*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Para netters sekelian, selamat berpuasa. Sementara berpuasa eloklah diisi
dengan membaca bahan-bahan yang baik untuk menambah ilmu pengetahuan serta
menyuburkan jiwa taqwa. Diantara bahan terkini yang disyorkan ialah sebuah
buku bertajuk Permata Minda. Buku ini boleh dipesan melalui
http://www.abuku.com.my, selamat membaca.
wassalam
Arjuna Armada ([EMAIL PROTECTED])
Ulasan buku Permata Minda (Utusan Malaysia, Selasa, 7hb. Dis. 1999)
Islam mengajar mengikut tertib
Judul buku: Permata Minda
Pengarang: Shuib Sulaiman
Harga: RM 15.00
Penerbit: Abuku Hebat Sdn. Bhd.
Pengulas: Zainab Mohd Ali
"Hati yang beriman dan bertaqwa serta akal berisi ilmu dan pengetahuan, akan
terpancar di wajahnya kejernihan dan cahaya. Barangsiapa melihat wajahnya,
akan terbongkar rasa berTuhan."
Ungkapan kata-kata indah ini yang menjadi hiasan kulit siri motivasi pertama
Permata Minda, mengajak pembaca berfikir untuk dijadikan bahan renungan,
iktibar, pengetahuan, pedoman dan panduan.
Menyingkap setiap helaian buku Permata Minda ini yang menyentuh pelbagai
topik dan persoalan erti kehidupan manusia dan taqwa, secara tidak langsung
dapat menyuntik semangat ke arah perubahan dan sekaligus merupakan daya
pendorong untuk mengangkat martabat dan maruah umat Islam.
Manusia sememangnya inginkan perubahan dari jahat kepada baik dan lebih
baik. Dari bodoh kepada cerdik dan lebih cerdik. Dari pesimis kepada optimis
dan lebih optimis lagi.
Menurut pengarang, pada diri manusia yang sifatnya berubah ialah hati dan
akal. Fizikal manusia hanya menurut sahaja. Hati yang mahu kepada perubahan
itulah yang menjadi anak kunci kepada Allah SWT mengubah kedudukan suatu
kaum itu.
Disiplin
Di samping itu buku ini menekankan soal disiplin yang bukanlah suatu perkara
yang dibuat-buat atau timbul daripada mesyuarat yang berasaskan
cadangan-cadangan tertentu. Tetapi disiplin adalah tabiat mengamalkan
syariat. Bila syariat diamalkan maka dengan sendirinya akan timbul disiplin.
Dengan mematuhi syariat yang lima (wajib, sunat, haram, makruh dan harus)
maka umat Islam akan mendahulukan yang lebih utama. Sentiasa ikut tertib.
Tidak mendahulukan perkara yang kurang penting daripada perkara yang lebih
penting. Ini yang dikatakan smart working (bekerja bestari).
Kehidupan umat Islam sehari-hari juga telah diatur. Bermula daripada bangun
tidur hinggalah tidur semula. Ketertiban yang diatur syariat untuk umat
Islam umpama satu garis panduan untuk umat Islam mengatur jadual hidup yang
semata-mata kerana Allah SWT, ulas buku Permata Minda ini.
Di samping mengupas secara terpeinci mengenai taqwa, ia juga membicarakan
soal-soal peringatan membaiki diri ke arah meningkatkan iman orang mukmin.
Ini adalah kerana semakin meningkat keimanan seseorang itu, mereka semakin
dapat melihat dengan hatinya betapa Allah SWT telah menzahirkan kekuasaanNya
yang tidak mampu ditolak oleh sebarang makhluk termasuk manusia.
Menurut pengarang Permata Minda lagi, sekiranya iman dan penampilan umat
Islam lemah akan menjadikan umat Islam ini kucar kacir menghadapi alaf baru.
Mengajak
Sehubungan dengan ini, buku ini mengajak para pembaca merenung dan mendoakan
agar umat Islam akan kembali gemilang.
Saat dan ketikanya sudah menjelang tiba. Ini adalah era kebangkitan Islam.
Siapa yang menolaknya ibarat menentang arus. Kegemilangan Islam kali kedua
bukan satu ramalan, rekaan atau khayalan. Ia pasti terjadi kerana ia
merupakan janji dari lidah Rasulullah SAW.
Tahun 2000 akan bermulanya umat Islam menuju kegemilangan yang tapaknya
adalah Malaysia dan bangsanya adalah Melayu.
Penganut agama lain mengharapkan dari kalangan merekalah yang bakal
menerajui dunia. Tidak salah meletakkan harapan setinggi mana pun.
Namun tambah pengarang lagi, melihat kepada berbagai faktor yang sedang
berlangsung, jelas membuktikan tahun 2000 tidak menyebelahi mereka.
Lebih-lebih lagi faktor awal kurun hijrah merupakan anak kunci memahami
keadaan itu, kerana Rasulullah SAW menjelaskan tentang kemunculan seorang
mujaddid.
Khabar gembira ini sewajarnya disambut dengan penuh kesyukuran oleh umat
Islam di tanah air tercinta ini. Dan diiringi pula dengan mempersiapkan diri
agar berpeluang turut serta berperanan memberi sumbangan ke arah kemuncak
kegemilangan Islam.
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "arjuna armada" <[EMAIL PROTECTED]>