*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BATAL WUDHUK ATAU TIDAK MENYENTUH WANITA
petikan drp al-ahkam online
Jawapan
---M Afandi B A Wahab <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Web Hizbi-Net : http://www.hizbi.net }
> { HizbiNet - Membina Ummah Berilmu & Bermaklumat. }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>
>
> Assalamualaikum,
>
> Mintak pandangan para netters sekelian:
>
> Apakah ada hadis atau fatwa atau dalil2 atau yang seangkatan
> dengannya yang mengatakan bahawa bersentuh kulit suami isteri
> tidak batal air sembahyang?
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body :
SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body:
UNSUBSCRIBE
HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi Malaysian Islamic Society Of North America
(MISNA) )
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~
>
> Pengirim: [EMAIL PROTECTED] (M Afandi B A Wahab)
Jawab:
assalamualaikum,
Ulamak berbeza pendapat mengenai hukum menyentuh kulit
perempaun
ajnabi (yang halal dinikahi), apakah membatalkan wudhuk?
Menurut mazhab Syafi'i, hukumnya batal secara mutlak (tanpa
syarat).
Ini termasuk dengan isteri sendiri.
Mazhab Maliki: Menyentuh kulit perempuan ajanabi membatalkan
wudhuk
jika dengan tujuan `talazzuz' (berlazat-lazat), atau mendapat
kelazatan ketika bersentuhan.
Hanafi: Menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak membatalkan secara
mutlak, samada dengan tujuan talazzuz atau merasainya ketika
bersentuhan.
Mengapa mereka berselelisih pendapat?
Ulamak Syafi'i berdalilkan, firman Allah Taala:
"Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan." (al-
Maidah:6)
Mereka menafsirkan laamastum (mulamasah) pada ayat di atas-
dengan maksud bersentuhan (al-lams)
Hanafi pula menafsirkannya dengan jimak, bukan bersentuhan.
Penafsiran mereka ini disokong oleh beberapa hadis riwayat Aisyah,
katanya:
Bahawa Rasulullah s.a.w. mencium/kucupnya, sedangkan baginda
berpuasa, dan sabdanya: Sesungguhnya ciuman tidak membatalkan
wudhuk dan tidak membatalkan puasa (Riwayat Ishak bin Rahawiyah
dan al-Bazzar)
Ada hadis lain riwayat al-Nasa'i dan Ahmada, juga dari Aisyah,
katanya:
Nabi mencium sebahagian dari isterinya kemudian dia keluar
mengerjakan sembahyang, dan tidak berwuduk.
Manakala Maliki menghimpunkan hujah-hujah yang dikemukakan
oleh ulamak syafi'i dan hanafi.
(lihat: Dr Muhamad Bakar Ismail di dalam al-Feqh al-Wadhih minal
Kitab was Sunnah, vol 1, hal 62)
Wallahu a'lam
---MUSTAPA KAMAL <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> Rasulullah pernah mencium 'Aishah tetapi kemudian terus
beribadat.
Ada pula satu ketika semasa beliau smbahyang tersentuh kaki 'Aishah
tetapi beliau terus beribadat.
> Apa komen Ustaz?
>
Jawab:
Hadis berkenaan adalah bukti bahawa bersentuhan kulit tidak tidak batal. Namun para
ulamak syafi'i menolak kehujahan hadis
berkucup/cium dengan mengatakan bahawa hadis berkenaan dha'if dan mursal. Manakala
hadis bersentuhan kaki aisyah dengan kaki nabi,
mereka menolak kehujahan hadis berkenaan dengan mengatakan bahawa:
1. mungkin ketika itu ada lapik/alas
2. Atau ia dikhususkan untuk nabi sahaja (tidak batal wuduk).
Mana satu pendapat yang rajih? Dr Wahbah al-Zuhaili dalam tarjihnya mengatakan bahawa
penolakan ulamak syafi'i mengenai hadis
menyentuh kaki dengan mengatakan kemungkinan berlapik adalah sengaja
diada-adakan dan bertentangan dengan realiti yang berlaku. Menurutnya lagi, yang
paling rajih ialah pendapat yang mengatakan bahawa
menyentuh perempuan ajnabi secara tiba-tiba atau yang tidak dalam
keadaan bernafsu adalah tidak membatalkan wudhuk. Manakala jika bernafsu, membatalkan
wudhuk.
Date:
Wed, 24 Jun 1998 1:47:00 -0700
From: "Sukhaini [EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]> Add to Address
Book
Subject: Re: H-Net* Batal atau tidak.....?
To: [EMAIL PROTECTED], zain ys <[EMAIL PROTECTED]>,
M Afandi B A Wahab <[EMAIL PROTECTED]>
Cc: "Md [EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>,
"Md Nazri [EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>,
"Norchahya [EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>,
"Ah Zairi [EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
assalamualaikum.
Nak tambah sikit persoalan ini. Apakah yg dimaksudkan dgn bersentuhan itu, adakah ia
bersentuhan dgn telapak tangan atau bersentuhan
antara kulit dgn kulit [selain telapak tangan] dan apakah hukumnya air sembahyang itu
jika ia bersentuhan kulit dgn kulit tanpa disengajakan
antara suami isteri..?
wassalam
-------------------
Jawab:
Maksud menyentuh ialah bersentuhan kulit dengan kulit. Tidak kira samada dengan
telapak tangan atau ataupun anggota lain.
Hanya dalam mazhab Syafi�I mengecualikan penyentuhan kuku, gigi dan rambut. Mereka
berpendapat bahawa anggota itu bukan tempat
yang dizhankan syahwat. Oleh itu menyentuh anggota berkenaan tidak batal wuduk.
Cuma dalam masalah menyentuh zakar/faraj, para ulamak Syafi�I menetapkan sentuhan yang
membatalkan wuduk ialah dengan telapak
tangan, tidak dengan belakang telapak tangan atau anggota lain.
Kembali kepada masalah sentuhan yang membatalkan wuduk (selain dari zakar dan faraj):
Soal: apakah hukumnya air sembahyang itu jika ia bersentuhan kulit dgn kulit tanpa
disengajakan antara suami isteri..?
Jawab: Menurut Syafi�I batal hukumnya. Manakala menurut Hanafi, Hanbali dan Maliki,
tidak batal.
Alasannya telah dikemukakan sebelum ini.
Date:
Thu, 2 Jul 1998 08:53:34 +0800
To: zain ys <[EMAIL PROTECTED]>
From: Norrulhuda <[EMAIL PROTECTED]> Add to Address Book
Subject: Re: H-Net* Batal atau tidak.....?
Assalamualaikum...
Terima kasih atas usaha saudara menerangkan tentang hal wudhuk ini. Saya ingin
bertanya :
Oleh kerana kita di Malaysia, kita mengikut mazhab Syafii. Tapi, boleh tak kalau saya
tak ikut pendapat Mzhab Syafii dalam hal ini. Saya ingin
mengikut pendapat Maliki iaitu batal hanya jika berniat syahwat atau mendapat
keseronokan. Ini adalah kerana saya rasa pendapat ini lebih
praktikal dengan cara hidup saya. Adakah ini sah ???
so, bolehkah kita memilih mazhab mana yang ingin kita ikuti ?? Mestikah kita kekal
selama2nya dlm mazhab Syafii ? Apa perbezaan utama
antara mazhab2 Islam?
Saya harap soalan saya ini tidak menganggu ketenteraman saudara. Saya dahului bantuan
saudara dengan ucapan terima kasih.
Sekian, Wassalam
------------------------
Jawab:
Perkara ini menyangkut masalah taklid dan talfiq. Pembahasan ini telah dibicarakan
secara terperinci dan hingga ke dasarnya di dalam ilmu
Usul Fiqh. Ilmu ini amat penting bagi mereka yang benar-benar mendalami dasar-dasar
pembinaan hukum Islam.
Taklid ialah: Mengikut pendapat seorang mujtahid tanpa mengetahui sumber dan cara
pengambilannya.
Seperti seseorang itu mengkut pendapat Imam Syafi�I tanpa mengetahui dalilnya atau
hujahnya. Orang seperti ini disebut muqallid.
Apa hukum bertaklid?
Hukum-hakam amaliyah dapat kita bahagikan kepada 2:
1. Hukum-hakam yang dapat diketahui tanpa memerlukan penelitian dan ijtihad. Iaitu
hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh dalil yang
qath�I dan yang dapat diketahui dengan segera. Ia disebut sebagai `al-ma�lum minad din
bid-dharurah�. Contohnya ialah hukum tentang
kewajipan sembahyang lima waktu, kewajipan puasa bulan ramadhan, bilangan rakaat dalam
sembahyang dsbnya. Ini semua dapat diketahui
oleh semua umat Islam. Pengetahuan tentang hukumnya tidak memerlukan kepada penelitian
terhadap dalil-dalilnya.
Dalam maslaah ini, seseorang itu tidak dibenarkan bertaklid, kerana semua orang dapat
mengetahuinya.
2. Hukum-hakam yang memerlukan penelitian dan ijtihad. Masalah-masalah yang berada di
bawah kategori ini amat banyak sekali. Seperti
masalah yang kita telah bincangkan di atas mengenai hukum menyentuh perempuan ajnabi,
apakah batal wuduk? Ini adalah masalah yang
termasuk di dalam kategori ini. Sebab, masalah ini memang ada dalilnya dari al-Quran.
Tetapi dalilnya perlu diteliti terlebih dahulu untuk
diketahui � Apakah hukum yang boleh dikeluarkan darinya. Dalam penelitian dan kajian
ini, sudah semestinya terjadi perselisihan pendapat.
Mazhab-mazhab dan perbedaan-perbedaan pendapat di kalangan ulamak terjadi dalam dalam
masalah yang seumpama ini.
Orang yang berusaha meneliti dalil-dalil, kemudian mengeluarkan hukum dari dalil
berkenaan di namakan sebagai mujtahid. Antara mereka
adalah seperti Imam Syafi�I, Malik, Hanbali dll. Manakala mereka yang mengikutnya atau
memakai hukum yang dikeluarkan oleh mujtahid
disebut sebagai orang yang bertaklid. Perbuatan mengikut/memakai hukum berkenaan
disebut sebagai bertaklid.
Dalam masalah inilah yang dibenarkan bertaklid.
Kebanyakkan ulamak Usul (Usul Fiqh) mengatakan bahawa mereka yang tidak berkeupayaan
untuk berijtihad wajib mengikut dan mengambil
pendapat atau fatwa dari para mujtahid (org yg berkeupayaan berijtihad).
Bertaklid kepada mazhab-mazhab
Mazhab-mazhab masyhur yang wujud hingga sekarang ini ialah mazhab Syafi�I, Maliki,
Hanafi dan Hanbali. Kita di Malaysia ini rata-rata
bertaklid kepada mazhab Syafi�i.
Soalan: Apakah kita boleh bertukar kepada mazhab lain?
Jawab: Boleh. Kerana, apa bezanya Syafi�I dan lain-lain mazhab di atas? Jika kita
boleh bertaklid kepada mazhab Syafi�I, ini bermakna kita
juga boleh bertaklid kepada mazhab-mazhab lain.
Menurut Al-Amidi, Ibnu al-Najib dan Kamal al-Hummam, tidak wajib bertaklid kepada
seorang mujtahid (mazhab) tertentu. Dalam satu
masalah, mereka boleh beramal dengan mazhab ini, kemudian dalam masalah lain mereka
beramal dengan mazhab lain.
Berdasarkan pendapat ini, jika kita bertaklid dengan mazhab Syafi�I dalam satu-satu
masalah, tidak semestinya kita mesti bertaklid dengan
mazhab ini dalam semua masalah. Dibenarkan mengamalkan pendapat dari mazhab-mazhab
lain.
Taklid yang diharamkan ialah:
1. Bertaklid kepada seseorang tanpa mengendahkan al-Quran dan Sunnah.
2. Bertaklid kepada seseorang yang tidak diketahui kemampuannya berijtihad.
Talfiq
Ialah mengikut pendapat satu-satu imam dalam satu-satu masalah, kemudian bertaklid
kepada imam lain dalam masalah lain. Contoh,
mengambil wuduk ikut cara Hanafi dan sembahyang ikut cara Syafi�i. Ataupun, pada hari
ini dia bersembahyang ikut pendapat Syafi�I
dengan membaca Bismillah.., esoknya dia bersembahyang ikut pendapat Hanafi dengan
tidak membaca bismillah.
Inilah yang dikatakan sebagai talfiq.
Kebanyakkan ulamak membahagikan talfiq kepada dua:
1. Mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab dalam beberapa
masalah yang berbeza. Contoh: Berwuduk ikut Hanafi
dan sembahyang ikut Maliki.
Apa hukumnya? Menurut ulamak-ulamak ini, talfiq dengan cara begini adalah dibenarkan,
kerana dia mengamalkan pendapat yang berbeza
dalam dua maslah yang berbeza � Wuduk dan sembahyang.
Talfiq begini dibenarkan dalam bidang ibadah dan muamalat sebagai keringanan dan
rahmat dari Allah Taala terhadap umat Muhamad.
Dibenarkan juga mengambil pendapat yang paling ringan antara mazhab-mazhab dalam satu
masalah. Ia diamalkan pada masa yang
berlainan yang tidak bergantung satu sama lain.
Contoh, Ali berwuduk menurut syarat-syarat yang telah ditetap oleh Syafi�i. Pada waktu
lain dia berwuduk menurut syarat-syarat yang
ditetapkan oleh Hanafi.
Talfiq seperti ini dibenarkan kerana wuduk pertama yang menurut syarat Syafi�I telah
selesai dan digunakan untuk satu-satu ibadah hingga
selesai. Kemudian wuduk keduanya menurut Hanafi juga selesai dan digunakan untuk
tujuan tertentu hingga selesai. Jelasnya ia dilakukan,
sekalipun masalahnya sama tetapi dalam peristiwanya berbeza.
2. Mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab dalam satu masalah.
Talfiq begini tidak benarkan.
Contoh, Ali bernikah tidak menggunakan wali kerana ikut Hanafi. Dia tidak memakai 2
saksi kerana mengikut pendapat Maliki.
Pernikahan seperti ini adalah batal/tidak sah.
Ittiba�
Ialah menerima pendapat oranglain dengan mengetahui sumber atau hujahnya.
Ittiba� adalah sebaik-baik cara menerima dan mengamalkan pendapat dari mujtahid.
Feqhul Muqaran
Yang sedang berkembang sekarang ini ialah Feqhul muqaran. Ia menjadi salah satu dari
subjek di kuliah syariah al-Azhar.
Feqhul muqaran ialah membahaskan satu-satu masalah dengan mengambil semua pendapat
ulamak yang ada dengan dalil-dalilnya.
Kemudian ia didiskusikan secara ilmiah. Akhirnya ialah membuat rumusan, pendapat
manakah yang paling kukuh dalil dan hujahnya (tarjih).
Tarjih yang dilakukan tanpa terikat kepada mana mazhab fikah.
Feqhul Muqaran berbeda dengan muqaranah al-Mazahib yang terdapat sebelum ini, di mana
para ulamak mengumpul semua pendapat dari
semua mazhab yang ada bersama dalil-dalilnya. Kemudian ia dibincangkan. Akhir sekali
ialah melakukan tarjih berdasarkan mazhab
masing-masing. Jika yang melakukan perbandingan itu dari mazhab Hanafi, maka tarjih
itu dilakukan berdasarkan mazhab Hanafi, begitulah
seterusnya.
Sekarang kita dapat melihat feqhul muqaran ini terus berkembang dan semakin diterima
oleh umat Islam. Antara yang bekerja keras memberi
sumbangan dalam bidang ini ialah Dr Yusof al-Qardhawi, Dr. Wahbah al-Zuhaili, lujnah
fatwa al-Azhar dan beberapa tokoh ulamak al-Azhar.
Banyak kebaikkan dari feqh ini ialah:
1. Dapat mengetahui dalil dan hujah dari semua pihak.
2. Menghindarkan fahaman taksub mazhab � Dapat bertolak ansur dengan mereka yang
berbeza pendapat dengan kita.
3. Dapat beramal dengan hati yang lebih tenang kerana hujahnya kukuh.
Bagaimana kita di Malaysia?
Memang, secara umumnya, dalam soal-soal fikah masyarakat Malaysia beramal dengan
mazhab Syafi�i. Namun sudah tidak dalam semua
cabang permasalahan. Ia lebih banyak tertumpu kepada soal-soal ibadah individu sahaja.
Zakat? Sudah banyak yang tidak mengikut Syafi�i.
Dalam soal-soal muamalat, adalah sukar seandainya jika kita mengikat diri kepada satu
mazhab sahaja. Ini termasuk di dalam urusan-urusan
perbankan Islam. Seandainya negara kita ini melaksanakan undang-undang Islam �
Mengikat diri kepada mazhab juga menjadikan keadaan
amat sulit sekali.
Di Malaysia, menurut pendapat saya, yang terbaik ialah feqhul muqaran. Tetapi ia
hendaklah dijalankan secara beransur-ansur tanpa
kekerasan dan paksaan.
Contohnya, mengenai masalah zakat pendapatan. Jika mengikut pendapat Syafi�I, sudah
tentu tidak ada. Tetapi hasil dari penelitian beberapa
ulamak abad ini, ia wajib dizakatkan. Bagaimana penerimaan masyarakat Malaysia?
Semesti berbagai, terutamanya para ulamak tradisional.
Setelah proses penerangan dan campurtangan pemerintah, akhirnya ramai di kalangan
mereka yang menerimanya dengan dada yang lapang.
Saya percaya, jika usaha begini terus dilakukan, semuanya akan menerima.
Ini membuktikan bahawa umat Islam di Malaysia ini boleh dan mudah menerima satu-satu
pendapat sekalipun bertentangan dengan mazhab
Syafi�I � jika kena caranya. Tapi, kalau silap gayanya, kita akan dijadikan sebagai
musuh tradisi. Ini pernah terjadi kepada sebahagian
golongan yang secara keras dan tegas, gemar memaksa-maksa umat Islam agar menerima
pendapat mereka. Jika umat Islam tidak menerima,
mereka akan cela dan bid�ahkan. Saya percaya, ini akan memberikan kesan yang lebih
buruk lagi.
--------------------
Soal: Oleh kerana kita di Malaysia, kita mengikut mazhab Syafii. Tapi, boleh tak kalau
saya tak ikut pendapat Mazhab Syafii dalam hal ini.
Saya ingin mengikut pendapat Maliki iaitu batal hanya jika berniat syahwat atau
mendapat keseronokan. Ini adalah kerana saya rasa pendapat
ini lebih praktikal dengan cara hidup saya. Adakah ini sah ???
Jawab: Boleh. Lihat penjelasan di atas tadi.
Cuma, seperti yang saya katakan, bahawa kita masih dalam persekitaran `kuat Syafi�I�.
Oleh itu hati-hati ketika beramal dengan mazhab lain
terutamanya dalam masalah ibadah individu. Jika mereka lihat anda menyentuh suami,
lantas mengerjakan sembahyang, ini adalah sesuatu
yang pelik bagi mereka. Sebab umum sudah tahu bahawa sentuh suami adalah membatalkan
wuduk. Silap haribulan anda akan dikatakan
sebagai sesat.
Baiklah, jika diandaikan anda cuba memberi penjelasan, apakah mereka bisa menerimanya?
Jika tidak, anda akan terus dituduh sesat.
Untuk perhatian, saya tidak katakan tidak boleh mengamalkan tetapi hati-hati. Maksud
hati-hati di sini ialah agar tidak berlaku masalah yang
lebih besar lagi, iaitu fitnah perpecahan. Sebab orang-orang sebelum kita telah
melalui zaman berkenaan.
Kadangkala kita ini, bila mendapat satu ilmu, kita suka menunjuk-nunjuk dan
bermegah-megah. Contohnya, bila kita belajar dan tahu
bahawa menurut pendapat yang terkuat dalam masalah menyentuh perempuan tidak batal
wuduk. Lalu kita amalkan pendapat itu. Kita
kadangkala dengan sengaja, mahu menunjuk-nunjuk bahawa kita ini beramal dengan
pendapat berkenaan. Kita dengan sengaja menyentuh
isteri kita di depan orang ramai, lalu kita bersembahyang terus. Mereka yang melihat
sudah tentu tersentak dan pelik. Mereka akan berkata
begitu dan begini. Lebih malang lagi kita suka berhujah dengan mereka secara kasar
serta menyesat-nyesatkan mereka. Apakah mereka akan
menerima pendapat kita?
Bila masyarakat memusuhi kita, kita dengan mudah berkata: �Memang, orang yang berada
di jalan kebenaran sentiasa di cemuh dan
dimusuhi.� Padahal, sebelum itu kita dengan sengaja memancing-mancing mereka agar
mencemuh kita. Kitalah sebenarnya yang menjerat
mereka agar memusuhi kita.
Sebagai contoh lain, kalau kita mahu mengikut pendapat bahawa anjing itu tidak najis.
Lalu kita dengan sengaja menyentuhnya malah
memeluknya. Kita, seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk bahawa aku ini Maliki. Bila kita
buat begitu, nanti sudah tentu mereka akan bertanya
�tidak najis ke?�, saat itulah yang dinanti-nantikan. Kitapun akan membelasah orang
yang bertanya itu dengan hujah berapi-api dari al-Quran
dan sunnah�.
Tidak mengapa seandainya anda berada dalam lingkungan yang mereka berfikiran terbuka
dalam masalah mazhab.
Dan alhamdulillah, semakin ramai yang terbuka, terutamanya dengan adanya usaha-usaha
dari pelbagai pihak termasuk dari aL-AHKAM
sendiri.
Soal: so, bolehkah kita memilih mazhab mana yang ingin kita ikuti ??
Jawab: Boleh. Lihat penjelasan mengenai taklid, talfiq dan ittiba�.
Soal: Mestikah kita kekal selama2nya dlm mazhab Syafii?
Jawab: Tidak. Lihat juga penjelasan yang sama di atas.
Soal: Apa perbezaan utama antara mazhab2 Islam?
Jawab: Mereka berbeza hanya dari segi furuk sahaja tidak pada usul. Semua mazhab
menjadikan al-Quran sebagai sumber pengambilan
hukum yang pertama. Dan al-Sunnah sebagai yang kedua. Dan dua perkara lagi yang mereka
sepakati sebagai sumber hukum iaitu ijma� dan
qiyas. Selepas itu, mereka berbeza. Berikut ini adalah sumber pengambilan hukum dari 4
mazhab:
Mazhab Hanafi:
1. Al-Quran
2. Sunnah dan athar sahih yang masyhur di kalangan ulamak.
3. Fatwa2 sahabat
4. Qiyas
5. Istihsan
6. Adat dan `uruf masyarakat
Mazhab Maliki:
1. Al-Quran
2. Sunnah
3. Amalan ulamak Madinah (ijmak ahli Madinah)
4. Qiyas
5. Mashlahah mursalah / Ishtishab
Mazhab Syafi�I
1. Al-Quran
2. Sunnah
3. Ijma�
4. Qiyas
5. Istidlal
Mazhab Hanbali
1. Al-Quran
2. Sunnah
3. Fatwa-fatwa sahabat
4. Fatwa sahabat yang terdekat dengan al-Quran dan Sunnah
5. Hadis Mursal dan Dha�if
6. Qiyas
Di atas adalah perbezaan pengambilan sumber hukum antara mazhab-mazhab. Perbezaan ini
bukanlah pada dasarnya.
Dasar yang mereka sepakati adalah al-Quran dan Sunnah, sedangkan sumber-sumber lain
tidak kira apa sekalipun, mestilah tidak lari dari
prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh al-Quran.
Untuk rujukan lanjut, saya cadangkan agar saudara/ri merujuk buku-buku Usul fikah. Di
sini saudara/ri akan didedahkan dengan pembahasan
mengenainya dengan lebih luas lagi. Dan, buku-buku Usul Fikah sudah ada yang ditulis
atau diterjemahkan di dalam bahasa Melayu.
Perbezaan di dalam furu� fikah� Terlalu banyak sekali. Antaranya ialah yang sedang
kita bincangkan sekarang ini. Namun ia hanyalah
perbedaan dari sudut cabang sahaja bukan sudut dasar.
Sebagai contoh, ayat al-Quran: "Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum)
perempuan." (al-Maidah:6)
Dalam ayat ini, mana yang dasar dan mana yang furu�?
Dasarnya ialah -> Semua mazhab bersepakat mengatakan bahawa ayat di atas adalah
mengenai menyentuh perempuan batal wudhuk.
Furu�nya ialah -> Sentuh yang bagaimana? Apakah maksud `sentuh� itu jimak atau
semata-mata sentuh atau sentuh dengan syahwat atau
bagaimana? Mereka berbeda pendapat dalam menafsirkan masalah `sentuh�. Nanti dalam
menafsirkan lafaz `sentuh�, mereka menggunakan
hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
Inilah juga yang dinamakan sebagai: Dalil qath�I sedangkan dilalahnya zhanni.
Iaitu dalilnya qath�I sebab ia adalah ayat al-Quran. Satu dalil yang memang
benar-benar kuat. 100% perlu diyakini. Sedangkan dilalahnya
zhanni.
Dilalah ialah -> Ayat ini menunjukkan atas hukum apa? Atau apa yang ditunjuk oleh ayat
ini? Atau ayat ini menunjukkan maksud apa?
Zhanni kerana ia masih perlu dibahas dan diselidiki penafsirannya.
Perselisihan begini adalah lumrah dan mesti berlaku. Ia juga menunjukkan betapa
luasnya feqh Islami. Betapa bijaksananya Allah Taala di
dalam hukumNya. Betapa tidak terjangkaunya ilmu manusia terhadap apa yang Allah ada.
Itulah dia bukti keagungan al-Quran. Keindahan sastera al-Quran. Kerana al-Quran
bukanlah suratkhabar atau majalah. Al-Quran adalah
Kalam Allah yang Qadim. Mukjizat yang terus hidup hingga ke hari ini. Kitab
perundangan yang sesuai pada setiap zaman.
-----------------
Akhirnya.. Sebagaimana biasa, kami menyeru agar jangan sampai berlaku pertelingkahan
sesama kita hanya disebabkan masalah `sentuh
perempuan: Batal wuduk atau tidak�.
Sebarkan...!
Rujukan:
Al-Quran
Tafsir al-Qurtubi
al-Feqh al-Wadhih minal Kitab was Sunnah, Dr Muhamad Bakar Ismail
Al-Feqh al-Islami Wa Adillatuh � Dr Wahbah al-Zuhaili
Usul Feqh al-Islami � Dr Wahbah al-Zuhaili
Usul Feqh � Muhamad Abu Zahrah
Usul Feqh � Abdul Wahab Khalaf
Usul Feqh � Muhamad Khdari Bek
Subulus Salam � Al-Shon�ani
Berikut ini adalah antara e-mail2 yang dikirimkan kepada kami mengenai hukum batal
atau tidak menyentuh perempuan. E-mail lain itu lebih
kurang sama sahaja isinya. Kepada mereka yang telah mengirimkan soalan mengenai
masalah ini bolehlah merujuk kepada jawapan ini.
From: "Ismiaton samingin" <[EMAIL PROTECTED]> Save Address Block Sender
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: suami isteri bersentuhan batal atau tidak
Sebenarnya sudah lama saya ingin bertanya dengan ustaz tentang duduk Perkara sebenar
air wuduk apabila suami isteri bersentuhan secara
sengaja atau pun Tidak sengaja akan batal wuduknya. Apa yg saya ketahui bersentuhan
antara suami Isteri itu membatalkan air wuduk.
Tetapi ada pendapat yg mengatakan ianya tidak batal. Saya harap ustaz dapat jelaskan
perkara yang sebenar,samada batal atau tidak
mengikut mazhab tertentu dan jika tidak batal bagaimanakah cara untuk mengambil air
wuduk tersebut. Dan apa yg saya tahu org yg
mengerjakan haji ada juga yg menggunakan tidak batal setelah bertukar mahzab. Dengan
penjelasan dari pihak ustaz ia amat berguna untuk
generasi sekarang dan akan datang kerana ada sesetengah pihak yg mengamalkan
bersentuhan suami isteri tidak membatalkan air wuduk.
From: "Muhd. Fadhil Nuruddin" <[EMAIL PROTECTED]> Save Address Block Sender
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: batal udhu'
Assalamu'alaikum Ustaz
Boleh tolong berikan nas al-Qur'an dan Hadith mengenai tidak batal udhu' apabila
bersentuhan kulit di antara suami isteri dan juga yang
bukan mahram. Saya difahamkan batal udhu' apabila bersetubuh sahaja.
Sekian,
terima kasih.
Yang benar
"Ingin Tahu"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "shah" <[EMAIL PROTECTED]>