*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kenapa rakyat malaysia ( islam pulak tu,) tak dapat hak yang sepatutnya.apa
dah jadi pada undang-undang negara islam.
ini dah melampau, kepada yang mempunyai kuasa atau berkenaanya.. bantulah
sesama kita

wassalam

> -----Original Message-----
> From: Imam B [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
> Sent: Wednesday, December 29, 1999 10:07 AM
> To:   [EMAIL PROTECTED]
> Subject:      H-Net* Kisah pilu seorang ayah...
> 
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> 
> Dipetik dari [EMAIL PROTECTED]>>>
> ---------------------------------------------
> 
> 
> To: <[EMAIL PROTECTED]>
> Subject: [sassian8488] Kes Murtad Hartina Kamruddin & Sengsara Ayahnya
> 
> Assalamualaikum kawan2, jikalau cerita ini tidak menyentuh hati kita untuk
> berbuat sesuatu, saya tidak tahu cerita apakah yang boleh menginsafkan
> kita.   Tidak cukupkah Islam dihina sebegitu rupa di tanahair yg
> majoritinya Islam.  Sila contact pengirim pertama untuk mengetahui
> sumbernya.
> ==============================================
> 
> Writer: husin
> Subject : Kes Hartina Kamarudin
> 
> Kes Hartina Kamarudin heboh diperkatakan sekitar awal tahun 1996 lagi.
> Bagi mengetahui hal sebenar ,  pihak majalah Muslimah sempat menemui
> bapanya, Encik  Kamaruddin Abdul Karim , abang sepupunya En Borhan Abd.
> Aziz dan  adiknya Syukur Yazit Kamaruddin yang sudi menceritakan rentetan
> peristiwa  tersebut. Malangnya ibunya, Puan Kalsom Ghani tidak mahu
> ditemubual  atas  sebab peribadi .Berikut adalah penjelasan En. Kamaruddin
> yang sudah  terlalu  banyak menempuh dugaan dan ujian dalam memastikan
> anaknya Hartina dapat  dikembalikan kepada Islam.
> 
> Hartina dilahirkan pada 15 Mac 1974 di Kampar Perak. Beliau mendapat
> pendidikan awal pada peringkat rendah dan menengah di Anglo Chinese
> School  (A.C.S), Kampar. Hartina merupakan anak kedua daripada empat
> beradik.Yang  pertama meninggal ketika berusia 15 hari ,kedua Hartina ,
> ketiga  Azliza  (17  tahun) dan keempat Syukur Yazit (16 tahun). Dari segi
> kasih sayang,  tidak  dinafikan Hartina mendapat sepenuh perhatian,
> mungkin ini salah satu  dari  kesilapan yang telah kami lakukan. Perbezaan
> antara Hartina dan adiknya  agak  jauh iaitu kira-kira enam tahun. Dia
> amat manja, maklumlah bagi pasangan  seperti kami yang telah merasai
> kehilangan anak sulung semasa dalam  pantang  memang menyedihkan. 
> 
> Bayangkan bagaimana perasaan kami setelah  kehilangan  anak, mendapat
> penggantinya setahun kemudian. Kehadiran Hartina  mengubah  hidup kami,
> kasih kami tertumpah kepadanya ibarat kata pepatah "bagai  menatang minyak
> yang  penuh". Di sebabkan sewaktu itu hanya dia  seorang  anak  kami ,
> segala permintaannya kami penuhi. Setelah tamat sekolah, dia  mengikuti
> kursus komputer di Kampar. Tidak lama kemudian dia mendapat  pekerjaan di
> Hock Hua Bank Jalan Klang Lama Kuala Lumpur.
> 
> Pada tahun 1993 dia bertukar ke MayBank, juga terletak di Jalan Klang
> Lama.  Inilah kali pertama kami berjauhan dengannya. Untuk kemudahannya
> saya  telah  membelikan sebuah rumah untuknya yang terletak di Sri
> Sentosa. Dia  tinggal  bersama rakan-rakannya di rumah itu. Bermula dari
> situ perhubungan  keluarga
> kami mula renggang kerana kami sudah tinggal  berasingan. Walaupun  begitu
> kami sering menziarahinya di Kuala Lumpur. 
> 
> Segalanya bermula pada 26 Mac 1996. Saya bersama isteri pergi  kerumahnya
> di  Kuala Lumpur kerana kebiasaannya pada 15 Mac setiap tahun kami
> menyambut  hari lahirnya. Pada tahun tersebut (1996) dia kata tidak dapat
> balik  kampung. Di sebabkan pada tarikh itu saya ada menerima tempahan
> sate  (En.Kamaruddin berniaga sate di Pekan Kampar, Perak) , jadi kami
> tidak  dapat  pergi ke rumahnya pada tarikh itu. Kami pergi dua minggu
> selepas itu  iaitu  pada 26 Mac 1996. Setibanya di rumahnya, kami dapati
> rumahnya  berkunci,  telahan saya mungkin dia belum pulang dari kerja.
> Kebetulan saya  memang  Ada   kunci spare, saya membuka pintu dan masuk ke
> dalam rumah. Lebih kurang  jam  6.00 petang. Dia pulang bersama seorang
> lelak India. Dia terkejut  melihat  kedatangan kami dan saya sendiri
> terkejut kerana tidak menyangka dia  pulang  bersama seorang lelaki.
> Memang sebelum ini ramai yang ingin masuk  meminang  dan dia menyatakan
> yang  dia telah ada seorang kawan, saya kata kalau  ada  kaw!
> an lebih elok terus datang meminang. Setelah melihat keadaannya,  baru
> terlintas di fikiran saya kawan yang  dimaksudkan ialah lelaki India
> tersebut. Walaupun kami datang setiap bulan ,kami tidak dapat menghidu
> langsung pergerakannya dan dia sendiri menyembunyikannya dari  pengetahuan
> kami. 
> 
> Melihat keadaannya , saya menyoal Hartina "Siapa yang kamu bawa ini?"
> Baru  kami tahu hal sebenarnya, yang lelaki India itulah teman lelakinya .
> Sebaik  saja kami bertanya Rajeswaran (lelaki India tersebut) bila dia
> ingin  memeluk  Islam jika benar-benar inginkan Hartina, Hartina terus
> menunjukkan  surat-surat di antaranya surat sumpah bertarikh 1 September
> 1995 yang  mengatakakan bahawa dirinya tidak  mempraktikkan agama Islam
> lagi,  telah  menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran dan surat
> pendaftaran  perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996 . Saya
> mempertikaikan surat  sumpah  tersebut kerana bagaimana mereka (pihak
> berkuasa) boleh mengesahkan  apa  saja  kenyataan pemohon tanpa meneliti
> terlebih dahulu.
> 
> Berdasarkan surat sumpah melalui peguamnya yang menyatakan dia tidak
> mempraktikkan ajaran Islam, ternyata pembohongan semata-mata.  Sepanjang
> zaman tempoh dia tinggal bersama kami dia telah dididik dengan ajaran
> Islam,  sepanjang zaman persekolahannya saya tidak pernah mendengar
> apa-apa  mengenai
> Hartina tidak mempraktikkan Islam walaupun daripada kawan-kawannya
> sendiri.  Setelah berlaku perkara ini barulah saya tahu rupa-rupanya
> lelaki  India  itu  bersekolah di sekolah yang sama dengan Hartina dan
> tinggal di Mambang  di Awan, Kampar. Memanglah di sekolah Hartina ramai
> kawan lelaki tetapi  saya
> tidak pernah mengesyaki apa-apa, maklumlah zaman sekolah memang banyak
> bergaul dengan rakan lelaki. Kami juga baru tahu si lelaki  itu bekerja
> di  Public Bank di Jalan Kelang Lama. Ini bermakna sudah lama mereka
> berkawan  yang hairannya kami tidak dapat menghidu langsung perhubungan
> mereka.
> 
> Bermakna sepanjang tempoh berulang dari Kuala Lumpur ke Kampar setiap
> bulan  pun kami tak dapat hidu. Sedangkan pada hari Raya Puasa tahun 1996
> iaitu  pada 21 Feb 1996 Hartina balik kampung dan kami sekeluarga
> bersembahyang  bersama-sama. Bermakna ketika itu dia telah berkawan dengan
> lelaki  India  itu dan telah menukar nama dan agamanya, bagaimana kami
> tidak mengetahuinya  langsung?.
> 
> Pada hari itu (26 Mac 1996) selepas bertembung dengan mereka pada 6.00
> petang, kami telah berbincang mengenai kedudukan mereka sehingga 10.30
> malam. Keadaan menjadi tegang kerana si lelaki tetap  dengan  keputusannya
> untuk tidak menukar agamanya dan mengatakan Hartina telah menjadi
> isterinya. Dia mula memegang hand-phone sambil mendail nombor. Tidak lama
> kemudian  seorang demi seorang kawan-kawannya tiba di rumah itu . Mereka
> sudah  ramai  sedangkan saya hanya bersama isteri. Yang menghairankan saya
> Hartina  ketika  itu membisu sahaja. Semasa itu saya yakin Hartina  masih
> Islam tetapi  telah  dipaksa membuat surat sumpah yang mengatakan dia
> tidak mempraktikkan  lagi  agama Islam. 
> 
> Berhubung dengan itu mereka (pihak lelaki) telah menukar  namanya dari
> Hartina kepada Nivashiny Rajeswaran.  Dalam peraturan  perkahwinan India ,
> seseorang yang masih bernama Islam tidak boleh Berkahwin  dengan lelaki
> India. Oleh sebab itu Hartina menukar namanya terlebih  dahulu  kemudian
> baru membuat pendaftaran perkahwinan. Saya yang tidak dapat  pergi  ke
> Kuala Lumpur pada 15 Mac 1996 untuk menyambut hari jadi Hartina dan  telah
> pergi pada 2 haribulan sedangkan pendaftaran perkahwinan telah di buat
> pada  24 Mac 1996 ini bermakna saya telah terlewat dua hari. Bermakna hak
> Hartina  sebagai anak sudah tiada kerana dia telah menjadi isteri orang.
> 
> Bila  orangnya sudah ramai di rumah tersebut ,baru  lelaki itu berani
> menunjukkan  segala dokumen-dokumennya. Bila ditunjukkan kepada saya, saya
> terkejut,  jantung saya berdegup. Saya sebelum ini memang ada penyakit
> jantung.  Ditambah dengan kejadian hari itu saya benar-benar terkejut.
> Saya  bersama  isteri berpandangan sendiri. Apa yang boleh kami lakukan
> sedangkan  kami  hanya berdua sahaja.
> 
> Saya mencadangkan kepada isteri saya agar kami membuat laporan polis.Kami
> terus ke balai polis berhampiran iaitu di Petaling Jaya. Laporan itu tidak
> diterima kerana polis  mengatakan yang perkahwinan mereka sah. Yang
> menyedihkan polis itu juga orang Melayu dan urusan pendaftaran
> perkahwinan  dan tukar nama sebelum ini semua dikendalikan oleh orang
> Melayu. Jadi  saya  kata, kepada siapa saya dapat mengadu ?. Mereka
> menyuruh saya membuat  laporan ke Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI)
> mengatakan anak saya  telah dilarikan. Jadi pada 27 Mac 1996 (sehari
> selepas itu) saya membuat  laporan polis. Selepas membuat laporan polis
> ,saya dan isteri pulang ke rumah  ,kami  tunggu Hartina dan lelaki India
> itu tetapi mereka tidak pulang ke  rumah  pada  malam itu. Selepas itu
> saya membuat aduan di pejabat Agama Wilayah  Persekutuan tetapi tiada
> sebarang tindakan yang diambil.
> 
> Inilah yang mengecewakan saya kerana awal-awal lagi saya telah menemui
> pegawai Pendaftaran yang bertanggungjawab menukarkan nama anak saya, saya
> kata kepadanya " Tuan sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu kepada saya
> sebab di dalam kad pengenalannya tecatat alamat saya ,kenapa Tuan tidak
> memaklumkan kepada saya?. " 
> 
> Dia kata yang pihaknya telah memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam
> Wilayah . Bila saya semak di JAWI, pegawai di JAWI berkata mereka tidak
> menerima apa-apa laporan daripada Jabatan Pendaftaran. Bermakna dalam
> tempoh yang singkat saya telah berulang-alik kesana kemari tanpa sebarang
> tindakan Yang diambil ke atas Hartina mahupun lelaki India itu. Selepas
> kejadian itu mereka langsung tidak pulang ke rumah di Sri Sentosa itu.
> 
> Saya cuba mencari seorang rakan si lelaki itu yang turut sama berada pada
> malam 26 Mac itu. Lelaki itu bekerja di Pizza Hut, Subang Jaya. Saya
> meminta bantuan polis mencarinya untuk mengetahui di mana Hartina dan
> teman lelakinya tinggal. Lelaki yang  bekerja di Pizza Hut itu mahu
> bekerjasama dengan polis dan telah menunjukkan tempat tinggal Hartina
> iaitu di Jalan Kelang Lama. Polis berjaya menangkap mereka. Keadaan
> Hartina tetap seperti dahulu, langsung tidak mahu bercakap dengan saya.
> Ketika itu saya sudah mahu bertindak tetapi apabila memikirkan orang
> sebelah pihak lelaki India itu ramai, saya membatalkan niat saya.
> 
> Saya hairan kenapa Hartina  langsung tidak mempunyai perasaan lagi pada
> ibu bapanya. Saya hairan perangainya benar-benar berubah. Jika pada saya
> dia tidak sayang tidak mengapa tetapi bagaimana dengan ibu yang telah
> mengandungkannya? Selepas itu saya telah membawa Hartina ke Pulau Pinang
> dan tinggal bersama saudara-mara. Sedar-sedar  dia  telah tiada. Adik saya
> di Perak telah  menelefon saya mengatakan pihak lelaki akan mengadakan
> majlis makan malam bagi meraikan perkahwinan  mereka
> di sebuah dewan di Perak. 
> 
> Pihak lelaki telah mengedarkan kad jemputan kahwin kepada kaum India.
> Sebaik sahaja mendapat berita itu, saya terus sahaja bertolak ke Perak.
> Setibanya saya di Perak, saya terus membuat aduan kepada Jabatan Agama
> Islam Perak dengan mengatakan pada 15 hb April 1996 pihak lelaki India
> itu akan mengadakan majlis makan malam. Pada 14 April, kira-kira pukul
> 12.00 tengah malam, Jabatan Agama Islam Perak membuat serbuan dan berjaya
> menangkap Hartina dan menahannya di Balai Polis Ipoh. Keesokannya Hartina
> dibawa ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan perintah reman selama
> seminggu. Sebelum sampai tempoh seminggu saya mendapat panggilan telefon
> dari Jabatan Agama Islam Perak yang mereka ingin menyerahkan Hartina
> kepada saya.
> 
> Atas faktor keselamatan saya telah menyerahkan Hartina kepada kawan adik
> ipar saya yang berada di Kelantan. Jadi pada 20 April 1996 dengan  bantuan
> Jabatan Agama Islam Perak, kami berjaya membawa Hartina ke Kelantan. Kami
> menetap di sana sehingga 1 Mei 1996. Semasa kami di sana , saya diberitahu
> bahawa pihak lelaki telah menyaman Jabatan Agama Islam Perak kerana telah
> memalukan mereka di atas pembatalan majlis perkahwinan mereka. Pegawai
> Jabatan Agama Islam Perak meminta kami membuat surat sumpah daripada
> Hartina . Pada 31 April , kami terus membawa Hartina ke Pejabat Agama
> Islam Kelantan. Di sana Hartina telah mengaku masih beragama Islam dan
> kembali mengucap dua kalimah syahadah di hadapan tuan Kadi. Tuan Kadi
> telah mengeluarkan satu surat pengesahan mengatakan bahawa Hartina telah
> memeluk agama Islam kembali. Surat itu kami hantar ke Kuala Lumpur.
> Bermakna Kami telah menang atas tuduhan mencolek Hartina. 
> 
> Rupa-rupanya ia tidak  berhenti  setakat itu. Selepas itu sampai lagi satu
> surat saman malu daripada si lelaki. Di dalam surat itu mereka menuntut
> gantirugi sebanyak 30 juta daripada Kerajaan Negeri Perak, Polis, Majlis
> Agama Islam Perak dan  Jabatan Agama Islam Perak atas dakwaan memalukan
> mereka pada majlis makan  malam meraikan perkahwinan mereka. Ini bermakna
> mereka tidak berpuas hati  dan  terus mencari alasan untuk merampas
> Hartina daripada kami. 
> 
> Dari Kelantan saya terus kembali ke Pejabat Pendaftaran Petaling Jaya
> untuk  proses penukaran kembali nama kepada Hartina di atas
> persetujuannya.  Setelah  segala- galanya selesai, pada 1 Mei 1996 kami
> sekeluarga telah  membawanya  ke  Pulau Pinang. Di Pulau Pinang keadaan
> Hartina seperti biasa, dia tetap  bergaul dengan saudara mara seperti
> biasa. Tiba-tiba di sana kami  menerima  sepucuk lagi surat saman daripada
> si lelaki mengatakan kami telah  menculik  isterinya. Saya membawa Hartina
> ke Mahkamah Pulau Pinang dan peguam di  sana  telah mengatakan surat itu
> adalah afidavit tertuduh jadi kami  memerlukan seorang peguam dan satu
> jawapan bertulis. Pada 9 Mei 1996 saya bersama  anak saudara saya (Borhan)
> telah pergi ke Kuala Lumpur untuk  mendapatkan  peguam. Saya berjaya
> mendapat seorang peguam dan saya menetap di Batu  Caves  untuk
> menguruskannya. 
> 
> Tiba-tiba saya mendapat berita dari Pulau Pinang  yang  mengatakan Hartina
> telah tiada. Saya terus mengesannya di Pulau Pinang  tetapi tidak berjumpa
> .Kemudian saya terus ke Shah Alam dan bertemu  dengan  polis yang
> mengendalikan kesnya. Pegawai polis tersebut mengatakan  bahawa  dia ada
> menerima laporan daripada Hartina yang mengatakan dia keluar  daripada
> rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang secara sukarela .Saya  tidak  boleh
> berbuat apa-apa . Ketika itu tidak dapat dinyatakan bagaimana  perasaan
> saya, bayangkanlah dalam tempoh yang singkat dan badan yang  sudah  uzur,
> saya terpaksa melalui segalanya seorang diri. Saya tinggalkan rumah  dan
> perniagaan saya berbulan-bulan. Saya asyik berulang alik sahaja ke
> Kelantan,  Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Shah Alam. Walaubagaimana banyak
> Laporan  yang  saya lakukan , tiada langsung tindakan susulan diambil
> untuk mengesan  Hartina dan lelaki India itu oleh pihak berkuasa. Alasan
> mereka,  mereka  tidak tahu di mana anak saya dan !
>   lelaki itu berada.
> 
> Akhirnya saya mengupah seorang kawan saya untuk mengintip mereka .  Empat
> minggu kawan saya mencari, minggu keempat baru jumpa. Kawan saya itu
> memerlukan masa yang agak lama kerana dia menguruskannya seorang diri ,
> tambahan pula dia bekerja di  waktu siang. Menurut rakan saya ini,
> Hartina  dan lelaki India itu menetap di Taman Medan, Jalan Klang Lama.
> Apabila  saya  mendapat tahu saya terus ke Balai Polis Shah Alam dan
> mengadu ke  bahagian  Penguatkuasa. Saya amat tidak berpuashati kerana
> polis tidak mahu  bertindak. 
> 
> Seterusnya saya ke pejabat Kemajuan Islam (JAKIM). Pusat Islam. mereka
> menyuruh saya membuat satu laporan baru. Menerusi laporan yang saya  buat,
> saya mengatakan yang pihak si lelaki telah menggugat akidah anak saya.
> Mereka telah menetapkan 5 September 1996 sebagai tarikh untuk menyerbu
> rumah itu. Pada 5 Sept 1996 kira-kira jam 11.00 pagi saya bersama seorang
> pegawai Pusat Islam, dua orang  Pegawai Polis dan seorang Penguatkuasa
> JAIS telah pergi ke rumah tersebut. Kami meminta kebenaran masuk, setelah
> masuk, kami meminta mereka memberi keterangan diri pula. Bila mendapat
> keterangan diri, baru saya mendapat tahu Hartina telah menukar kembali
> namanya kepada nama Hindunya. Pada 31 September 1995 dia menukar   namanya
> kepada nama Hindu buat pertama kali , pada 30 April 1996 saya menukarkan
> pula nama Hindunya kepada nama Islamnya dan pada 27 Mei 1996 dia
> menukarkan namanya kembali kenama Hindu . Bermakna semasa dia keluar dari
> rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang pada 9 Mei 19!
> 96 hanya pada 27 Mei 1996 dia menukar kembali namanya ke nama Hindunya.
> Ini bermakna proses pertukaran nama hanya dalam masa dua minggu sahaja.
> 
> Sebelum daripada itu saya ada menalipon pegawai pendaftaran yang bertugas
> di bahagian menukar nama dan memberi ingatan kepadanya agar jika ada
> percubaan dari pihak Hartina dan teman lelaki Indianya itu ingin
> menukarkan nama Hartina kembali, cuba lengahkan. Saya sentiasa berhubung
> dengan pegawai ini tetapi hasilnya tetap  mengecewakan. Hal yang saya
> tidak ingini tetap berlaku. Bermakna jika proses  pertukaran tidak berlaku
> tentu kami akan menang kes ini. Tindakan Hartina dan teman lelaki Indianya
> lebih cepat, ini bukan bermakna saya tidak bertindak , saya telah
> melakukan dengan sedaya upaya saya , tetapi seperti apa yang saya nyatakan
> awal-awal  tadi, saya melakukannya seorang diri dan pihak berwajib tidak
> memberikan sepenuh kerjasama kepada saya sekeluarga. Kejadian serbuan 5
> September 1996 itu benar-benar mencabar kewibawaan saya. Ketika Pegawai
> Penguatkuasa itu berkata "Kami tak boleh berbuat apa-apa", saya terus naik
> ke tingkat atas, dalam masa saya naik, si lelaki membawa !
> Hartina masuk ke bilik dan menguncinya dari dalam
> 
> Kemudian lelaki itu berdiri di hadapan pintu sambil mencekak pinggang.
> Tujuan saya naik ketika itu adalah untuk memujuk Hartina, tetapi lelaki
> India terlebih dahulu telah membawa Hartina masuk ke dalam bilik. Saya
> bersuara dengan lembut untuk memujuk lelaki itu supaya memeluk Islam dan
> selepas itu dia boleh  mengambil anak saya sebagai isteri dan saya boleh
> memberikan rumah saya di Seri Sentosa itu kepada mereka. Itulah perkataan
> yang saya ulang beberapa kali , tetapi lelaki India itu diam sahaja.Tidak
> lama kemudian dia bersuara dalam bahasa Tamil dengan perkataan yang
> sungguh kesat dan kurang bersopan. Katanya: "kalau hendak mengadu,
> mengadulah, apa kerajaan Malaysia boleh tolong kamu?" Sambil itu dia
> mengutuk Islam dengan kata-kata yang lucah.
> 
> Ketika itu saya tahu bukan  seorang sahaja yang terlibat, tetapi mungin
> ada dalang di belakangnya. Ketika dia menghina Islam, saya tidak dapat
> menahan perasaan, kesabaran saya tercabar. Hati saya benar- benar panas,
> saya  mengeluarkan pisau lipat dari poket seluar dan saya tidak sedar yang
> pisau itu saya  gunakan untuk mengelar lehernya. Saya juga tidak
> menghiraukan polis yang ada di belakang saya yang ketika itu sedang
> menghubungi ketuanya untuk mendapatkan kebenaran pecah pintu untuk membawa
> Hartina ke balai. Polis itu terkejut dan segera menahan darah yang
> memancut keluar dari leher Rajeswaran dan membawanya turun ke bawah.
> 
> Berikutan peristiwa itu saya telah ditahan sehingga 16 Sept 1996 dengan
> jaminan RM3000.00. Setelah dibebaskan, sepanjang bulan September saya
> tidak  ke mana-mana lagi , hanya duduk di rumah sahaja. Pada 1 Oktober
> 1996 saya mula berniaga. Kegiatan saya selepas itu hanya berniaga dan
> duduk di rumah sahaja. Kebetulan pada 1 Disember 1996 Hartina dan
> Rajeswaran datang bersama dengan rombongannya dan minum  betul-betul di
> hadapan tempat saya berniaga. Apa niat sebenar mereka ?. Saya mula
> berniaga jam 6.00 petang dan saya ditemani anak bongsu saya Syukur Yazit
> yang ketika itu berumur 14 tahun
>  
> Semasa saya baru mengeluarkan barang perniagaan sate saya, lebih kurang
> empat atau lima meter di  hadapan saya, saya nampak mereka semua sedang
> minum. Saya meletakkan barangan sate saya dan cuba pergi kearahnya
> (Hartina). Tujuan   saya adalah untuk bersembang dan memujuknya sekali
> lagi. Mana tahu jika hatinya terbuka untuk kembali semula kepada Islam.
> Seelok sahaja saya sampai , Hartina bangun ,  seorang demi seorang
> kawan-kawannya bangun. Saya tahu mereka bersedia untuk menyerang saya,
> saya Berpatah semula ke gerai saya untuk mengambil parang untuk
> mempertahankan diri. Tanpa saya sedari di belakang saya orangnya sudah
> menunggu . Lelaki yang bertubuh besar itu menendang saya dari arah
> belakang. Saya yang sememangnya ada penyakit jantung dan sakit belakang
> tidak mampu melawan. Saya jatuh tersungkur. 
> 
> Selepas itu kawan-kawannya yang lain datang meluru ke arah saya, ada yang
> menendang, memijak , menumbuk dan bermacam-macam lagi mereka buat pada
> saya.  Ada juga yang melemparkan batu ke arah saya. Akhirnya saya pengsan
> kerana tiada   tenaga untuk melawan. Apabila saya tersedar saya dapati,
> saya berada di Hospital Kampar. Dari Hospital  Kampar saya dihantar ke
> Hospital Ipoh. Semasa di hospital saya nampak ada seorang  polis menuju ke
> arah saya. Saya ingatkan polis mengawal saya , tetapi rupa- rupanya mereka
> menjaga saya agar tidak melarikan diri kerana saya disabit melakukan
> jenayah di atas aduan Hartina yang mengatakan saya menyerang mereka. Saya
> menyoal polis itu:  "Apakah hanya untuk minum petang sanggup datang dari
> Kuala Lumpur semata-mata untuk minum di situ?" 
> 
> Berdasarkan lapuran polis yang dibuat oleh Hartina itu, keluar saja dari
> wad saya terus dibawa ke balai dan ditahan di dalam lokap selama lapan
> hari. Bayangkanlah dari wad saya terus ke balai tanpa pulang ke rumah
> dahulu. Bila saya  masuk lokap, saya lihat Yazit sudah ditahan. Dia
> dimasukkan dua hari sebelum saya ditahan. Baru saya tahu rupa-rupanya
> semasa saya diserang, Yazit telah bertindak  mengambil parang dan
> membelasah orang-orang Rajeswaran. Itulah kasih anak, dalam usia 14 tahun
> sanggup menggunakan senjata tajam semata-mata untuk mempertahankan bapa.
> (En.Kamaruddin terhenti seketika sambil menyapu airmata) . Selepas
> sembilan hari kami dibebaskan dengan jaminan RM2000.00 seorang. Selepas
> itu saya hanya berehat sahaja dirumah kerana badan saya masih terasa
> sakitnya. Walaupun saya  berehat di rumah, saya terus berhubung dengan
> peguam saya untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan Hartina dan
> Rajeswaran.
> 
> Setelah empat bulan berehat, saya mendapat surat dari Mahkamah yang telah
> menetapkan 4 Mei 1998 sebagai tarikh perbicaraan pertama dijalankan.
> Rajeswaran  adalah saksi ketiga. Selepas dua minggu daripada tarikh
> perbicaraan itu, iaitu pada 20  Mei 1998 pada sebelah pagi, Rajeswaran
> terkena dua das tembakan. Maknanya sejak dari Mac 1996 Rajeswaran tidak
> kena apa- apa tembakan pun, tiba-tiba pada 20 Mei iaitu  selepas tarikh
> perbicaraan dia terkena tembakan. Berdasarkan atas apa yang mereka lapor
> sebelum ini ada mengatakan jika ada apa-apa terjadi ke atasnya, orang
> pertama  yang disyakki adalah saya. Berikutan dengan itu saya telah
> ditahan sekali lagi di Balai Polis Kampar selama tiga jam pada 20 Mei
> 1998.
> 
> Saya diheret bersama Yazit yang turut juga disyakki. Yang menghairankan
> ialah Yazit turut dituduh terlibat sedangkan ketika itu  usianya baru 16
> tahun. Jika benar saya melakukan, takkanlah budak seusia Yazit yang akan
> saya babitkan bersama. Kami berdua digari.
> 
> Polis yang menggari kami juga terkejut melihat saya. Sebenarnya sebelum
> kejadian itu polis telah berjumpa dengan saya, memberi nasihat agar tidak
> lagi melakukan kekecohan dan menasihati saya agar melakukan solat hajat
> dan berdoa. Saya ikut nasihatnya, tambahan pula saya baru selesai
> menjalani pembedahan tulang belakang. Takkanlah saya  tergamak melakukan
> perkara merbahaya itu? Tetapi saya tidak berkuasa, saya hanya menurut
> perintah dan arahan pihak polis. 
> 
> Kami telah disoal, Yazit telah dipaksa mengaku bahawa kami yang merancang
> kejadian tembakan itu. Selepas seminggu Yazit dibebaskan,   saya masih
> ditahan selama dua minggu. Segala akuan saya disiasat. Mereka bertanya
> saya telah mengupah siapa dan berapa yang saya bayar untuk mengupah
> penjenayah itu.  Saya tetap tidak mengaku kerana saya tidak tahu apa-apa.
> 
> Mereka memukul Yazit  dengan tujuan supaya saya mengaku setelah melihat
> Yazit diseksa dengan teruk. Akhirnya Yazit terpaksa berbohong dan mengaku
> ada melakukannya kerana sudah tidak tahan dipukul dengan teruk. Saya
> katakan kepada polis, apabila keadaan semakin teruk, segala yang benar
> menjadi palsu dan pekara palsu menjadi benar. Saya tetap tidak mengaku
> sehingga polis menangguhkan kes saya untuk di bicarakan. Selepas dua
> minggu saya di bebaskan, sehingga kini ia masih dalam kes.
> 
> Itulah serba sedikit kejadian dan rentetan peristiwa yang dialami oleh
> kami sekeluarga. Bukan tujuan saya untuk membuka aib sendiri, bahkan ianya
> lebih bertujuan sebagai pengajaran dan panduan kepada orang lain. Apa yang
> saya harapkan agar tidak ada lagi  Hartina kedua selepas kejadian yang
> menimpa Hartina, anak saya itu. Sebelum tidur macam-macam perkara yang
> saya fikirkan. Adakalanya timbul persoalan, kenapa begitu kuat ujian yang
> saya  perlu tempuhi?. Kenapa saya yang melalui segala ini? Apabila
> teringatkan terjemahan ayat dari surah An'am ayat 125 saya beristighfar.
> Ayat yang  bermaksud. "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah, akan dibuka
> pintu hatinya dan sesiapa yang tidak dikehendakki, maka akan
> disempitkanNya". Apabila sesuatu perkara  telah menimpa ke atas kita, kita
> harus menerimanya sebagai salah satu daripada rukun  Iman. Qada dan Qadar
> dari Allah, itu adalah kehendak Allah. Itulah caranya saya  memujuk hati
> saya.
> 
> Harapan saya sekarang ialah agar Hartina kembali kepada Islam. Dunia ini
> luas, duduklah di mana-mana asalkan dalam agama Islam. Tidak perlulah dia
> kembali kepada kami. Bukan kami tidak memaafkannya, tetapi cukuplah
> penderitaan dan penyiksaan yang kami lalui atas perbuatannya itu.
> 
>  Sekian.
> 
> 
> 
> Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: "Imam B" <[EMAIL PROTECTED]>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Isyahamimi Nur Bt. Ishak" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke