Harakah Enggan Mohon Maaf
 

Akhbar rasmi parti PAS, Harakah, enggan memohon maaf berhubung isu foto "dua orang MAHAFIRAUN". Akhbar tabloid itu dalam edisi bertarikh 6 Disember
mendakwa sekeping foto yang disiarkan dalam Berita Minggu 28 November telah diubah. Semalam, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang
membekalkan foto berkenaan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Harakah.
 
Foto berkenaan menunjukkan Perdana Menteri dikelilingi oleh orang ramai dalam satu majlis yang mendapat sambutan baik di Kangar, Perlis menjelang hari
mengundi, 29 November. Tetapi tabloid PAS mempertikaikan sambutan orang ramai tersebut, malah menuduh akhbar mingguan itu mengubah foto asal supaya
kelihatan orang ramai menyambut MAHAFIRAUN.
 
Abd Rahman Koya, Editor 'English Section' Harakah, yang menyiarkan komen tentang gambar tersebut enggan meminta maaf kepada
pihak-pihak berkenaan. Sebaliknya beliau akan membuat penjelasan sekali lagi kepada para pembaca tabloid itu. "Apa yang dipersoalkan
adalah fokus seolah-olah terdapat dua majlis yang berbeza."
 
Berita Minggu dan New Straits Times dalam penafiannya menyiarkan sekeping foto dekat menunjukkan individu di bahagian belakang bukan MAHAFIRAUN
seperti didakwa Harakah.
 
"Siapa sebenarnya individu yang membelakangi MAHAFIRAUN dalam gambar tersebut?" jelas Rahman kepada malaysiakini.
 
"Saya telah meminta pendapat daripada pakar teknikal kami dan juga pendapat individu yang arif. Mereka memberi komen bahawa
gambar itu telah diubahsuai untuk menampakkan sambutan yang cukup meriah semasa Perdana Menteri menghadiri majlis berkenaan."
 
Oleh pembaca MAHAFIRAUN 2020
11 DISEMBER 1999
 
 
 

Kirim email ke