*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MAMANDA
Arkian Memanda Menteri Perdana mula-mula dulu berkata
tentang hal keadaannya dalam pemilihan pimpinan partinya
tahun ini.
Berkata dia: 'Sedia bertanding jika ada pencalonan.'
Fikir Jantan pula lain.
Belum tentu bertanding mamanda itu sekadar ada pencalonan
untuknya.
Bagi Jantan, bertanding mamanda atau tidak, bergantung ada
atau tidak orang lain dicaloni.
Jika tiada yang lain, ertinya tiada bertandinglah.
Jantan macam raja?
TIADA
Maka kemudiannya bersidanglah pembesar-pembesar parti
mamanda tentang pertandingan itu.
Memutus mereka itu:
Tiada bertanding sesiapa untuk ketua dan timbalan ketuanya.
Betul macam yang Jantan kata di atas tiada bertanding dia.
Atau Jantan pinda sikit isu pencalonan mamanda daripada tiada
bertanding atau tiada ditandingi, kepada tak payah bertanding
saja.
Jantan komen senang saja, sampai tualah Ku.
Jantan kesian.
PAK LAH
Maka mengikut putusan pembesar-pembesar parti mamanda,
Pak Lah pun tiada bertanding bagi jawatan yang tugasnya Pak
Lah sedang pangku.
Bagi Jantan Pak Lah saja antara orang yang tak ada
pengalaman berlawan untuk jadi sang timbalan sejak parti
memanda jadi kerajaan.
Yang lain baik Tan Sri Musa dan Tun Ghafar, apa-apa hal pun
berlawan dulu.
Berkempen sakan mereka itu.
Ertinya mereka jadi pemimpin sesudah berlawan.
Hanya Pak Lah saja yang tak sempat berlawan.
Jangan ada yang kata menang Pak Lah itu menang betina
sudahlah.
Jantan orang jantan.
TIMBALAN
Adapun bagi mamanda ketua yang tak payah berlawan itu
Jantan ingat ketika dia jadi timbalan ketua partinya dulu.
Seingat Jantan mamanda pun jadi timbalan tanpa bertanding jua.
Tapi Jantan fikir memanda dulu tiada bertanding sebab tidak
ada orang tergamak bertanding.
Manakala Pak Lah Jantan agak bukan kerana tiada orang nak
bertanding, cuma tak sempat orang nak bertanding.
Tok Najib dan Ku Li tentu setuju dengan Jantan.
Jantan tak ada peluang.
RAIS
Antara yang ramai-ramai itu bersuaralah Rais ibnu Yatim:
Sedia dia jadi calon Naib Presiden jika ada pencalonan.
Jantan kata pada Rais senang saja.
Jika banyak duitnya, maka banyaklah pencalonan.
Jika sikit duitnya, sikitlah pencalonannya.
Entahlah kalau Ku Li macam dulu lagi.
Jantan tiada wang.
JAMBATAN
Bercakap tentang Rais, maka masih ramai yang ingat akan Rais
bakar jambatan satu masa dulu.
Ertinya tiada yang fikir Rais akan ada semula dalam parti
mamanda setelah ia sangat bersemangat dulu.
Tapi sekarang jadi orang yang lebih hebat dari pembesar seperti
Najib dan Albar.
Setelah Jantan tilik, rupanya jambatan yang dibakar dulu tak
terbakar.
Jantan padam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED]