berjaya menangkap Hartina dan menahannya di Balai Polis Ipoh. Keesokannya Hartina 
dibawa ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan perintah reman selama seminggu. Sebelum 
sampai tempoh seminggu saya mendapat panggilan telefon dari Jabatan Agama Islam Perak 
yang mereka ingin menyerahkan Hartina kepada saya.

Atas faktor keselamatan saya telah menyerahkan Hartina kepada kawan adik ipar saya 
yang berada di Kelantan. Jadi pada 20 April 1996 dengan  bantuan Jabatan Agama Islam 
Perak, kami berjaya membawa Hartina ke Kelantan. Kami menetap di sana sehingga 1 Mei 
1996. Semasa kami di sana , saya diberitahu bahawa pihak lelaki telah menyaman Jabatan 
Agama Islam Perak kerana telah memalukan mereka di atas pembatalan majlis perkahwinan 
mereka. Pegawai Jabatan Agama Islam Perak meminta kami membuat surat sumpah daripada 
Hartina . Pada 31 April , kami terus membawa Hartina ke Pejabat Agama Islam Kelantan. 
Di sana Hartina telah mengaku masih beragama Islam dan kembali mengucap dua kalimah 
syahadah di hadapan tuan Kadi. Tuan Kadi telah mengeluarkan satu surat pengesahan 
mengatakan bahawa Hartina telah memeluk agama Islam kembali. Surat itu kami hantar ke 
Kuala Lumpur. Bermakna Kami telah menang atas tuduhan mencolek Hartina. 

Rupa-rupanya ia tidak  berhenti  setakat itu. Selepas itu sampai lagi satu surat saman 
malu daripada si lelaki. Di dalam surat itu mereka menuntut  gantirugi sebanyak 30 
juta daripada Kerajaan Negeri Perak, Polis, Majlis Agama Islam Perak dan  Jabatan 
Agama Islam Perak atas dakwaan memalukan mereka pada majlis makan  malam meraikan 
perkahwinan mereka. Ini bermakna mereka tidak berpuas hati  dan  terus mencari alasan 
untuk merampas Hartina daripada kami. 

Dari Kelantan saya terus kembali ke Pejabat Pendaftaran Petaling Jaya  untuk  proses 
penukaran kembali nama kepada Hartina di atas persetujuannya.  Setelah  segala- 
galanya selesai, pada 1 Mei 1996 kami sekeluarga telah  membawanya  ke  Pulau Pinang. 
Di Pulau Pinang keadaan Hartina seperti biasa, dia tetap  bergaul dengan saudara mara 
seperti biasa. Tiba-tiba di sana kami  menerima  sepucuk lagi surat saman daripada si 
lelaki mengatakan kami telah  menculik  isterinya. Saya membawa Hartina ke Mahkamah 
Pulau Pinang dan peguam di  sana  telah mengatakan surat itu adalah afidavit tertuduh 
jadi kami  memerlukan seorang peguam dan satu jawapan bertulis. Pada 9 Mei 1996 saya 
bersama  anak saudara saya (Borhan) telah pergi ke Kuala Lumpur untuk  mendapatkan  
peguam. Saya berjaya mendapat seorang peguam dan saya menetap di Batu  Caves  untuk 
menguruskannya. 

Tiba-tiba saya mendapat berita dari Pulau Pinang  yang  mengatakan Hartina telah 
tiada. Saya terus mengesannya di Pulau Pinang  tetapi tidak berjumpa .Kemudian saya 
terus ke Shah Alam dan bertemu  dengan  polis yang mengendalikan kesnya. Pegawai polis 
tersebut mengatakan  bahawa  dia ada menerima laporan daripada Hartina yang mengatakan 
dia keluar  daripada rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang secara sukarela .Saya  
tidak  boleh berbuat apa-apa . Ketika itu tidak dapat dinyatakan bagaimana  perasaan 
saya, bayangkanlah dalam tempoh yang singkat dan badan yang  sudah  uzur,  saya 
terpaksa melalui segalanya seorang diri. Saya tinggalkan rumah  dan  perniagaan saya 
berbulan-bulan. Saya asyik berulang alik sahaja ke  Kelantan,  Pulau Pinang, Kuala 
Lumpur dan Shah Alam. Walaubagaimana banyak Laporan  yang  saya lakukan , tiada 
langsung tindakan susulan diambil untuk mengesan  Hartina dan lelaki India itu oleh 
pihak berkuasa. Alasan mereka,  mereka  tidak tahu di mana anak saya dan !
!
  lelaki itu berada.

Akhirnya saya mengupah seorang kawan saya untuk mengintip mereka .  Empat  minggu 
kawan saya mencari, minggu keempat baru jumpa. Kawan saya itu  memerlukan masa yang 
agak lama kerana dia menguruskannya seorang diri ,  tambahan pula dia bekerja di  
waktu siang. Menurut rakan saya ini,  Hartina  dan lelaki India itu menetap di Taman 
Medan, Jalan Klang Lama. Apabila  saya  mendapat tahu saya terus ke Balai Polis Shah 
Alam dan mengadu ke  bahagian  Penguatkuasa. Saya amat tidak berpuashati kerana polis 
tidak mahu  bertindak. 

Seterusnya saya ke pejabat Kemajuan Islam (JAKIM). Pusat Islam. mereka menyuruh saya 
membuat satu laporan baru. Menerusi laporan yang saya  buat,  saya mengatakan yang 
pihak si lelaki telah menggugat akidah anak saya.  Mereka telah menetapkan 5 September 
1996 sebagai tarikh untuk menyerbu  rumah itu. Pada 5 Sept 1996 kira-kira jam 11.00 
pagi saya bersama seorang  pegawai Pusat Islam, dua orang  Pegawai Polis dan seorang 
Penguatkuasa JAIS telah pergi ke rumah tersebut. Kami meminta kebenaran masuk, setelah 
masuk, kami meminta mereka memberi keterangan diri pula. Bila mendapat keterangan 
diri, baru saya mendapat tahu Hartina telah menukar kembali namanya kepada nama 
Hindunya. Pada 31 September 1995 dia menukar   namanya kepada nama Hindu buat pertama 
kali , pada 30 April 1996 saya menukarkan pula nama Hindunya kepada nama Islamnya dan 
pada 27 Mei 1996 dia menukarkan namanya kembali kenama Hindu . Bermakna semasa dia 
keluar dari rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang pada 9 Mei 19!
!
96 hanya pada 27 Mei 1996 dia menukar kembali namanya ke nama Hindunya. Ini bermakna 
proses pertukaran nama hanya dalam masa dua minggu sahaja.

Sebelum daripada itu saya ada menalipon pegawai pendaftaran yang bertugas di bahagian 
menukar nama dan memberi ingatan kepadanya agar jika ada percubaan dari pihak Hartina 
dan teman lelaki Indianya itu ingin menukarkan nama Hartina kembali, cuba lengahkan. 
Saya sentiasa berhubung dengan pegawai ini tetapi hasilnya tetap  mengecewakan. Hal 
yang saya tidak ingini tetap berlaku. Bermakna jika proses  pertukaran tidak berlaku 
tentu kami akan menang kes ini. Tindakan Hartina dan teman lelaki Indianya lebih 
cepat, ini bukan bermakna saya tidak bertindak , saya telah melakukan dengan sedaya 
upaya saya , tetapi seperti apa yang saya nyatakan awal-awal  tadi, saya melakukannya 
seorang diri dan pihak berwajib tidak memberikan sepenuh kerjasama kepada saya 
sekeluarga. Kejadian serbuan 5 September 1996 itu benar-benar mencabar kewibawaan 
saya. Ketika Pegawai Penguatkuasa itu berkata "Kami tak boleh berbuat apa-apa", saya 
terus naik ke tingkat atas, dalam masa saya naik, si lelaki membawa !
!
Hartina masuk ke bilik dan menguncinya dari dalam

Kemudian lelaki itu berdiri di hadapan pintu sambil mencekak pinggang. Tujuan saya 
naik ketika itu adalah untuk memujuk Hartina, tetapi lelaki India terlebih dahulu 
telah membawa Hartina masuk ke dalam bilik. Saya bersuara dengan lembut untuk memujuk 
lelaki itu supaya memeluk Islam dan selepas itu dia boleh  mengambil anak saya sebagai 
isteri dan saya boleh memberikan rumah saya di Seri Sentosa itu kepada mereka. Itulah 
perkataan yang saya ulang beberapa kali , tetapi lelaki India itu diam sahaja.Tidak 
lama kemudian dia bersuara dalam bahasa Tamil dengan perkataan yang sungguh kesat dan 
kurang bersopan. Katanya: "kalau hendak mengadu, mengadulah, apa kerajaan Malaysia 
boleh tolong kamu?" Sambil itu dia  mengutuk Islam dengan kata-kata yang lucah.

Ketika itu saya tahu bukan  seorang sahaja yang terlibat, tetapi mungin ada dalang di 
belakangnya. Ketika dia menghina Islam, saya tidak dapat menahan perasaan, kesabaran 
saya tercabar. Hati saya benar- benar panas, saya  mengeluarkan pisau lipat dari poket 
seluar dan saya tidak sedar yang pisau itu saya  gunakan untuk mengelar lehernya. Saya 
juga tidak menghiraukan polis yang ada di belakang saya yang ketika itu sedang 
menghubungi ketuanya untuk mendapatkan kebenaran pecah pintu untuk membawa Hartina ke 
balai. Polis itu terkejut dan segera menahan darah yang memancut keluar dari leher 
Rajeswaran dan membawanya turun ke bawah.

Berikutan peristiwa itu saya telah ditahan sehingga 16 Sept 1996 dengan jaminan 
RM3000.00. Setelah dibebaskan, sepanjang bulan September saya tidak  ke mana-mana lagi 
, hanya duduk di rumah sahaja. Pada 1 Oktober 1996 saya mula berniaga. Kegiatan saya 
selepas itu hanya berniaga dan duduk di rumah sahaja. Kebetulan pada 1 Disember 1996 
Hartina dan Rajeswaran datang bersama dengan rombongannya dan minum  betul-betul di 
hadapan tempat saya berniaga. Apa niat sebenar mereka ?. Saya mula berniaga jam 6.00 
petang dan saya ditemani anak bongsu saya Syukur Yazit yang ketika itu berumur 14 tahun
 
Semasa saya baru mengeluarkan barang perniagaan sate saya, lebih kurang empat atau 
lima meter di  hadapan saya, saya nampak mereka semua sedang minum. Saya meletakkan 
barangan sate saya dan cuba pergi kearahnya  (Hartina). Tujuan   saya adalah untuk 
bersembang dan memujuknya sekali lagi. Mana tahu jika hatinya terbuka untuk kembali 
semula kepada Islam. Seelok sahaja saya sampai , Hartina bangun ,  seorang demi 
seorang kawan-kawannya bangun. Saya tahu mereka bersedia untuk menyerang saya, saya 
Berpatah semula ke gerai saya untuk mengambil parang untuk mempertahankan diri. Tanpa 
saya sedari di belakang saya orangnya sudah menunggu . Lelaki yang bertubuh besar itu 
menendang saya dari arah  belakang. Saya yang sememangnya ada penyakit jantung dan 
sakit belakang tidak mampu melawan. Saya jatuh tersungkur. 

Selepas itu kawan-kawannya yang lain datang meluru ke arah saya, ada yang menendang, 
memijak , menumbuk dan bermacam-macam lagi mereka buat pada saya.  Ada juga yang 
melemparkan batu ke arah saya. Akhirnya saya pengsan kerana tiada   tenaga untuk 
melawan. Apabila saya tersedar saya dapati, saya berada di Hospital Kampar. Dari 
Hospital  Kampar saya dihantar ke Hospital Ipoh. Semasa di hospital saya nampak ada 
seorang  polis menuju ke arah saya. Saya ingatkan polis mengawal saya , tetapi rupa- 
rupanya mereka menjaga saya agar tidak melarikan diri kerana saya disabit melakukan 
jenayah di atas aduan Hartina yang mengatakan saya menyerang mereka. Saya menyoal 
polis itu:  "Apakah hanya untuk minum petang sanggup datang dari Kuala Lumpur 
semata-mata untuk minum di situ?" 

Berdasarkan lapuran polis yang dibuat oleh Hartina itu, keluar saja dari wad saya 
terus dibawa ke balai dan ditahan di dalam lokap selama lapan hari. Bayangkanlah dari 
wad saya terus ke balai tanpa pulang ke rumah dahulu. Bila saya  masuk lokap, saya 
lihat Yazit sudah ditahan. Dia dimasukkan dua hari sebelum saya ditahan. Baru saya 
tahu rupa-rupanya semasa saya diserang, Yazit telah bertindak  mengambil parang dan 
membelasah orang-orang Rajeswaran. Itulah kasih anak, dalam usia 14 tahun sanggup 
menggunakan senjata tajam semata-mata untuk mempertahankan bapa. (En.Kamaruddin 
terhenti seketika sambil menyapu airmata) . Selepas sembilan hari kami dibebaskan 
dengan jaminan RM2000.00 seorang. Selepas itu saya hanya berehat sahaja dirumah kerana 
badan saya masih terasa sakitnya. Walaupun saya  berehat di rumah, saya terus 
berhubung dengan peguam saya untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan Hartina 
dan Rajeswaran.

Setelah empat bulan berehat, saya mendapat surat dari Mahkamah yang telah menetapkan 4 
Mei 1998 sebagai tarikh perbicaraan pertama dijalankan. Rajeswaran  adalah saksi 
ketiga. Selepas dua minggu daripada tarikh perbicaraan itu, iaitu pada 20  Mei 1998 
pada sebelah pagi, Rajeswaran terkena dua das tembakan. Maknanya sejak dari Mac 1996 
Rajeswaran tidak kena apa- apa tembakan pun, tiba-tiba pada 20 Mei iaitu  selepas 
tarikh  perbicaraan dia terkena tembakan. Berdasarkan atas apa yang mereka lapor 
sebelum ini ada mengatakan jika ada apa-apa terjadi ke atasnya, orang pertama  yang 
disyakki adalah saya. Berikutan dengan itu saya telah ditahan sekali lagi di Balai 
Polis Kampar selama tiga jam pada 20 Mei 1998.

Saya diheret bersama Yazit yang turut juga disyakki. Yang menghairankan ialah Yazit 
turut dituduh terlibat sedangkan ketika itu  usianya baru 16 tahun. Jika benar saya 
melakukan, takkanlah budak seusia Yazit yang akan saya babitkan bersama. Kami berdua 
digari.

Polis yang menggari kami juga terkejut melihat saya. Sebenarnya sebelum kejadian itu 
polis telah berjumpa dengan saya, memberi nasihat agar tidak lagi melakukan kekecohan 
dan menasihati saya agar melakukan solat hajat dan berdoa. Saya ikut nasihatnya, 
tambahan pula saya baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang. Takkanlah saya  
tergamak melakukan perkara merbahaya itu? Tetapi saya tidak berkuasa, saya hanya 
menurut perintah dan arahan pihak polis. 

Kami telah disoal, Yazit telah dipaksa mengaku bahawa kami yang merancang kejadian 
tembakan itu. Selepas seminggu Yazit dibebaskan,   saya masih ditahan selama dua 
minggu. Segala akuan saya disiasat. Mereka bertanya saya telah mengupah siapa dan 
berapa yang saya bayar untuk mengupah penjenayah itu.  Saya tetap tidak mengaku kerana 
saya tidak tahu apa-apa.

Mereka memukul Yazit  dengan tujuan supaya saya mengaku setelah melihat Yazit diseksa 
dengan teruk. Akhirnya Yazit terpaksa berbohong dan mengaku ada melakukannya kerana 
sudah tidak tahan dipukul dengan teruk. Saya katakan kepada polis, apabila keadaan 
semakin teruk, segala yang benar menjadi palsu dan pekara palsu menjadi benar. Saya 
tetap tidak mengaku sehingga polis menangguhkan kes saya untuk di bicarakan. Selepas 
dua minggu saya di bebaskan, sehingga kini ia masih dalam kes.

Itulah serba sedikit kejadian dan rentetan peristiwa yang dialami oleh kami 
sekeluarga. Bukan tujuan saya untuk membuka aib sendiri, bahkan ianya lebih bertujuan 
sebagai pengajaran dan panduan kepada orang lain. Apa yang saya harapkan agar tidak 
ada lagi  Hartina kedua selepas kejadian yang menimpa Hartina, anak saya itu. Sebelum 
tidur macam-macam perkara yang saya fikirkan. Adakalanya timbul persoalan, kenapa 
begitu kuat ujian yang saya  perlu tempuhi?. Kenapa saya yang melalui segala ini? 
Apabila teringatkan terjemahan ayat dari surah An'am ayat 125 saya beristighfar. Ayat 
yang  bermaksud. "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya dan 
sesiapa yang tidak dikehendakki, maka akan disempitkanNya". Apabila sesuatu perkara  
telah menimpa ke atas kita, kita harus menerimanya sebagai salah satu daripada rukun  
Iman. Qada dan Qadar dari Allah, itu adalah kehendak Allah. Itulah caranya saya  
memujuk hati saya.

Harapan saya sekarang ialah agar Hartina kembali kepada Islam. Dunia ini luas, 
duduklah di mana-mana asalkan dalam agama Islam. Tidak perlulah dia kembali kepada 
kami. Bukan kami tidak memaafkannya, tetapi cukuplah penderitaan dan penyiksaan yang 
kami lalui atas perbuatannya itu.

 Sekian.



Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Imam B" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke