saladin ali wrote:
From: "saladin ali" <[EMAIL PROTECTED]>
Nak tanya sikit......
1. Menurut Imam Shafie....sentuh perempuan batal wuduk.
2. Imam Hanafi pula....sentuh perempuan tak membatalkan wuduk.
Selalunya kita diberi tahu bahawa ini perkara kecil bukan perkara pokok.
Tapi kalau diperhatikan ianya perkara yang besar.
Both cannot be right.
Pengirim: "saladin ali" <[EMAIL PROTECTED]>
----------------------
Assalamualaikum warahmatullah,

Izinkan saya memberi sedikit maklum balas mengenai perkara di atas. Kenyataan 'both cannot be right' adalah tidak tepat sama sekali. Ringkasan mengenai perkara wudhu'

  • Mazhab Hanafi: Menyentuh perempuan bukan muhrim tidak batal wudhu' samada sengaja atau tidak sengaja walaupun disertai dgn perasaan nafsu syahwat ataupun tidak.
  • Mazhab Syaf'ie: Menyentuh perempuan bukan muhrim batal wudhu' secara mutlak samada sengaja atau tidak sengaja walaupun tidak disertai dgn syahwat.
  • Mazhab Maliki dan Hanbali: Menyentuh perempuan bukan muhrim tidak membatalkan wudhu' sekiranya tidak disertai dgn nafsu syahwat.
Ke semua mazhab mengeluarkan hukum berdasarkan kpd dalil al-quran yakni:
"...Kalau kamu sakit  atau dlm perjalanan atau salah seorang drpd kamu membuang air atau kamu  menyentuh perempuan [laamastum nisa']..." (surah An-nisa': ayat 43)
"...Jika kamu sakit atau dlm perjalanan atau sudah buang air atau kamu menyentuh perempuan [laamastum nisa'], kemudian kamu tidak memperolehi air, maka bertayamumlah dengan tanah yg suci..." (Surah Al-Maidah: ayat 6)

Di dlm kedua ayat suci ini tidak dinyatakan secara jelas apakah sentuhan itu sengaja ataupun tidak sengaja. Dlm mentafsirkan ayat tersebut di dlm mazhab ahlus sunnah wal jamaah, mereka mesti melalui manhaj yg serupa walaupun keputusan mungkin berbeza. Tafsir mempunyai 3 kaedah ttp yg hanya layak dipakai hanyalah satu memandangkan ia berkaitan dgn ibadah. Kaedah2 tersebut ialah:
1. Tafsir bil-Ma'thur
2. Tafsir bir-Ra'yi
3. Tafsir bil-israiliyyat
Hanya Kaedah no.1 layak digunakan dlm perbahasan ini. Ke semua mazhab ahlus sunnah wal jamaah menggunakan tafsir bil-ma'thur dlm mengeluarkan hukum. Apakah yg dimaksudkan dgn tafsir bil ma'thur?
Tafsir bil-ma'thur ialah tafsir yg berdasarkan pd kutipan2 yg sahih menurut urutan yg telah disebutkan syarat-syarat olh para mufasir. Syarat2 tersebut ialah menafsirkan al-quran dgn al-quran, menafsirkan al-quran dgn as-sunnah/hadith kerana as-sunnah/hadith berfungsi menjelaskan al-quran, mentafsirkan dengan perkataan para sahabat r.a kerana merekalah yg paling mengetahui al-quran dgn sbb mereka hidup dgn rasulullah yg menerima wahyu atau mentafsirkan dgn perkataan tokoh para tabi'in yg mu'tabar krn mereka pada umumnya menerima tarbiyyah dr para sahabat. 4 dasar ini mesti dilalui dlm mengeluarkan hukum.Tidak boleh dilakukan ijtihad utk menjelaskan makna tanpa ada mana-mana dasar dan juga hendaklah ia meninggalkan hal-hal yg tidak berguna atau bermanfaat utk diketahui selama tidak ada riwayat yg shahih mengenainya.

Ibn Taimiyyah rh berkata:
"Kita wajib yakin bahawa Nabi S.A.W telah menjelaskan kpd para sahabat makna2 al-quran sebagaimana yg telah difirmankan olh Allah S.W.T di dlm al-quran:
"Agar kamu(Muhammad) menerangkan kpd umat manusia apa yg telah diturunkan kpd mereka." (Surah An-Nahl: ayat 44)

Sekarang kita lihat manhaj yg digunakan olh imam mazhab arba'ah dlm menafsirkan ayat menyentuh perempuan yg berkaitan pembatalan wudhu'.

Mazhab Hanafi
Mazhab hanafi berpegang kpg pendapat Ibn Abbas (ahli tafsir) yg mengatakan
'laamastum'--sentuhan itu adalah bermaksud jimak. Mereka juga berpegang kpd pendapat Ibn
As-sikit yg mengatakan bahawa apabila kalimah 'laamastum' digandingkan dgn perkataan
perempuan bermaksud bermaksud jimak. Pendapat ini disokong oleh bbrp dalil dlm al-quran yg
menggunakan perkataan mulamasah, laamastum, al-massu, atau al-lamsu  sebagai maksud
jimak. Berikut adalah dalil-dalil Al-quran yg menunjukkan bahawa 'laamastum' bermaksud jimak:

"Bagaimanakah aku akan memperolehi seorang anak padahal aku tidak pernah disentuh(yamsasni)
olh seorang lelaki pun?" (surah Ali-Imran: ayat 47)

"Dan jika kamu ceraikan mereka sblm kamu bersentuh(tamassu) dgn mereka." (surah Al-baqarah:
ayat 237)

Mazhab Maliki dan Hanbali
Mazhab maliki dan hanbali berpendapat sekiranya sentuhan itu tidak disertai nafsu syahwat, maka
tidak batal. Batal sekiranya disertai dgn nafsu syahwat. Mereka mengaitkan 'laamastum' dgn bbrp
hadith S.A.W. Antaranya hadith berikut:
Drpd Aisyah R.A bahawa Nabi Muhammad S.A.W pernah menguncup sbhgn drpd isterinya kmdn
baginda terus menunaikan sembahyang tanpa berwudhu' semula. (Hadith riwayat Abu Daud,
An-nasa'ie, Ahmad, dan At-Tirmidzi--hadith ini mursal dan dianggap daif oleh imam Bukhari)

Drpd Aisyah R.A: "Ketika Rasulullah S.A.W hendak menunaikan solat, pernah aku duduk di
hadapannya umpama satu jenazah hinggakan apabila hendak witir lalu baginda menyatuh aku dgn
kakinya." (Hadith riwayat An-Nasa'ie. Kata Ibn Hajar isnadnya adalah sahih)

Dan sebuah hadith lagi yg matannya lebih kurang sama dgn hadith an-nasa'ie. Hadith tersebut adalah riwayat Imam Muslim, At-Tirmidzi dan Al-Baihaqi. At-Tirmidzi menganggap hadith ini sahih.

Mazhab Syafi'ie
Manakala mazhab syaf'ie pula menganggap sentuhan lelaki dgn perempuan ajnabi yg bukan muhrim
batal secara mutlak samada disertai dgn nafsu ataupun tidak. Mereka berpegang teguh kpd zahir
ayat surah an-nisa': ayat 43. As-Syafi'ie menolak hujjah mazhab maliki dan hanbali krn  Imam
Bukhari mengatakan hadith riwayat Aisyah mengenai baginda menguncup isteri2nya adalah mursal
dan dha'if. Imam Bukhari dan Muslim juga tlh sepakat mengatakan bahawa al-lamsu itu ialah selain
drpd persetubuhan. Antaranya hadith2 berikut:
Hadith Abu Hurairah:
"Zina kpd tangan itu ialah bersentuhan (al-massu)..."

Hadith Ibnu Abbas:
"Mungkin anda telah menyentuhnya (masasta)."

Drpd Umar bahawa: "Sesungguhnya ciuman itu adalah dikategorikan ke dlm sentuhan. Maka
hendaklah berwudhu' krnnya."

Ringkasan:
1. Mazhab hanafi mentafsirkan ayat berkenaan dgn wudhu' dgn al-quran sendiri dan pendapat/kata-kata Ibn Abbas R.A(seorang sahabat)
2. Mazhab maliki dan hanbali mentafsirkan dgn hadith s.a.w
3. Mazhab Syaf'ie mentafsirkan dgn hadith s.a.w dan kata-kata sahabat dan Tabi'in.

Mengapa mesti menggunakan manhaj ini?
Ini kerana Al-quran bukan spt kitab2 sblm ini. Al-quran diturunkan di dlm bahasa arab dan diturunkan dlm 7 bentuk yg dinamakan sab'ah ahraf. Namun demikian terdapat perbezaan pendapat mengenai maksud sab'ah ahraf (7 huruf). Antaranya:
1. Sbhgn besar ulamak mengatakan sab'ah ahraf ini ialah 7 macam bahasa dr bahasa-bahasa arab mengenai satu makna, dgn maksud jika bahasa-bahasa di kalangan kabilah arab itu menggunakan perkataan yg berbeza dlm mengungkapkan satu makna, maka al-quran diturunkan dgn sejumlah lafaz yg sesuai dgn ragam bahasa tersebut. Dikatakan 7 bahasa itu ialah bahasa quraisy, Huzail, Saqif, Hawazin, Kinanah, Tamim dan Yaman. Menurut Abu Hatim As-Sijistani, 7 bahasa tersebut ialah Quraisy, Huzail, Tamim, Azad, rabi'ah, hawazin dan Sa'd bin Bakar.
2. Sbhgn lagi mengatakan ia (sab'ah ahraf) adalah 7 wajah yakni amr (perintah), nahyu(larangan), wa'd(janji), wa'id(ancaman), jadal(debat), qasas(cerita), dan masal(perumpamaan). Atau amr, nahyu, halal, haram, muhkam, mutasyabih, dan amsal.
3. Segolongan lain pula berpendapat ia adalah 7 macam hal yg di dlmnya terjadi ikhtilaf (perbezaan pendapat) iaitu:

  • Ikhtilaful asma' (Perbezaan kata benda)dlm bentuk mufrad, muzakkar, dan cabang2nya spt tasniyah, jamak, dam ta'nis.
  • Ikhtilaful i'rab (perbezaan dr segi harakat akhir kata).
  • Ikhtilaful tasrif.
  • Ikhtilaf dlm taqdim (mendahulukan) dan ta'khir (mengakhirkan).
  • Ikhtilaf dr segi ibdal (kata ganti).
  • Perbezaan krn ada penambahan(ziyadah) atau pengurangan(naqs).
  • Perbezaan dr segi lahjah spt bacaan tahkim (menebalkan) dan tarqiq (menipiskan), fatah dan imalah, izhar dan idgham, hamzah dan tashil, isyam dll.
4. Manakala yg lain berpendapat ia adalah qiraat tujuh.

Lantaran 7 bentuk inilah, para imam mazhab ahlus sunnah wal jamaah mesti melalui kaedah tafsir bil-ma'thur dgn dasar-dasar di dlmnya. Maka, tidak hairanlah terdapat perbezaan pendapat di kalangan mazhab yg empat dlm perkara wudhu' samada batal mutlak, jimak shj, dgn nafsu dll.

Yang mana satukah yg betul?
Ke semuanya adalah betul dan tidak salah krn mrk semua menggunakan manhaj yg sama. Ke semua imam tidak pernah mengatakan pendapat para imam yg tidak sealiran dgn mereka adalah salah. Para imam sendiri mengaku diri mrk tidak maksum melainkan Nabi Muhammad S.A.W. Imam As-Syafi'ie pernah berkata:
"Pandanganku ini betul tetapi ada kemungkinan silap. Pandangan org yg selainku silap tetapi ada kemungkinan betul."

Imam Malik rh pula berkata:
"Sesungguhnya aku adalah manusia yg betul dan silap. Oleh itu periksalah kata-kataku dgn Al-quran dan As-sunnah."

Adab inilah yg perlu dipelihara. Sekiranya tiadanya adab ini di kalangan para imam mazhab arba'ah, maka terjadilah fitnah.

Wallahua'lam.

Rujukan:
Mabahis Fi Ulumil Qur'an (Kajian Ilmu-ilmu Al-Quran), Karangan Manna Khalil Al-Qattan
Al-Fiqh Islami Wal Adillatuhu, Dr. Wahbah Zuhaili
 

Kirim email ke