*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berhati-hati dengan agenda hindu ni......contoh paling dekat, filem-file
hindustan yang amat diminati oleh gadis-gadis remaja, mungkin boleh
menyesatkan mereka. Saya lihat mereka meminati filem dan aktor-aktor
bollywood ini terlalu melampau.
Harap dapat ambil tindakan sewajarnya untuk membendung gejala ini agar tidak
menjadi lebih serius.
>From: "Imam B" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Kisah pilu seorang ayah...
>Date: Tue, 28 Dec 1999 18:06:46 -0800
>
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>
>Dipetik dari [EMAIL PROTECTED]>>>
>---------------------------------------------
>
>
>To: <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: [sassian8488] Kes Murtad Hartina Kamruddin & Sengsara Ayahnya
>
>Assalamualaikum kawan2, jikalau cerita ini tidak menyentuh hati kita untuk
>berbuat sesuatu, saya tidak tahu cerita apakah yang boleh menginsafkan
>kita. Tidak cukupkah Islam dihina sebegitu rupa di tanahair yg
>majoritinya Islam. Sila contact pengirim pertama untuk mengetahui
>sumbernya.
>==============================================
>
>Writer: husin
>Subject : Kes Hartina Kamarudin
>
>Kes Hartina Kamarudin heboh diperkatakan sekitar awal tahun 1996 lagi. Bagi
>mengetahui hal sebenar , pihak majalah Muslimah sempat menemui bapanya,
>Encik Kamaruddin Abdul Karim , abang sepupunya En Borhan Abd. Aziz dan
>adiknya Syukur Yazit Kamaruddin yang sudi menceritakan rentetan peristiwa
>tersebut. Malangnya ibunya, Puan Kalsom Ghani tidak mahu ditemubual atas
>sebab peribadi .Berikut adalah penjelasan En. Kamaruddin yang sudah
>terlalu banyak menempuh dugaan dan ujian dalam memastikan anaknya Hartina
>dapat dikembalikan kepada Islam.
>
>Hartina dilahirkan pada 15 Mac 1974 di Kampar Perak. Beliau mendapat
>pendidikan awal pada peringkat rendah dan menengah di Anglo Chinese School
> (A.C.S), Kampar. Hartina merupakan anak kedua daripada empat
>beradik.Yang pertama meninggal ketika berusia 15 hari ,kedua Hartina ,
>ketiga Azliza (17 tahun) dan keempat Syukur Yazit (16 tahun). Dari segi
>kasih sayang, tidak dinafikan Hartina mendapat sepenuh perhatian, mungkin
>ini salah satu dari kesilapan yang telah kami lakukan. Perbezaan antara
>Hartina dan adiknya agak jauh iaitu kira-kira enam tahun. Dia amat manja,
>maklumlah bagi pasangan seperti kami yang telah merasai kehilangan anak
>sulung semasa dalam pantang memang menyedihkan.
>
>Bayangkan bagaimana perasaan kami setelah kehilangan anak, mendapat
>penggantinya setahun kemudian. Kehadiran Hartina mengubah hidup kami,
>kasih kami tertumpah kepadanya ibarat kata pepatah "bagai menatang minyak
>yang penuh". Di sebabkan sewaktu itu hanya dia seorang anak kami ,
>segala permintaannya kami penuhi. Setelah tamat sekolah, dia mengikuti
>kursus komputer di Kampar. Tidak lama kemudian dia mendapat pekerjaan di
>Hock Hua Bank Jalan Klang Lama Kuala Lumpur.
>
>Pada tahun 1993 dia bertukar ke MayBank, juga terletak di Jalan Klang
>Lama. Inilah kali pertama kami berjauhan dengannya. Untuk kemudahannya
>saya telah membelikan sebuah rumah untuknya yang terletak di Sri Sentosa.
>Dia tinggal bersama rakan-rakannya di rumah itu. Bermula dari situ
>perhubungan keluarga
>kami mula renggang kerana kami sudah tinggal berasingan. Walaupun begitu
>kami sering menziarahinya di Kuala Lumpur.
>
>Segalanya bermula pada 26 Mac 1996. Saya bersama isteri pergi kerumahnya
>di Kuala Lumpur kerana kebiasaannya pada 15 Mac setiap tahun kami
>menyambut hari lahirnya. Pada tahun tersebut (1996) dia kata tidak dapat
>balik kampung. Di sebabkan pada tarikh itu saya ada menerima tempahan sate
> (En.Kamaruddin berniaga sate di Pekan Kampar, Perak) , jadi kami tidak
>dapat pergi ke rumahnya pada tarikh itu. Kami pergi dua minggu selepas itu
> iaitu pada 26 Mac 1996. Setibanya di rumahnya, kami dapati rumahnya
>berkunci, telahan saya mungkin dia belum pulang dari kerja. Kebetulan saya
> memang Ada kunci spare, saya membuka pintu dan masuk ke dalam rumah.
>Lebih kurang jam 6.00 petang. Dia pulang bersama seorang lelak India. Dia
>terkejut melihat kedatangan kami dan saya sendiri terkejut kerana tidak
>menyangka dia pulang bersama seorang lelaki. Memang sebelum ini ramai
>yang ingin masuk meminang dan dia menyatakan yang dia telah ada seorang
>kawan, saya kata kalau ada kaw!
>an lebih elok terus datang meminang. Setelah melihat keadaannya, baru
>terlintas di fikiran saya kawan yang dimaksudkan ialah lelaki India
>tersebut. Walaupun kami datang setiap bulan ,kami tidak dapat menghidu
>langsung pergerakannya dan dia sendiri menyembunyikannya dari pengetahuan
>kami.
>
>Melihat keadaannya , saya menyoal Hartina "Siapa yang kamu bawa ini?" Baru
> kami tahu hal sebenarnya, yang lelaki India itulah teman lelakinya .
>Sebaik saja kami bertanya Rajeswaran (lelaki India tersebut) bila dia
>ingin memeluk Islam jika benar-benar inginkan Hartina, Hartina terus
>menunjukkan surat-surat di antaranya surat sumpah bertarikh 1 September
>1995 yang mengatakakan bahawa dirinya tidak mempraktikkan agama Islam
>lagi, telah menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran dan surat
>pendaftaran perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996 . Saya mempertikaikan
>surat sumpah tersebut kerana bagaimana mereka (pihak berkuasa) boleh
>mengesahkan apa saja kenyataan pemohon tanpa meneliti terlebih dahulu.
>
>Berdasarkan surat sumpah melalui peguamnya yang menyatakan dia tidak
>mempraktikkan ajaran Islam, ternyata pembohongan semata-mata. Sepanjang
>zaman tempoh dia tinggal bersama kami dia telah dididik dengan ajaran
>Islam, sepanjang zaman persekolahannya saya tidak pernah mendengar apa-apa
> mengenai
>Hartina tidak mempraktikkan Islam walaupun daripada kawan-kawannya
>sendiri. Setelah berlaku perkara ini barulah saya tahu rupa-rupanya lelaki
> India itu bersekolah di sekolah yang sama dengan Hartina dan tinggal di
>Mambang di Awan, Kampar. Memanglah di sekolah Hartina ramai kawan lelaki
>tetapi saya
>tidak pernah mengesyaki apa-apa, maklumlah zaman sekolah memang banyak
>bergaul dengan rakan lelaki. Kami juga baru tahu si lelaki itu bekerja di
> Public Bank di Jalan Kelang Lama. Ini bermakna sudah lama mereka
>berkawan yang hairannya kami tidak dapat menghidu langsung perhubungan
>mereka.
>
>Bermakna sepanjang tempoh berulang dari Kuala Lumpur ke Kampar setiap
>bulan pun kami tak dapat hidu. Sedangkan pada hari Raya Puasa tahun 1996
>iaitu pada 21 Feb 1996 Hartina balik kampung dan kami sekeluarga
>bersembahyang bersama-sama. Bermakna ketika itu dia telah berkawan dengan
>lelaki India itu dan telah menukar nama dan agamanya, bagaimana kami
>tidak mengetahuinya langsung?.
>
>Pada hari itu (26 Mac 1996) selepas bertembung dengan mereka pada 6.00
>petang, kami telah berbincang mengenai kedudukan mereka sehingga 10.30
>malam. Keadaan menjadi tegang kerana si lelaki tetap dengan keputusannya
>untuk tidak menukar agamanya dan mengatakan Hartina telah menjadi
>isterinya. Dia mula memegang hand-phone sambil mendail nombor. Tidak lama
>kemudian seorang demi seorang kawan-kawannya tiba di rumah itu . Mereka
>sudah ramai sedangkan saya hanya bersama isteri. Yang menghairankan saya
>Hartina ketika itu membisu sahaja. Semasa itu saya yakin Hartina masih
>Islam tetapi telah dipaksa membuat surat sumpah yang mengatakan dia tidak
>mempraktikkan lagi agama Islam.
>
>Berhubung dengan itu mereka (pihak lelaki) telah menukar namanya dari
>Hartina kepada Nivashiny Rajeswaran. Dalam peraturan perkahwinan India ,
>seseorang yang masih bernama Islam tidak boleh Berkahwin dengan lelaki
>India. Oleh sebab itu Hartina menukar namanya terlebih dahulu kemudian
>baru membuat pendaftaran perkahwinan. Saya yang tidak dapat pergi ke
>Kuala Lumpur pada 15 Mac 1996 untuk menyambut hari jadi Hartina dan telah
>pergi pada 2 haribulan sedangkan pendaftaran perkahwinan telah di buat
>pada 24 Mac 1996 ini bermakna saya telah terlewat dua hari. Bermakna hak
>Hartina sebagai anak sudah tiada kerana dia telah menjadi isteri orang.
>
>Bila orangnya sudah ramai di rumah tersebut ,baru lelaki itu berani
>menunjukkan segala dokumen-dokumennya. Bila ditunjukkan kepada saya, saya
>terkejut, jantung saya berdegup. Saya sebelum ini memang ada penyakit
>jantung. Ditambah dengan kejadian hari itu saya benar-benar terkejut. Saya
> bersama isteri berpandangan sendiri. Apa yang boleh kami lakukan
>sedangkan kami hanya berdua sahaja.
>
>Saya mencadangkan kepada isteri saya agar kami membuat laporan polis.Kami
>terus ke balai polis berhampiran iaitu di Petaling Jaya. Laporan itu tidak
>diterima kerana polis mengatakan yang perkahwinan mereka sah. Yang
>menyedihkan polis itu juga orang Melayu dan urusan pendaftaran perkahwinan
> dan tukar nama sebelum ini semua dikendalikan oleh orang Melayu. Jadi
>saya kata, kepada siapa saya dapat mengadu ?. Mereka menyuruh saya membuat
> laporan ke Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) mengatakan anak saya telah
>dilarikan. Jadi pada 27 Mac 1996 (sehari selepas itu) saya membuat laporan
>polis. Selepas membuat laporan polis ,saya dan isteri pulang ke rumah
>,kami tunggu Hartina dan lelaki India itu tetapi mereka tidak pulang ke
>rumah pada malam itu. Selepas itu saya membuat aduan di pejabat Agama
>Wilayah Persekutuan tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil.
>
>Inilah yang mengecewakan saya kerana awal-awal lagi saya telah menemui
>pegawai Pendaftaran yang bertanggungjawab menukarkan nama anak saya, saya
>kata kepadanya " Tuan sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu kepada saya
>sebab di dalam kad pengenalannya tecatat alamat saya ,kenapa Tuan tidak
>memaklumkan kepada saya?. "
>
>Dia kata yang pihaknya telah memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Wilayah
>. Bila saya semak di JAWI, pegawai di JAWI berkata mereka tidak menerima
>apa-apa laporan daripada Jabatan Pendaftaran. Bermakna dalam tempoh yang
>singkat saya telah berulang-alik kesana kemari tanpa sebarang tindakan Yang
>diambil ke atas Hartina mahupun lelaki India itu. Selepas kejadian itu
>mereka langsung tidak pulang ke rumah di Sri Sentosa itu.
>
>Saya cuba mencari seorang rakan si lelaki itu yang turut sama berada pada
>malam 26 Mac itu. Lelaki itu bekerja di Pizza Hut, Subang Jaya. Saya
>meminta bantuan polis mencarinya untuk mengetahui di mana Hartina dan teman
>lelakinya tinggal. Lelaki yang bekerja di Pizza Hut itu mahu bekerjasama
>dengan polis dan telah menunjukkan tempat tinggal Hartina iaitu di Jalan
>Kelang Lama. Polis berjaya menangkap mereka. Keadaan Hartina tetap seperti
>dahulu, langsung tidak mahu bercakap dengan saya. Ketika itu saya sudah
>mahu bertindak tetapi apabila memikirkan orang sebelah pihak lelaki India
>itu ramai, saya membatalkan niat saya.
>
>Saya hairan kenapa Hartina langsung tidak mempunyai perasaan lagi pada ibu
>bapanya. Saya hairan perangainya benar-benar berubah. Jika pada saya dia
>tidak sayang tidak mengapa tetapi bagaimana dengan ibu yang telah
>mengandungkannya? Selepas itu saya telah membawa Hartina ke Pulau Pinang
>dan tinggal bersama saudara-mara. Sedar-sedar dia telah tiada. Adik saya
>di Perak telah menelefon saya mengatakan pihak lelaki akan mengadakan
>majlis makan malam bagi meraikan perkahwinan mereka
>di sebuah dewan di Perak.
>
>Pihak lelaki telah mengedarkan kad jemputan kahwin kepada kaum India.
>Sebaik sahaja mendapat berita itu, saya terus sahaja bertolak ke Perak.
>Setibanya saya di Perak, saya terus membuat aduan kepada Jabatan Agama
>Islam Perak dengan mengatakan pada 15 hb April 1996 pihak lelaki India
>itu akan mengadakan majlis makan malam. Pada 14 April, kira-kira pukul
>12.00 tengah malam, Jabatan Agama Islam Perak membuat serbuan dan berjaya
>menangkap Hartina dan menahannya di Balai Polis Ipoh. Keesokannya Hartina
>dibawa ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan perintah reman selama
>seminggu. Sebelum sampai tempoh seminggu saya mendapat panggilan telefon
>dari Jabatan Agama Islam Perak yang mereka ingin menyerahkan Hartina kepada
>saya.
>
>Atas faktor keselamatan saya telah menyerahkan Hartina kepada kawan adik
>ipar saya yang berada di Kelantan. Jadi pada 20 April 1996 dengan bantuan
>Jabatan Agama Islam Perak, kami berjaya membawa Hartina ke Kelantan. Kami
>menetap di sana sehingga 1 Mei 1996. Semasa kami di sana , saya diberitahu
>bahawa pihak lelaki telah menyaman Jabatan Agama Islam Perak kerana telah
>memalukan mereka di atas pembatalan majlis perkahwinan mereka. Pegawai
>Jabatan Agama Islam Perak meminta kami membuat surat sumpah daripada
>Hartina . Pada 31 April , kami terus membawa Hartina ke Pejabat Agama Islam
>Kelantan. Di sana Hartina telah mengaku masih beragama Islam dan kembali
>mengucap dua kalimah syahadah di hadapan tuan Kadi. Tuan Kadi telah
>mengeluarkan satu surat pengesahan mengatakan bahawa Hartina telah memeluk
>agama Islam kembali. Surat itu kami hantar ke Kuala Lumpur. Bermakna Kami
>telah menang atas tuduhan mencolek Hartina.
>
>Rupa-rupanya ia tidak berhenti setakat itu. Selepas itu sampai lagi satu
>surat saman malu daripada si lelaki. Di dalam surat itu mereka menuntut
>gantirugi sebanyak 30 juta daripada Kerajaan Negeri Perak, Polis, Majlis
>Agama Islam Perak dan Jabatan Agama Islam Perak atas dakwaan memalukan
>mereka pada majlis makan malam meraikan perkahwinan mereka. Ini bermakna
>mereka tidak berpuas hati dan terus mencari alasan untuk merampas Hartina
>daripada kami.
>
>Dari Kelantan saya terus kembali ke Pejabat Pendaftaran Petaling Jaya
>untuk proses penukaran kembali nama kepada Hartina di atas persetujuannya.
> Setelah segala- galanya selesai, pada 1 Mei 1996 kami sekeluarga telah
>membawanya ke Pulau Pinang. Di Pulau Pinang keadaan Hartina seperti
>biasa, dia tetap bergaul dengan saudara mara seperti biasa. Tiba-tiba di
>sana kami menerima sepucuk lagi surat saman daripada si lelaki mengatakan
>kami telah menculik isterinya. Saya membawa Hartina ke Mahkamah Pulau
>Pinang dan peguam di sana telah mengatakan surat itu adalah afidavit
>tertuduh jadi kami memerlukan seorang peguam dan satu jawapan bertulis.
>Pada 9 Mei 1996 saya bersama anak saudara saya (Borhan) telah pergi ke
>Kuala Lumpur untuk mendapatkan peguam. Saya berjaya mendapat seorang
>peguam dan saya menetap di Batu Caves untuk menguruskannya.
>
>Tiba-tiba saya mendapat berita dari Pulau Pinang yang mengatakan Hartina
>telah tiada. Saya terus mengesannya di Pulau Pinang tetapi tidak berjumpa
>.Kemudian saya terus ke Shah Alam dan bertemu dengan polis yang
>mengendalikan kesnya. Pegawai polis tersebut mengatakan bahawa dia ada
>menerima laporan daripada Hartina yang mengatakan dia keluar daripada
>rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang secara sukarela .Saya tidak boleh
>berbuat apa-apa . Ketika itu tidak dapat dinyatakan bagaimana perasaan
>saya, bayangkanlah dalam tempoh yang singkat dan badan yang sudah uzur,
>saya terpaksa melalui segalanya seorang diri. Saya tinggalkan rumah dan
>perniagaan saya berbulan-bulan. Saya asyik berulang alik sahaja ke
>Kelantan, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Shah Alam. Walaubagaimana banyak
>Laporan yang saya lakukan , tiada langsung tindakan susulan diambil untuk
>mengesan Hartina dan lelaki India itu oleh pihak berkuasa. Alasan mereka,
>mereka tidak tahu di mana anak saya dan !
> lelaki itu berada.
>
>Akhirnya saya mengupah seorang kawan saya untuk mengintip mereka . Empat
>minggu kawan saya mencari, minggu keempat baru jumpa. Kawan saya itu
>memerlukan masa yang agak lama kerana dia menguruskannya seorang diri ,
>tambahan pula dia bekerja di waktu siang. Menurut rakan saya ini, Hartina
> dan lelaki India itu menetap di Taman Medan, Jalan Klang Lama. Apabila
>saya mendapat tahu saya terus ke Balai Polis Shah Alam dan mengadu ke
>bahagian Penguatkuasa. Saya amat tidak berpuashati kerana polis tidak mahu
> bertindak.
>
>Seterusnya saya ke pejabat Kemajuan Islam (JAKIM). Pusat Islam. mereka
>menyuruh saya membuat satu laporan baru. Menerusi laporan yang saya buat,
>saya mengatakan yang pihak si lelaki telah menggugat akidah anak saya.
>Mereka telah menetapkan 5 September 1996 sebagai tarikh untuk menyerbu
>rumah itu. Pada 5 Sept 1996 kira-kira jam 11.00 pagi saya bersama seorang
>pegawai Pusat Islam, dua orang Pegawai Polis dan seorang Penguatkuasa JAIS
>telah pergi ke rumah tersebut. Kami meminta kebenaran masuk, setelah masuk,
>kami meminta mereka memberi keterangan diri pula. Bila mendapat keterangan
>diri, baru saya mendapat tahu Hartina telah menukar kembali namanya kepada
>nama Hindunya. Pada 31 September 1995 dia menukar namanya kepada nama
>Hindu buat pertama kali , pada 30 April 1996 saya menukarkan pula nama
>Hindunya kepada nama Islamnya dan pada 27 Mei 1996 dia menukarkan namanya
>kembali kenama Hindu . Bermakna semasa dia keluar dari rumah bapa
>saudaranya di Pulau Pinang pada 9 Mei 19!
>96 hanya pada 27 Mei 1996 dia menukar kembali namanya ke nama Hindunya. Ini
>bermakna proses pertukaran nama hanya dalam masa dua minggu sahaja.
>
>Sebelum daripada itu saya ada menalipon pegawai pendaftaran yang bertugas
>di bahagian menukar nama dan memberi ingatan kepadanya agar jika ada
>percubaan dari pihak Hartina dan teman lelaki Indianya itu ingin menukarkan
>nama Hartina kembali, cuba lengahkan. Saya sentiasa berhubung dengan
>pegawai ini tetapi hasilnya tetap mengecewakan. Hal yang saya tidak ingini
>tetap berlaku. Bermakna jika proses pertukaran tidak berlaku tentu kami
>akan menang kes ini. Tindakan Hartina dan teman lelaki Indianya lebih
>cepat, ini bukan bermakna saya tidak bertindak , saya telah melakukan
>dengan sedaya upaya saya , tetapi seperti apa yang saya nyatakan awal-awal
>tadi, saya melakukannya seorang diri dan pihak berwajib tidak memberikan
>sepenuh kerjasama kepada saya sekeluarga. Kejadian serbuan 5 September 1996
>itu benar-benar mencabar kewibawaan saya. Ketika Pegawai Penguatkuasa itu
>berkata "Kami tak boleh berbuat apa-apa", saya terus naik ke tingkat atas,
>dalam masa saya naik, si lelaki membawa !
>Hartina masuk ke bilik dan menguncinya dari dalam
>
>Kemudian lelaki itu berdiri di hadapan pintu sambil mencekak pinggang.
>Tujuan saya naik ketika itu adalah untuk memujuk Hartina, tetapi lelaki
>India terlebih dahulu telah membawa Hartina masuk ke dalam bilik. Saya
>bersuara dengan lembut untuk memujuk lelaki itu supaya memeluk Islam dan
>selepas itu dia boleh mengambil anak saya sebagai isteri dan saya boleh
>memberikan rumah saya di Seri Sentosa itu kepada mereka. Itulah perkataan
>yang saya ulang beberapa kali , tetapi lelaki India itu diam sahaja.Tidak
>lama kemudian dia bersuara dalam bahasa Tamil dengan perkataan yang sungguh
>kesat dan kurang bersopan. Katanya: "kalau hendak mengadu, mengadulah, apa
>kerajaan Malaysia boleh tolong kamu?" Sambil itu dia mengutuk Islam dengan
>kata-kata yang lucah.
>
>Ketika itu saya tahu bukan seorang sahaja yang terlibat, tetapi mungin ada
>dalang di belakangnya. Ketika dia menghina Islam, saya tidak dapat menahan
>perasaan, kesabaran saya tercabar. Hati saya benar- benar panas, saya
>mengeluarkan pisau lipat dari poket seluar dan saya tidak sedar yang pisau
>itu saya gunakan untuk mengelar lehernya. Saya juga tidak menghiraukan
>polis yang ada di belakang saya yang ketika itu sedang menghubungi ketuanya
>untuk mendapatkan kebenaran pecah pintu untuk membawa Hartina ke balai.
>Polis itu terkejut dan segera menahan darah yang memancut keluar dari leher
>Rajeswaran dan membawanya turun ke bawah.
>
>Berikutan peristiwa itu saya telah ditahan sehingga 16 Sept 1996 dengan
>jaminan RM3000.00. Setelah dibebaskan, sepanjang bulan September saya tidak
> ke mana-mana lagi , hanya duduk di rumah sahaja. Pada 1 Oktober 1996 saya
>mula berniaga. Kegiatan saya selepas itu hanya berniaga dan duduk di rumah
>sahaja. Kebetulan pada 1 Disember 1996 Hartina dan Rajeswaran datang
>bersama dengan rombongannya dan minum betul-betul di hadapan tempat saya
>berniaga. Apa niat sebenar mereka ?. Saya mula berniaga jam 6.00 petang dan
>saya ditemani anak bongsu saya Syukur Yazit yang ketika itu berumur 14
>tahun
>
>Semasa saya baru mengeluarkan barang perniagaan sate saya, lebih kurang
>empat atau lima meter di hadapan saya, saya nampak mereka semua sedang
>minum. Saya meletakkan barangan sate saya dan cuba pergi kearahnya
>(Hartina). Tujuan saya adalah untuk bersembang dan memujuknya sekali
>lagi. Mana tahu jika hatinya terbuka untuk kembali semula kepada Islam.
>Seelok sahaja saya sampai , Hartina bangun , seorang demi seorang
>kawan-kawannya bangun. Saya tahu mereka bersedia untuk menyerang saya, saya
>Berpatah semula ke gerai saya untuk mengambil parang untuk mempertahankan
>diri. Tanpa saya sedari di belakang saya orangnya sudah menunggu . Lelaki
>yang bertubuh besar itu menendang saya dari arah belakang. Saya yang
>sememangnya ada penyakit jantung dan sakit belakang tidak mampu melawan.
>Saya jatuh tersungkur.
>
>Selepas itu kawan-kawannya yang lain datang meluru ke arah saya, ada yang
>menendang, memijak , menumbuk dan bermacam-macam lagi mereka buat pada
>saya. Ada juga yang melemparkan batu ke arah saya. Akhirnya saya pengsan
>kerana tiada tenaga untuk melawan. Apabila saya tersedar saya dapati,
>saya berada di Hospital Kampar. Dari Hospital Kampar saya dihantar ke
>Hospital Ipoh. Semasa di hospital saya nampak ada seorang polis menuju ke
>arah saya. Saya ingatkan polis mengawal saya , tetapi rupa- rupanya mereka
>menjaga saya agar tidak melarikan diri kerana saya disabit melakukan
>jenayah di atas aduan Hartina yang mengatakan saya menyerang mereka. Saya
>menyoal polis itu: "Apakah hanya untuk minum petang sanggup datang dari
>Kuala Lumpur semata-mata untuk minum di situ?"
>
>Berdasarkan lapuran polis yang dibuat oleh Hartina itu, keluar saja dari
>wad saya terus dibawa ke balai dan ditahan di dalam lokap selama lapan
>hari. Bayangkanlah dari wad saya terus ke balai tanpa pulang ke rumah
>dahulu. Bila saya masuk lokap, saya lihat Yazit sudah ditahan. Dia
>dimasukkan dua hari sebelum saya ditahan. Baru saya tahu rupa-rupanya
>semasa saya diserang, Yazit telah bertindak mengambil parang dan
>membelasah orang-orang Rajeswaran. Itulah kasih anak, dalam usia 14 tahun
>sanggup menggunakan senjata tajam semata-mata untuk mempertahankan bapa.
>(En.Kamaruddin terhenti seketika sambil menyapu airmata) . Selepas sembilan
>hari kami dibebaskan dengan jaminan RM2000.00 seorang. Selepas itu saya
>hanya berehat sahaja dirumah kerana badan saya masih terasa sakitnya.
>Walaupun saya berehat di rumah, saya terus berhubung dengan peguam saya
>untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan Hartina dan Rajeswaran.
>
>Setelah empat bulan berehat, saya mendapat surat dari Mahkamah yang telah
>menetapkan 4 Mei 1998 sebagai tarikh perbicaraan pertama dijalankan.
>Rajeswaran adalah saksi ketiga. Selepas dua minggu daripada tarikh
>perbicaraan itu, iaitu pada 20 Mei 1998 pada sebelah pagi, Rajeswaran
>terkena dua das tembakan. Maknanya sejak dari Mac 1996 Rajeswaran tidak
>kena apa- apa tembakan pun, tiba-tiba pada 20 Mei iaitu selepas tarikh
>perbicaraan dia terkena tembakan. Berdasarkan atas apa yang mereka lapor
>sebelum ini ada mengatakan jika ada apa-apa terjadi ke atasnya, orang
>pertama yang disyakki adalah saya. Berikutan dengan itu saya telah ditahan
>sekali lagi di Balai Polis Kampar selama tiga jam pada 20 Mei 1998.
>
>Saya diheret bersama Yazit yang turut juga disyakki. Yang menghairankan
>ialah Yazit turut dituduh terlibat sedangkan ketika itu usianya baru 16
>tahun. Jika benar saya melakukan, takkanlah budak seusia Yazit yang akan
>saya babitkan bersama. Kami berdua digari.
>
>Polis yang menggari kami juga terkejut melihat saya. Sebenarnya sebelum
>kejadian itu polis telah berjumpa dengan saya, memberi nasihat agar tidak
>lagi melakukan kekecohan dan menasihati saya agar melakukan solat hajat dan
>berdoa. Saya ikut nasihatnya, tambahan pula saya baru selesai menjalani
>pembedahan tulang belakang. Takkanlah saya tergamak melakukan perkara
>merbahaya itu? Tetapi saya tidak berkuasa, saya hanya menurut perintah dan
>arahan pihak polis.
>
>Kami telah disoal, Yazit telah dipaksa mengaku bahawa kami yang merancang
>kejadian tembakan itu. Selepas seminggu Yazit dibebaskan, saya masih
>ditahan selama dua minggu. Segala akuan saya disiasat. Mereka bertanya saya
>telah mengupah siapa dan berapa yang saya bayar untuk mengupah penjenayah
>itu. Saya tetap tidak mengaku kerana saya tidak tahu apa-apa.
>
>Mereka memukul Yazit dengan tujuan supaya saya mengaku setelah melihat
>Yazit diseksa dengan teruk. Akhirnya Yazit terpaksa berbohong dan mengaku
>ada melakukannya kerana sudah tidak tahan dipukul dengan teruk. Saya
>katakan kepada polis, apabila keadaan semakin teruk, segala yang benar
>menjadi palsu dan pekara palsu menjadi benar. Saya tetap tidak mengaku
>sehingga polis menangguhkan kes saya untuk di bicarakan. Selepas dua minggu
>saya di bebaskan, sehingga kini ia masih dalam kes.
>
>Itulah serba sedikit kejadian dan rentetan peristiwa yang dialami oleh kami
>sekeluarga. Bukan tujuan saya untuk membuka aib sendiri, bahkan ianya lebih
>bertujuan sebagai pengajaran dan panduan kepada orang lain. Apa yang saya
>harapkan agar tidak ada lagi Hartina kedua selepas kejadian yang menimpa
>Hartina, anak saya itu. Sebelum tidur macam-macam perkara yang saya
>fikirkan. Adakalanya timbul persoalan, kenapa begitu kuat ujian yang saya
>perlu tempuhi?. Kenapa saya yang melalui segala ini? Apabila teringatkan
>terjemahan ayat dari surah An'am ayat 125 saya beristighfar. Ayat yang
>bermaksud. "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya
>dan sesiapa yang tidak dikehendakki, maka akan disempitkanNya". Apabila
>sesuatu perkara telah menimpa ke atas kita, kita harus menerimanya sebagai
>salah satu daripada rukun Iman. Qada dan Qadar dari Allah, itu adalah
>kehendak Allah. Itulah caranya saya memujuk hati saya.
>
>Harapan saya sekarang ialah agar Hartina kembali kepada Islam. Dunia ini
>luas, duduklah di mana-mana asalkan dalam agama Islam. Tidak perlulah dia
>kembali kepada kami. Bukan kami tidak memaafkannya, tetapi cukuplah
>penderitaan dan penyiksaan yang kami lalui atas perbuatannya itu.
>
> Sekian.
>
>
>
>Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Imam B" <[EMAIL PROTECTED]>
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Amran Rostam" <[EMAIL PROTECTED]>