assalaamu'alaikum.
jazaakallaahu khairan di atas penjelasan.
matannya diterjemah seperti berikut, di dalam bab wudhu':

130. Abdullah bin Abbas r.a. menceritakan, bahwa pada suatu malam dia bermalam di rumah Maimunah, isteri Nabi s.a.w. (adik ibu Abdullah),
katanya: "Saya tidur melintang bantal sedang Rasulullah dan isteri beliau membujur. Rasulullah tidur hingga pertengahan malam, atau sedikit
lebih kurang. Kemudian beliau bangun, duduk sambil menggosok matanya dengan tangan untuk menghilangkan kantuk. Sesudah itu beliau
membaca sepuluh ayat pengujung surat Ali Imran.
 
Kemudian beliau berdiri, dan melangkah ke sebuah tempat air yang tergantung. Beliau berwudhuk dan menyempurnakan wudhuknya. Kemudian
beliau berdiri untuk melakukan shalat."
 
Kata Ibnu Abbas selanjutnya," Aku berdiri pula, dan berwudhuk seperti yang dilakukan beliau. Sesudah itu aku berdiri disamping beliau. Beliau
meletakkan tangan kanannya di kepalaku, menarik telingaku yang kanan dan memilinnya (menyuruh pindah dari kiri ke kanan beliau).
 
Lalu Nabi sembahyang dua rakaat, sesudah itu dua rakaat, sesudah itu dua rakaat, sesudah itu dua rakaat, sesudah itu dua rakaat, dan
sesudah itu dua rakaat (6 x 2 rakaat), kemudian beliau sembahyang witir (ganjil bilangan rakaatnya).
 
Kemudian beliau berbaring kembali, hingga datang Muazzin (Bilal, memberitahukan subuh telah datang); lalu beliau berdiri dan sembahyang
sunat yang ringkas dua rakaat.
 
Sesudah itu beliau pergi ke mesjid untuk sembahyang Subuh.

soalan tambahan:
bagaimana kita nak amalkan sunnah yang telah disepakati oleh mazhab empat ini, terutamanya jika di dalam sesuatu majlis, seorang ustaz mengimami solat tahajjud, atau solat hajat, yang umumnya kini di banyak tempat, di dirikan secara berjemaah? apakah kita punyai dasar atau asas untuk ikut serta?

previous:
 

Zulkifli Othman wrote:

   assalaamu'alaikum.
  ingin saya bertanya, jika demikian, maka bagaimanakah riwayat ibnu abbas dalam sahih bukhari akan diambil kira, apabila
  beliau mengikuti solat tahajjud di belakang rasulullaah s.a.w., ketika beliau bermalam di rumah ibu saudaranya maimunah
  bersama rasulullaah, sedangkan rasulullaah tidak melarang?

---------------------------
Wa'alaikumsalam warahmatullah,
Jazakallah khair kerana menegur. Mungkin saudara Zulkifli dapat menyertakan matan (teks) hadith berkenaan agar dapat kita
berkongsi bersama. Memang terdapat dlm sahih Bukhari riwayat Abu Wail (kitab 2, hadith ke 236). Hadith tersebut
dinyatakan bahawa Abdullah R.A. bersembahyang bersama-sama dgn Rasulullah S.A.W. Mungkin tafsiran atau takwilan di
kalangan Imam Mazhab berbeza dgn tafsiran yg berbeza dgn org lain. Mungkin Imam Mazhab Arba'ah mentakwilkan
sembahyang bersama-sama itu bukanlah sembahyang berjemaah (ada imam dan makmum) tetapi sama-sama melakukannya
secara sendirian tanpa berimam dan bermakmum.

Seperti yg saya katakan, isu ini isu sensitif. Pertembungan antara 2 pihak Salaf dan Sufi/tarikat memang terjadi dlm perkara
ini. Masing2 ada hujjah. Tetapi memang tsabit lagi jelas di kalangan mazhab yg empat, bahawa solat tahajjud dan tasbih tidak
dikategorikan sebagai solat nawafil yg dilakukan secara berjemaah. Saya tidak mahu mengatakan pihak itu salah, pihak ini
betul atau sebagainya. Walaupun begitu, mungkin terdapat sedikit kelonggaran apabila solat tahajjud/tasbih dilakukan secara
berjemaah utk maslahat umum seperti utk tujuan mengajar atau menjinak2kan kanak2  kpd ibadah sunat atau lain2 sbb
boleh dipertimbangkan oleh syarak. Ini dinamakan maslahah mursalah.

Dialu2kan hujjah drpd sahabat2 lain.

**Sedikit tambahan perkara di bawah**
 

Kirim email ke