*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam,
Terima kasih banyak diatas penjelasan tuan yang terperinci.
Wassalam.
>From: "Dr. Tanpa Nama 98" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: saladin ali <[EMAIL PROTECTED]>
>CC: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* batal wuduk atau tidak menyentuh wanita
>Date: Mon, 10 Jan 2000 14:41:19 +0800
>
>saladin ali wrote:
>
> > From: "saladin ali" <[EMAIL PROTECTED]>
> > Nak tanya sikit......
> > 1. Menurut Imam Shafie....sentuh perempuan batal wuduk.
> > 2. Imam Hanafi pula....sentuh perempuan tak membatalkan wuduk.
> > Selalunya kita diberi tahu bahawa ini perkara kecil bukan perkara pokok.
> > Tapi kalau diperhatikan ianya perkara yang besar.
> > Both cannot be right.
> > Pengirim: "saladin ali" <[EMAIL PROTECTED]>
>
>----------------------
>Assalamualaikum warahmatullah,
>
>Izinkan saya memberi sedikit maklum balas mengenai perkara di atas.
>Kenyataan
>'both cannot be right' adalah tidak tepat sama sekali. Ringkasan mengenai
>perkara wudhu'
>
> * Mazhab Hanafi: Menyentuh perempuan bukan muhrim tidak batal wudhu'
>samada
> sengaja atau tidak sengaja walaupun disertai dgn perasaan nafsu
>syahwat
> ataupun tidak.
> * Mazhab Syaf'ie: Menyentuh perempuan bukan muhrim batal wudhu' secara
>mutlak
> samada sengaja atau tidak sengaja walaupun tidak disertai dgn
>syahwat.
> * Mazhab Maliki dan Hanbali: Menyentuh perempuan bukan muhrim tidak
> membatalkan wudhu' sekiranya tidak disertai dgn nafsu syahwat.
>
>Ke semua mazhab mengeluarkan hukum berdasarkan kpd dalil al-quran yakni:
>"...Kalau kamu sakit atau dlm perjalanan atau salah seorang drpd kamu
>membuang
>air atau kamu menyentuh perempuan [laamastum nisa']..." (surah An-nisa':
>ayat
>43)
>"...Jika kamu sakit atau dlm perjalanan atau sudah buang air atau kamu
>menyentuh
>perempuan [laamastum nisa'], kemudian kamu tidak memperolehi air, maka
>bertayamumlah dengan tanah yg suci..." (Surah Al-Maidah: ayat 6)
>
>Di dlm kedua ayat suci ini tidak dinyatakan secara jelas apakah sentuhan
>itu
>sengaja ataupun tidak sengaja. Dlm mentafsirkan ayat tersebut di dlm mazhab
>ahlus sunnah wal jamaah, mereka mesti melalui manhaj yg serupa walaupun
>keputusan mungkin berbeza. Tafsir mempunyai 3 kaedah ttp yg hanya layak
>dipakai
>hanyalah satu memandangkan ia berkaitan dgn ibadah. Kaedah2 tersebut ialah:
>1. Tafsir bil-Ma'thur
>2. Tafsir bir-Ra'yi
>3. Tafsir bil-israiliyyat
>Hanya Kaedah no.1 layak digunakan dlm perbahasan ini. Ke semua mazhab ahlus
>sunnah wal jamaah menggunakan tafsir bil-ma'thur dlm mengeluarkan hukum.
>Apakah
>yg dimaksudkan dgn tafsir bil ma'thur?
>Tafsir bil-ma'thur ialah tafsir yg berdasarkan pd kutipan2 yg sahih menurut
>urutan yg telah disebutkan syarat-syarat olh para mufasir. Syarat2 tersebut
>ialah menafsirkan al-quran dgn al-quran, menafsirkan al-quran dgn
>as-sunnah/hadith kerana as-sunnah/hadith berfungsi menjelaskan al-quran,
>mentafsirkan dengan perkataan para sahabat r.a kerana merekalah yg paling
>mengetahui al-quran dgn sbb mereka hidup dgn rasulullah yg menerima wahyu
>atau
>mentafsirkan dgn perkataan tokoh para tabi'in yg mu'tabar krn mereka pada
>umumnya menerima tarbiyyah dr para sahabat. 4 dasar ini mesti dilalui dlm
>mengeluarkan hukum.Tidak boleh dilakukan ijtihad utk menjelaskan makna
>tanpa ada
>mana-mana dasar dan juga hendaklah ia meninggalkan hal-hal yg tidak berguna
>atau
>bermanfaat utk diketahui selama tidak ada riwayat yg shahih mengenainya.
>
>Ibn Taimiyyah rh berkata:
>"Kita wajib yakin bahawa Nabi S.A.W telah menjelaskan kpd para sahabat
>makna2
>al-quran sebagaimana yg telah difirmankan olh Allah S.W.T di dlm al-quran:
>"Agar kamu(Muhammad) menerangkan kpd umat manusia apa yg telah diturunkan
>kpd
>mereka." (Surah An-Nahl: ayat 44)
>
>Sekarang kita lihat manhaj yg digunakan olh imam mazhab arba'ah dlm
>menafsirkan
>ayat menyentuh perempuan yg berkaitan pembatalan wudhu'.
>
>Mazhab Hanafi
>Mazhab hanafi berpegang kpg pendapat Ibn Abbas (ahli tafsir) yg mengatakan
>'laamastum'--sentuhan itu adalah bermaksud jimak. Mereka juga berpegang kpd
>pendapat Ibn
>As-sikit yg mengatakan bahawa apabila kalimah 'laamastum' digandingkan dgn
>perkataan
>perempuan bermaksud bermaksud jimak. Pendapat ini disokong oleh bbrp dalil
>dlm
>al-quran yg
>menggunakan perkataan mulamasah, laamastum, al-massu, atau al-lamsu
>sebagai
>maksud
>jimak. Berikut adalah dalil-dalil Al-quran yg menunjukkan bahawa
>'laamastum'
>bermaksud jimak:
>
>"Bagaimanakah aku akan memperolehi seorang anak padahal aku tidak pernah
>disentuh(yamsasni)
>olh seorang lelaki pun?" (surah Ali-Imran: ayat 47)
>
>"Dan jika kamu ceraikan mereka sblm kamu bersentuh(tamassu) dgn mereka."
>(surah
>Al-baqarah:
>ayat 237)
>
>Mazhab Maliki dan Hanbali
>Mazhab maliki dan hanbali berpendapat sekiranya sentuhan itu tidak disertai
>nafsu syahwat, maka
>tidak batal. Batal sekiranya disertai dgn nafsu syahwat. Mereka mengaitkan
>'laamastum' dgn bbrp
>hadith S.A.W. Antaranya hadith berikut:
>Drpd Aisyah R.A bahawa Nabi Muhammad S.A.W pernah menguncup sbhgn drpd
>isterinya
>kmdn
>baginda terus menunaikan sembahyang tanpa berwudhu' semula. (Hadith riwayat
>Abu
>Daud,
>An-nasa'ie, Ahmad, dan At-Tirmidzi--hadith ini mursal dan dianggap daif
>oleh
>imam Bukhari)
>
>Drpd Aisyah R.A: "Ketika Rasulullah S.A.W hendak menunaikan solat, pernah
>aku
>duduk di
>hadapannya umpama satu jenazah hinggakan apabila hendak witir lalu baginda
>menyatuh aku dgn
>kakinya." (Hadith riwayat An-Nasa'ie. Kata Ibn Hajar isnadnya adalah sahih)
>
>Dan sebuah hadith lagi yg matannya lebih kurang sama dgn hadith an-nasa'ie.
>Hadith tersebut adalah riwayat Imam Muslim, At-Tirmidzi dan Al-Baihaqi.
>At-Tirmidzi menganggap hadith ini sahih.
>
>Mazhab Syafi'ie
>Manakala mazhab syaf'ie pula menganggap sentuhan lelaki dgn perempuan
>ajnabi yg
>bukan muhrim
>batal secara mutlak samada disertai dgn nafsu ataupun tidak. Mereka
>berpegang
>teguh kpd zahir
>ayat surah an-nisa': ayat 43. As-Syafi'ie menolak hujjah mazhab maliki dan
>hanbali krn Imam
>Bukhari mengatakan hadith riwayat Aisyah mengenai baginda menguncup
>isteri2nya
>adalah mursal
>dan dha'if. Imam Bukhari dan Muslim juga tlh sepakat mengatakan bahawa
>al-lamsu
>itu ialah selain
>drpd persetubuhan. Antaranya hadith2 berikut:
>Hadith Abu Hurairah:
>"Zina kpd tangan itu ialah bersentuhan (al-massu)..."
>
>Hadith Ibnu Abbas:
>"Mungkin anda telah menyentuhnya (masasta)."
>
>Drpd Umar bahawa: "Sesungguhnya ciuman itu adalah dikategorikan ke dlm
>sentuhan.
>Maka
>hendaklah berwudhu' krnnya."
>
>Ringkasan:
>1. Mazhab hanafi mentafsirkan ayat berkenaan dgn wudhu' dgn al-quran
>sendiri dan
>pendapat/kata-kata Ibn Abbas R.A(seorang sahabat)
>2. Mazhab maliki dan hanbali mentafsirkan dgn hadith s.a.w
>3. Mazhab Syaf'ie mentafsirkan dgn hadith s.a.w dan kata-kata sahabat dan
>Tabi'in.
>
>Mengapa mesti menggunakan manhaj ini?
>Ini kerana Al-quran bukan spt kitab2 sblm ini. Al-quran diturunkan di dlm
>bahasa
>arab dan diturunkan dlm 7 bentuk yg dinamakan sab'ah ahraf. Namun demikian
>terdapat perbezaan pendapat mengenai maksud sab'ah ahraf (7 huruf).
>Antaranya:
>1. Sbhgn besar ulamak mengatakan sab'ah ahraf ini ialah 7 macam bahasa dr
>bahasa-bahasa arab mengenai satu makna, dgn maksud jika bahasa-bahasa di
>kalangan kabilah arab itu menggunakan perkataan yg berbeza dlm
>mengungkapkan
>satu makna, maka al-quran diturunkan dgn sejumlah lafaz yg sesuai dgn ragam
>bahasa tersebut. Dikatakan 7 bahasa itu ialah bahasa quraisy, Huzail,
>Saqif,
>Hawazin, Kinanah, Tamim dan Yaman. Menurut Abu Hatim As-Sijistani, 7 bahasa
>tersebut ialah Quraisy, Huzail, Tamim, Azad, rabi'ah, hawazin dan Sa'd bin
>Bakar.
>2. Sbhgn lagi mengatakan ia (sab'ah ahraf) adalah 7 wajah yakni amr
>(perintah),
>nahyu(larangan), wa'd(janji), wa'id(ancaman), jadal(debat), qasas(cerita),
>dan
>masal(perumpamaan). Atau amr, nahyu, halal, haram, muhkam, mutasyabih, dan
>amsal.
>3. Segolongan lain pula berpendapat ia adalah 7 macam hal yg di dlmnya
>terjadi
>ikhtilaf (perbezaan pendapat) iaitu:
>
> * Ikhtilaful asma' (Perbezaan kata benda)dlm bentuk mufrad, muzakkar,
>dan
> cabang2nya spt tasniyah, jamak, dam ta'nis.
> * Ikhtilaful i'rab (perbezaan dr segi harakat akhir kata).
> * Ikhtilaful tasrif.
> * Ikhtilaf dlm taqdim (mendahulukan) dan ta'khir (mengakhirkan).
> * Ikhtilaf dr segi ibdal (kata ganti).
> * Perbezaan krn ada penambahan(ziyadah) atau pengurangan(naqs).
> * Perbezaan dr segi lahjah spt bacaan tahkim (menebalkan) dan tarqiq
> (menipiskan), fatah dan imalah, izhar dan idgham, hamzah dan tashil,
>isyam
> dll.
>
>4. Manakala yg lain berpendapat ia adalah qiraat tujuh.
>
>Lantaran 7 bentuk inilah, para imam mazhab ahlus sunnah wal jamaah mesti
>melalui
>kaedah tafsir bil-ma'thur dgn dasar-dasar di dlmnya. Maka, tidak hairanlah
>terdapat perbezaan pendapat di kalangan mazhab yg empat dlm perkara wudhu'
>samada batal mutlak, jimak shj, dgn nafsu dll.
>
>Yang mana satukah yg betul?
>Ke semuanya adalah betul dan tidak salah krn mrk semua menggunakan manhaj
>yg
>sama. Ke semua imam tidak pernah mengatakan pendapat para imam yg tidak
>sealiran
>dgn mereka adalah salah. Para imam sendiri mengaku diri mrk tidak maksum
>melainkan Nabi Muhammad S.A.W. Imam As-Syafi'ie pernah berkata:
>"Pandanganku ini betul tetapi ada kemungkinan silap. Pandangan org yg
>selainku
>silap tetapi ada kemungkinan betul."
>
>Imam Malik rh pula berkata:
>"Sesungguhnya aku adalah manusia yg betul dan silap. Oleh itu periksalah
>kata-kataku dgn Al-quran dan As-sunnah."
>
>Adab inilah yg perlu dipelihara. Sekiranya tiadanya adab ini di kalangan
>para
>imam mazhab arba'ah, maka terjadilah fitnah.
>
>Wallahua'lam.
>
>Rujukan:
>Mabahis Fi Ulumil Qur'an (Kajian Ilmu-ilmu Al-Quran), Karangan Manna Khalil
>Al-Qattan
>Al-Fiqh Islami Wal Adillatuhu, Dr. Wahbah Zuhaili
>
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "saladin ali" <[EMAIL PROTECTED]>